Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Showing posts with label GNZ Book Rentals. Show all posts
Showing posts with label GNZ Book Rentals. Show all posts

Wednesday, 19 October 2016

You're invited to #1SME1Sistem: Tingkatkan Bisnes dalam Pengurusan Kewangan dan Perakaunan (Nov 8, 2016)



Hello!

Sebagai seorang Usahawan, adakah anda hadapi masalah dalam bisnes anda seperti berikut :

-Tidak tahu berapa sebenarnya keuntungan/kerugian syarikat anda pada sesuatu masa?
-Ingin memohon pinjaman tetapi akaun syarikat tidak teratur?
-Sukar hendak menguruskan operasi syarikat dengan teratur dan sistematik
-Terpaksa mengira untung dan rugi anda secara manual
-Sukar untuk mengetahui siapa yang berhutang dengan anda dan dengan siapa anda berhutang?

Kami ada berita baik untuk anda. Kami ada menyediakan Bengkel Khas
#1SME1Sistem berfokuskan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan khas untuk Syarikat SME yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah tersebut secara mudah dan senang difahami.

You are invited to the following event:

Kami akan membantu anda dan berkongsi ilmu seperti :
-Menguruskan kewangan dan perakaunan syarikat dengan lebih mudah dan sistematik
-Kelebihan dan kepentingan sistem perakaunan yang membolehkan syarikat menjimatkan masa dan tenaga
-Dapat mengurangkan kesalahan dalam merekodkan sebarang transaksi syarikat
-Pengurusan perakaunan syarikat anda akan berjalan dengan lancar, mudah dan bersistematik.
-Menghasilkan laporan kewangan yang anda perlukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada
Temui barisan penceramah berpengalaman yang akan membantu anda pada:

Tarikh: 8 November 2016 (Selasa)

Masa: 9.00 pagi - 1. 00 petang

Tempat: Bilik seminar, Blok E-1-1 Aras 3, Bangi street, Bangi Gateway, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Bengkel tersebut akan diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat seperti:

(1) "Crash Course Accounting For Entrepreneurs"

Pelajari tentang sistem Perakaunan dan faedahnya untuk menguruskan bisnes anda, termasuklah pengurusan untung rugi, cash flow, balance sheet syarikat dan laporan GST-03 untuk tujuan audit, dan management report.
*fokus pada aliran tunai (cash flow).

(2) "Grow and Manage Your Business' Financial & Accounting Efficiently Using OfficeCentral"

Belajar bagaimana anda boleh menggunakan OfficeCentral Accounting untuk mengetahui sebarang transaksi syarikat dan melihat dengan lebih sistematik pengurusan kewangan syarikat anda.

Bengkel ini terbuka kepada Pemilik Perniagaan, Usahawan, CEO, COO, General Manager, Akauntan, dan mereka yang terlibat dalam pengurusan kewangan syarikat.

Testimonial dari pengguna OfficeCentral:

"OfficeCentral really help a lot of SME's to manage their operation.

And its really save a lot time to do the data entry since everything is automated by OfficeCentral”

- Jeffery Boonson Simani (JBS Teknik Sdn Bhd)

Apa tunggu lagi? Kemasukan adalah PERCUMA untuk 50 peserta terawal sahaja. DAFTAR dengan segera dengan klik link di bawah. Tempat adalah TERHAD!

https://www.eventbrite.com/e/1sme1sistem-tingkatkan-bisnes-dalam-pengurusan-kewangan-dan-perakaunan-tickets-28481211069

Jangan lupa bawa laptop juga untuk tujuan praktikal semasa bengkel nanti ya.

Anda juga boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut seperti berikut:

Email:
siti.aiisyah@gmail.com

Telefon: 019-6218711 (Encik Gazali Jaafar)
013-2921678 (Aiisyah)

Sekian, terima kasih.

Monday, 24 June 2013

Tuhan Lebih Saintifik Dr Farhan Hadi.

Hebatnya Kuasa Allah!



Ada orang menolak agama secara total dan menganggap Sains adalah segala-galanya.

Ada orang menolak Sains secara total dan menganggap segala kemajuan Sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa ke neraka.

Hakikatnya, Sains membawa kepada Tuhan dan Tuhan adalah penjelasan segala-galanya.

