Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Showing posts with label Love is Cinta. Show all posts
Showing posts with label Love is Cinta. Show all posts

Wednesday, 19 October 2016

You're invited to #1SME1Sistem: Tingkatkan Bisnes dalam Pengurusan Kewangan dan Perakaunan (Nov 8, 2016)



Hello!

Sebagai seorang Usahawan, adakah anda hadapi masalah dalam bisnes anda seperti berikut :

-Tidak tahu berapa sebenarnya keuntungan/kerugian syarikat anda pada sesuatu masa?
-Ingin memohon pinjaman tetapi akaun syarikat tidak teratur?
-Sukar hendak menguruskan operasi syarikat dengan teratur dan sistematik
-Terpaksa mengira untung dan rugi anda secara manual
-Sukar untuk mengetahui siapa yang berhutang dengan anda dan dengan siapa anda berhutang?

Kami ada berita baik untuk anda. Kami ada menyediakan Bengkel Khas
#1SME1Sistem berfokuskan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan khas untuk Syarikat SME yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah tersebut secara mudah dan senang difahami.

You are invited to the following event:

Kami akan membantu anda dan berkongsi ilmu seperti :
-Menguruskan kewangan dan perakaunan syarikat dengan lebih mudah dan sistematik
-Kelebihan dan kepentingan sistem perakaunan yang membolehkan syarikat menjimatkan masa dan tenaga
-Dapat mengurangkan kesalahan dalam merekodkan sebarang transaksi syarikat
-Pengurusan perakaunan syarikat anda akan berjalan dengan lancar, mudah dan bersistematik.
-Menghasilkan laporan kewangan yang anda perlukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada
Temui barisan penceramah berpengalaman yang akan membantu anda pada:

Tarikh: 8 November 2016 (Selasa)

Masa: 9.00 pagi - 1. 00 petang

Tempat: Bilik seminar, Blok E-1-1 Aras 3, Bangi street, Bangi Gateway, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Bengkel tersebut akan diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat seperti:

(1) "Crash Course Accounting For Entrepreneurs"

Pelajari tentang sistem Perakaunan dan faedahnya untuk menguruskan bisnes anda, termasuklah pengurusan untung rugi, cash flow, balance sheet syarikat dan laporan GST-03 untuk tujuan audit, dan management report.
*fokus pada aliran tunai (cash flow).

(2) "Grow and Manage Your Business' Financial & Accounting Efficiently Using OfficeCentral"

Belajar bagaimana anda boleh menggunakan OfficeCentral Accounting untuk mengetahui sebarang transaksi syarikat dan melihat dengan lebih sistematik pengurusan kewangan syarikat anda.

Bengkel ini terbuka kepada Pemilik Perniagaan, Usahawan, CEO, COO, General Manager, Akauntan, dan mereka yang terlibat dalam pengurusan kewangan syarikat.

Testimonial dari pengguna OfficeCentral:

"OfficeCentral really help a lot of SME's to manage their operation.

And its really save a lot time to do the data entry since everything is automated by OfficeCentral”

- Jeffery Boonson Simani (JBS Teknik Sdn Bhd)

Apa tunggu lagi? Kemasukan adalah PERCUMA untuk 50 peserta terawal sahaja. DAFTAR dengan segera dengan klik link di bawah. Tempat adalah TERHAD!

https://www.eventbrite.com/e/1sme1sistem-tingkatkan-bisnes-dalam-pengurusan-kewangan-dan-perakaunan-tickets-28481211069

Jangan lupa bawa laptop juga untuk tujuan praktikal semasa bengkel nanti ya.

Anda juga boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut seperti berikut:

Email:
siti.aiisyah@gmail.com

Telefon: 019-6218711 (Encik Gazali Jaafar)
013-2921678 (Aiisyah)

Sekian, terima kasih.

Sunday, 3 August 2014

Teruskan Berdoa.