::Tuhan Lebih Saintifik oleh Dr Farhan Hadi::

Allah itu wujud! Seorang pensyarah muda yang tidak mempercayai Tuhan kembali kepada fitrahnya untuk beragama. Sains telah membawa dia kepada Penciptanya.

Islam itu tidak menolak Sains kerana Sains itu juga daripada Allah. 

Kisah dalam buku ini sangat menarik. Perdebatan antara seoarng ateis dan seorang doktor pakar Islam. Bagaimana mereka menyatakan hujah-hujah mereka tentang Sains dan Islam. Hebat! Sehebat mana pun Sains, Allah lebih hebat.  Sehebat mana pun kita, Allah lebih-lebih lagi hebat. Subhanallah!

Saturday, 22 June 2013

Simfoni Cinta Hilal Asyraf

Bila cinta, mesti nak bersama hingga ke syurga. Perkara yg membawa ke neraka bukan cinta namanya.



Simfoni Cinta oleh Hilal Asyraf. Sebuah buku yg menarik. Menceritakan erti cinta secara meluas. Bukan hanya antara lelaki dan perempuan.

Cinta itu kepada Pencipta.

Cinta itu kepada ibu bapa.

Cinta itu kepada keluarga.

Cinta itu kepada guru dan murobbi.

Cinta itu kepada sahabat, teman, dan kawan.

Cinta itu kepada semua.

Thursday, 17 January 2013

Now Reading: Setia Hujung Nyawa

Cerita Popular di tv3

::Setia Hujung Nyawa::

Popular ke?? Entahlah.. Tapi rasanya ramai je yang tengok kot.. Yang tak sempat tengok sebab buat pukul 7-8 malam Isnin-Khamis, pun boleh tengok kat tonton.com.my.. Ramailah yang boleh tengokkan.. Lebih2 lagi ada pelakon2 best.. Macam Hairul Azreen, Amar Asyraf, Ryzal Jaafar, Nelydia Senrose, dan ramai lagi.. Kalau kita pula, xdelah nak follow sangat cerita ni.. Sikit-sikit je.. Kalau rajin buka tv tu, tengoklah.. Tapi selalunya dapat tengok 15-30 minit je.. Maklumlah, cuti, kena jaga kedai.. Nak tengok kat tonton sememangnya malas sebab buffering dia nanti lambat sangat.. Malas nak tunggu..

Dan baru dapat tahu, cerita ni ada novelnya.. Haha.. 1 Malaysia dah tahu cerita ni daripada novel, kita lak baru tahu dua hari yang lepas.. Huhu.. Lepas je dapat tahu ni novel Setia Hujung Nyawa, terus pergi kedai sebab nak cari buku ni.. Oh, nasib baik mama ada kedai buku.. So, terus jelah cari kat kedai buku mama.. Hehe.. Sampai2 je kedai, buka pintu, terus ke rak buku.. Tadaa, xsampai lima minit, terus jumpa.. Nasib baik buku ni kat rak atas sekali.. Kalau tak, memang susahlah nak jumpa


And now, tengah merajinkan diri untuk baca novel ni.. Novel Alaf 21 dan penulisnya, Fatin Nabila..


Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar

Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina telalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah 'menyentuh' isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Monday, 27 August 2012

Moga Kau Mengerti dan Tak Secantik Husna

Ini maslahnya bila ada blog... Nak buat entry mesti malas... Kadang2, bila rajin idea xde.. Tapi, bila idea mencurah-curah, penyakit M tiba2 nak datang pula.. Yup, peyakit malaslah tu.. Sebab tu kadang2 xberupdate blog ni... Nak kata sibuk, kita ni bukannya budak sekolah yang dah start sekolah harini, bukannya pekerja yang dah mula bekerja harini, dan bukan juga pelajar U yang kelasnya start harini... Saya ni cuma penanam anggur yang hanya menunggu masa untuk anggur berbuah... Oh, mungkin itu juga sebab blog xberupdate.. Sebab nak tunggu anggur yang xberbuah-buah...

Oh, no! Apa yang Aiisyah merepek ni? Abaikan intro entry ni.. Intro? Intro ke tu? Xkisahlah... Xde kaiatan pun dengan tajuk di atas.. Melalut je lebih... Dah2, jangan buang masa... Nak tulis entry ni...

Wah! Tajuk kali ni, macam best je.. 'Moga Kau Mengerti'.. Hehe.. Dan, 'Tak Secantik Husna'.. Fuyyoh! Siapa yang xsecantik Husna tu? Hehehe...

Sebenarnya, dua-dua ni hanyalah tajuk novel je.. Novel yang saya dah berjaya habiskan beberapa hari yang lepas... Hebat tak? Dapat habiskan dua novel? Ceh, padahal malas nak taip bila satu novel tu dah habis.. Nah, ambil kau, kena tulis dua novel sekali gus sebab dua-dua dah habis baca..

Novel pertama: Moga Kau Mengerti (Lily Haslina Nasir)

Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disish nama dan wajah Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan dengan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran e-mel daripda Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung. Cinta lelaki itu tidak mengharum di jiwa.

Abang...
Adakah aku yang khayalkan kasih sayangmu
Hingga aku tertanya-tanya siapa yang lebih luhur setia
Tapi  kau lukakan hati ini hingga kecewa
Aku derita setelah menyanjung cintamu

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah hati setelah dihancurluluhkan?

p/s: Apa yang Kamali buat pada Adeena?

Novel kedua: Tak Secantik Husna (Ainul Hazrah)


Luqman Hariez disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan.

Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi daripada keputusannya.

Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana yang indah dalam rumah tangganya?

"Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yang membuatkan aku rasa bahagia..." - Luqman Hariez

p/s: Siapa pilihan Luqman Hariez?

roseskalerful says:
1. Dah nak habis cuti
2. Along dah nak balik US

Wednesday, 8 August 2012

Sesaat Kau Datang

ehem2...

"Sesaat kau datang...
Sesaat kau hilang...
Kemunculan dirimu penuh misteri..." - Sesaat kau datang (Ramlah Ram ft Sleeq)

Ceh, nak menyanyi pula petang2 ni.. Hehehe... Bukanlah, bukan nak menyanyi pun.. Saja je.... Tapi, kalau korang nak nyanyi, nyanyilah.. Aiman xkisah, saya pun xkisah...

Sebenarnya nak cerita pasal novel lagi... Novel yang baru habis dibaca last week (baru? macam dah lama je habis) haha.. xkisahlah.. Nak taip gak... Novel apa?

Saat Kau Hadir - Laila Kamilia


Bibit-bibit cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.

Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.

Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun... Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!

Perlukah dia setia dengan janji semalam yang telah berlalu pergi atau berpaut pada harapan esok yang belum pasti?

Monday, 30 July 2012

Ingin ke Paris

Salah satu tempat yang ingin saya lawati suatu hari nanti ialah Paris.. Teringin nak pergi sana.. Tempat yang ada eiffel tower tu.. Kata orang, Paris ni kota romantik.. So, naklah pergi tengok :-P InsyaAllah, ada rezeki, suatu hari nanti dapatlah kesana...

Saya baru je habis baca satu novel ni.. And novel ni menceritakan pasal Paris... Huh, macam best je cara dia describe Paris tu.. Lagilah bercita-cita tinggi nak pergi sana... Haha

Jom tengokbuku apa yang saya baca

I Heart Paris, Lindsey Kelk


When Angela Clark's boyfriend Alex suggests a trip to Paris at the same time as hip fashion mag Belle asks her to write a piece, she jumps at the chance.

But even as she's falling for the joie de vivre of Paris, someone's conspiring to sabotage her big break. And when she spot Alex having a tete-a-tete with his ex in a local bar, Angela's dreams of Parisian passion start crashing around her.

With London and her old life only a train journey away, Angela can't decide if she should stay and face the music or run away home...

*I Heart Hollywood pun best gak :-D

Tuesday, 24 July 2012

Warna Hati

Dah lama xupdate kan? Hari terakhir blog updated first day of Ramadhan and hari ni dah 4 Ramadhan dah.. Saja je xnak update.. Banyak je idea sebenarnya nak update.. Tapi, apa yang saya perasan, sejak bulan puasa ni, saya jarang duduk depan laptop.. Saya lebih banyakkan masa saya depan tv.. Pagi tengok tv, petaang tengok tv, malam lepas tarawikh pun tengok tv lagi. Hehehe..