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu... (40:60)



Doa adalah senjata orang mukmin.
Ayuh semua!
Kita berdoa!
Teruskan!
Jangan berhenti!

Semoga Allah lindungi kita semua. InsyaAllah.


Monday, 8 July 2013

Ramadhan Datang.

Ramadhan, satu bukti Allah sayangkan kita. Satu tanda Allah cintakan hambaNya.

Kenapa?

Ramadhan, pintu syurga dibuka seluas-luasnya.

Ramadhan, pintu neraka ditutup serapat-rapatnya.

Ramadhan, amalan yang dilakukan mendapat ganjaran berkali-kali ganda.

Ramadhan, padanya ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, dinamakan malam Al-Qadr.

Ramadhan, ibadat dapat ditingkatkan. Adanya solat terawih.

Ramadhan, mengajar kita erti kesabaran dengan menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan
perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Bestkan Ramadhan?

Ya Allah, sampaikanlah kami di bulan Ramadhan.

Saturday, 22 June 2013

Simfoni Cinta Hilal Asyraf

Bila cinta, mesti nak bersama hingga ke syurga. Perkara yg membawa ke neraka bukan cinta namanya.



Simfoni Cinta oleh Hilal Asyraf. Sebuah buku yg menarik. Menceritakan erti cinta secara meluas. Bukan hanya antara lelaki dan perempuan.

Cinta itu kepada Pencipta.

Cinta itu kepada ibu bapa.

Cinta itu kepada keluarga.

Cinta itu kepada guru dan murobbi.

Cinta itu kepada sahabat, teman, dan kawan.

Cinta itu kepada semua.

Thursday, 20 June 2013

Hakikat Bahagia.

Kebahagiaan itu satu kesyukuran.

Bila kaya jadi insan pemurah.

Bila berkuasa amanah.

Bila berjaya tidak alpa.

Bila sihat tidak lupakan Tuhan.

Hakikat bahagia-UNIC

Jom sama2 jadi org yg bahagia. InsyaAllah.

Sunday, 5 May 2013

Amar Makruf Nahi Mungkar.

Daripada Abu Sa'eed al-Khudri r.a beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demekian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.

(Hadis Riwayat Muslim)

Selamat menjalankan tanggungjawab anda. Semoga ALLAH meredhai kita. InsyaALLAH :-)

Friday, 4 January 2013

Tips to be Happy

Assalamualaikum

Salam Jumaat, penghulu segala hari

Tips untuk jadi insan yang gembira

"Bila anda ada ALLAH, anda ada segalanya"

Happy Always, my friends :-D


Sumber: Facebook

Thursday, 15 November 2012

Another Year. 1434


Satu Muharram detik permulaan

Permulaan tahun Islam Hijrah

Perpindahan Nabi dan umat Islam

Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan Iman yang teguh

Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu

Rela berkorban harta dan nyawa

Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu perjuangan

Hijrah itu pengorbanan

Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu, mari semua

Kita sambut maal Hijrah

Tingkatkan semangat

Dan tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman..

Wah~ Aiisyah pagi2 lagi dah menyanyi.. Semangat Maal Hijrah betul :-D Well, another year dah berlalu.. Sudah masuk 1434 Hijrah.. Hijrah pada zaman Rasulullah bererti perpindahan Nabi dan para sahabat ke Madinah.. Pada zaman sekarang? Takkanlah perpindahan kita dari Malaysia ke South Korea? Oh, tidak2.. Zaman sekarang, maksud yang sesuai berubah daripada jahat kepada baik.. Berubah daripada baik kepada yang lebih baik..

Kawan-kawan, marilah sama-sama kita menghayati sirah Nabi yang berpindah ke Madinah.. Macam mana dugaan dan ujian yang terpaksa ditempuhi.. Berkat kesabaran, Nabi berjaya sampai ke Madinah dan menjadikan Madinah sebagai Negara Agama Islam yang pertama.. Kemudian, Nabi berjaya menakluki Mekah pada peristiwa pembukaan Mekah..