Ni pun, sebab baru habis baca satu novel petang semalam.. Tu yang nak update tu.. Buku apa saya baca? Buku Warna Hati... Penulisnya Meen Zulaikha.. Slow sikitlah saya baca, maksudnya lambat habis.. Sebab, awal2 xbest sangat.. Tapi sebab dah start baca, xdapatlah nak stop kan?


Suatu ketika dahulu, luahan rasa cintanya pernah dipersenda. Malah rindu dan puisi syahdunya buat Jefri menjadi ejekan teman-teman sekolah. Zara Lisa, malu tidak terkata. Sejak saat itu, nama Jefri terus dikikis daripada ingatannya. Bertahun dia memegang prinsip bercinta bermakna membiarkan diri terluka dan kecewa.

Waktu terus berlalu. Persoalan tentang jodoh mula menghantui hidup Zara Lisa. Cemuhan dan sindiran tentang status hidupnya, bagai duri berbisa. Hingga dia difitnah, terdesak hendak bersuami.Kata dua daripada emak; bawa pulang calon suami atau emak yang carikan, memaksa Zara Lisa berbuat sesuatu. Dia tidak boleh mengharapkan cinta datang sendiri.

Speed dating menemukan Zara Lisa dengan dua orang lelaki.Erman yang tampan bergaya dan gentleman membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Beria-ria dia menyulam mimpi untuk menjadi permaisuri lelaki itu. Tapi, rupa-rupanya warna cinta mereka cuma kelabu. Erman playboy yang bijak menabur janji palsu untuk memikat. Lelaki kedua pula, Harith yang serba sederhana turut menghulurkan salam cinta sedangkan di hati Zara Lisa, hubungan mereka hanya sebagai kawan.

Lamaran daripada Jefri, mengejutkan Zara Lisa. Dia terpaksa menerima biarpun hatinya tidak rela. Harith muncul dan menceriakan kesedihan Zara Lisa. Dalam diam, dia mula merindui lelaki itu yang pernah dipandang sepi seblum ini. Harapannya terhadap Harith setinggi gunung setelah ikatannya dengan Jefri terlerai. Dalam membina janji kasih, kebahagian Zara Lisa diuji seklai lagi. Siapakah Harith sebenarnya? Sedangkan cinta sejati tiada ruang untuk prasangka

*Kalau nak pinjam buku ni, bolehlah ke GNZ BOOK RENTALS di Bangi

Selamat berpuasa :-)

Saturday, 14 July 2012

Buku untuk Esok

Entry yang ketiga saya untuk harini.... Xnak bertangguh-tangguh... Banyak sangat benda nak tulis... Habis lagi satu novel.. Novel yang sangat best untuk dibaca.. Creepy, bukan cerita hantu tapi bila baca, perasaan berdebar-debar tu ada.. Goose bumps... Banyak rahsia and akhirnya terbongkar.. So, memang kena baca sampai habis untuk tahu rahsianya...


Raised in the lap of luxury, spoiled, tempestuous sixteen-year-old Tamara Goodwin has never wanted for anything - and never had to think about tomorrow. But when her world is irrevocably shaken by her father's self-imposed death, she and her mother left devastated, drowning in debt and forced to sell everything and move to the country.

Stuck in the tiny house with her strange uncle and aunt - and her mother locked in the back room, grieving - Tamara's tomorrows suddenly seem bleak and grey. But soon, a large leather-bound book with a locked gold clasp that she discovers in a traveling library promises to rock her universe - for what's written inside is not only impossible and magical... It's her future.


Sunday, 8 July 2012

Hati Kala Cinta

Dapat lagi habis baca satu novel. pukul12.30 a.m tadi habis baca :-P

Cerita ni, sampai ke ending pun masalah xhabis... Ada je perempuan yang nak ganggu rumah tangga orang lain... Banyak betul masalah kat dalam cerita ni..

Tajuk: Hati Kala Cinta
Penulis: Hani Fazuha


Mereka rapat kerana berjiran, tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki, namun tersalah dilahirkansebagai perempuan. Kata Lya pula, Zhafran itu macam Hitler, suka memaksa orang mengikut katanya.

Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran, tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila, ada rasa cinta bertapak dalam hatinya. Namun, semua sudah terlewat kerana Zhafran telah memilih Nurin sebagai suri hidupnya.

Saat yang sama, Hareez pula datang bertandang dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menjengkelkan hati Lya. Kali pertama bertemu, dia tahu ada sebuah kebencian di dalam sepasang mata milik Hareez.

Tetapi, apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar yang dia sebenarnya mencintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga.

Kadangkala kuasa memilih  bukan di tangan kita, tetapi kita tidak seharusnya menyerah kalah saat takdir menetapkan pilihannya.

'Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi' - Lya



*Kalau nak pinjam buku ni, bolehlahke GNZ BOOK RENTALS di Bangi

Thursday, 5 July 2012

Hobi Lama Datang Kembali

Rasa seronok bila kita ada hobikan? Pastu hobi tu kita buat time masa yang terluang.. Yelah, maksud hobi tu pun aktiviti yang kita suka dan dilakukan masa terluang..

Macam saya sekarang ni, saya tengah bercuti dan tentulah masa saya banyak terluang.. Dan kebanyakan masa saya hanya tengok movie.. Kata orang, movie marathon.... Haha.. Tapi terus-terang, memang itu jelah kerja saya.. Dan kalau penat tengok movie, tak lain tak bukan, saya akan tidur..

Tapi, beberapa hari yang lepas.. Dah bosan asyik tengok movie, yela, since saya cuti bulan lima haritu, saya hanya tengok movie je.. Penat sebenarnya.. Mata pun letih sebab berjam-jam tengok laptop. Ye, saya akuinya.. Bila bosan and penat asyik tengok movie je, tiba-tiba suatu hari tu saya ambil sebuah novel dan start membaca.. Daripada satu muka surat hingga muka surat seterusnya dan akhirnya habis..

Oh, rasa dia sangat seronok membaca.. Itulah hobi saya dulu.. Saya memang suka membaca.. Banyak novel yang saya dah baca.. In fact, masa sekolah kan ada program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) dan sebab saya rajin membaca dan tulis dekat buku NILAM, saya dapat anugerah tu.. Hehe.. Dan sekarang, saya berasa seronok untuk membaca..

Baru-baru ni, saya baru je habis sebuah novel.. Pengarang dia Aleya Aneesa.. Saya memang suka baca buku beliau.. Every buku dia saya dah baca.. And terbaru ni, buku yang saya dah baca: Terus Cintai Aku


Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji.

Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada tempat. Lantas, lupa kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka.

Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis.

Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... Memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.

Thursday, 24 May 2012

Promoting

Promote! Promote! Promote!

Just nak bagitahu, my mom ada kedai buku sewa di:

NO 8, JALAN 3/7 BANGI PERDANA, 43650, SELANGOR DARUL EHSAN


Yang berada di kawasan berhampiran, bolehla singgah...



Kalau nak maklumat yang lengkap or ada sebarang pertanyaan, bolehla singgah:


Saturday, 29 October 2011

Habis Lagi

I had finished another book... So excited.. Hehe..

Saya ni, memang minat baca buku.. Jangan tak percaya, masa sekolah dulu, saya dapat sijil anugerah Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)... Fuyyoh ! Sijil NILAM.. Hehe.. Kepada mereka-mereka yang masih bersekolah tu, rajin-rajinla baca buku and tulis kat buku NILAM... Hahaha..

Ok, ni buku yang baru je habis baca tadi...

Mini Shopaholic <--- Klik kalau nak tahu sinopsis

Menangis baca buku ni.. Husband dia, best sangat hehe,, Kalau nak tahu lebih lanjut, bacalah buku ni.. Hehehe..

Thursday, 20 October 2011

Girl from Mars

Yay !

Dalam tempoh 17 hari cuti. Saya dah menghabiskan buku yang ke-4..

Aik? Dah 4 buah buku?? Buku first, second and third, bila pula baca?? Klik sini

Empat buah buku dah saya habis baca sepanjang cuti ni. Yay ! Semua ni gara-gara sebab tidak seperti yang dirancang. Selain daripada saya asyik menhabiskan masa dengan laptop kesayangan ni, ada juga masa untuk saya membaca :p


Try to read this book. Sangat best :) Koleksi Little Black Dress Book best sangat. Saya dah ada banyak dah.  Klik sini and sini

Ada lagi. Nanti kalau sempat, saya update lagi buku-buku cerita yang saya dah habis baca

Monday, 17 October 2011

Tidak Seperti yang Dirancang

Alamak !!!!! Dah 14 hari dah saya cuti..

So??

Tak seperti yang dirancang. My plan was, bila cuti nak tengok cerita Korea banyak-banyak. Tapi, dalam tempoh 14 hari ni, saya hanya mampu menonton satu je drama Korea, Rahsia Taman

Masa tengah tengok cerita pun, my lil sis pun nak tengok sekali. So, dia menghadap laptop dengan I sebab nak tengok cerita ni. So, my mom tak bagi I tengok cerita Koare sebab menganggu adik nak study.. Yela, dah asyik nak tengok cerita je, tak study pula.

So, daripada nak tengok cerita Korea banyak-banyak. I dah habiskan 3 buah buku cerita atau novel. WOW ! TIGA ! Kalau tengok cerita Korea, memang tak kan membacalhkan? Well, My hobby is reading. I love reading :)

So, buku apa yang saya dah habis baca? Sampai 3 buah buku tu... Nilah dia...

 Nak tahu buku ni pasal apa? Klik sini

 Nak tahu buku ni pasal apa? Klik sini

Nak tahu buku ni pasal apa? Klik sini

Antara tiga-tiga buku ni, yang paling best Serasi Sehati. Serious, buku ni, mampu membuatkan saya menangis, ketawa and tersenyum-senyum dalam satu masa. Haha.. Memang best. Tryla baca :D

Saturday, 13 August 2011

Oh No!

Oh no! Tadi I ada tulis entry yang I nak update blog yang ni... Tapi, I sekarang ni kat kampung... Macam mana I nak update??

Sorry... I totally forgot about it... Macam mana nak update buku-buku yang ada kat kedai tu?? Tulah, kerja asyik nak bertangguh je... Padan muka... *dush*.....

Korang tunggu jelah sampai I dah update, ok?

Lama Dah Tak Update

http://gnzbookrentals.blogspot.com/

Lama dah tak update blog ni kan?? Asyik nak update blog ni je... I'm going to update this blog today!

Just wait and see!

What book do you prefer?? English novel or Malay novel?? Please tell me?? I will update :)

Kalau tak bagitahu pun, saya akan update juga... Hahahaha

Ok, Aiisyah dah merepek....

Ok, /bye


Thursday, 12 May 2011

Terima Kasih Along

Hahahaha... /wahaha... Rasanya, lepas ni dah takyah kerja dah... Dah takyah pergi kedai petang-petang... Sebab along sangat baik hati untuk jaga kedai... Muhaha... So, bolehlah saya prepare untuk U saya... Boleh shopping mopping... Beli barang-barang yang diperlukan... Photostat benda ni.... Isi borang tu... Hehehe



Wednesday, 27 April 2011

Apa Nak Buat?

HELLO.... Sesiapa boleh tolong saya.... Huhuhu.....

I am working.... Jaga kedai ni.. But there's no one here... Sorang je.. Tu pun tengah guna komputer sampai kol 7 malam nanti.....

I thought I ada bawak my buku novel... Tapi, rupa-rupanya tertinggal... Tertinggal kat mana?? Entah... Sama ada kat dalam kereta or kat rumah.... Ok, nama pun kedai buku.... Pergilah baca buku lain... Lebih-lebih lai dah ada 50 buah komik second hand yang baru beli dari seseorang.. Pergilah baca... Tapi I tak nak cause tak sukalah, baca buku yang belum habis pastu nak baca buku lain... Ceh, padahal masa zaman sekolah selalu buat... Ok, itu lain, sekarang dah lain.... Oh, ye, sesiapa yang minat baca komik.... Jom datang kedai GNZ BOOK RENTALS... Ada banyak komik kat sini....

Selain daripada menghadp laptop ni, memang tak buat benda lain... Kemas kedai?? Hehehe.... Tunggu semua family ada kat sini... Boleh kemas ramai-ramai... (Hahaha... Dah malas tu, cakap jelah malas)... Ok, memang malas

Haha.. Dan sebab tu bosan.... Boleh tak I tidur kat kedai ni?? Ngantuk.. Mata dah penat asyik duduk depan laptop je...

*buku yang sedang dibaca.. dah nak habis dah*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...