Hebatkan Nabi? Kita? Diuji sedikit pun dah mengeluh.. Diuji sedikit pun dah marah2.. Why not, kita tanamkan azam dan niatkan dalam diri kita untuk memjadi manusia yang sentiasa bersabar, bersyukur, mengingati ALLAH.. Kesimpulannya, biarlah diri kita memiliki sifat2 mahmudah (baik), InsyaALLAH

Ayuh semua, kita berusaha menjadi umat yang terbaik.. Bukankah umat Rasulullah itu sebaik-baik umat?

ALLAH berfirman dalam Surah Al-Imraan ayat 3:


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.(3:110)

Jom berubah fi sabilillah

Jom berubah ke jalan ALLAH

Jom berubah lillahi ta'ala

Jom berubah kerana ALLAH

Salam Maal Hijrah

Friday, 3 August 2012

Ending Lain Dejavu Di Kinabalu


Semalam baru je cerita pasal Dejavu Di Kinabalu di entry ini... Hari ini cerita lagi.. Orang pun naik bosan.. Haha.. xkisahlah, nak tulis gak...

Entry yang lepas, pasal cerita ni, saya ada mention Bazli bersama Nadira kan? Lepas tu ending dengan Ammar boleh tengok kat tonton.com.my.. Yup, saya dah tengok dah ending Nadira with Ammar... Not badlah.. Kedua-dua ending pun ok.. Tapi saya lagi prefer ending with Bazli sebab lagi best... Hehehe.. Apa2 pun, thumbs up for Dejavu Di Kinabalu

Thursday, 2 August 2012

Dejavu Di Kinabalu

#TeamBazli atau #TeamAmmar ? Siapa pilihan korang?

Hehehe.. Tadi sempat juga saya tengok episode last Dejavu di Kinabalu ni.. Cerita ni saya tengok minggu last je.. Yelah, nak tengok siapa pemenang undian antara Ammar or Bazli


Siapa follow cerita ni? Siapa yang follow cerita ni and selalu tengok iklan tv3, mesti tahu pasal undian ni kan? Siapa pilihan Nadira (Tiz Zaqyah).. Ammar (Aqasha) or Bazli (Nazim Othman).. Kena hantar SMS sama ada kita nak pilih A (Ammar) atau B (Bazli)..

So, tadi dah terjawab persoalannya.. Saya suka ending cerita ni.. Saya memang nak Bazli pun menjadi pilihan Nadira.. Hehe.. Akhirnya, Bazlilah pemenangnya.. So, tadi dapatlah tengok Nadira kahwin dengan Bazli..

Dengar cerita, kalau nak tengok ending Nadira dengan Ammar, boleh tengok kat tonton... Betul ke? Entahlah, saya pun xcheck lagi.. Nantilah saya check.. Ni dah malam, nak tidur :-P

Dejavu di Kinabalu ni, macam Twilight pulakan.. #TeamEdward or #TeamJacob... Siapa Edward, siapa Jacob? Korang tentukanlah sendiri :-P

Thursday, 26 July 2012

Episode "Akhir" Putri Yang Ditukar

Bila bercakap pasal Sinetron Indonesia, jarang kita dapat tengok episode yang sikit.. Kebanyakkannya sampai beratus-ratus episode.. Mungkin beribu-ribu episode pun ada.. Kenapa banyak sangat episode cerita Sinetron Indon ni? Sebab banyak sangat masalah yang berlaku.. Rahsia pun banyak yang xnak diberitahu..

Kalau ada rahsia tu, mesti nak tunggu juga 'masa yang sesuai' untuk diberitahu.. Tapi, bila tengok2 balik, 'masa yang sesuai' tulah yang memang xboleh nak diberitahu and masa yang betul2 sesuai xnak bagitahu pula.. Bukan tu je, masalah pun banyak gak.. Bila satu masalah selesai, akan muncul pula masalah lain. Contohnya, cerita Nada Cinta Astro Ria.. Masa awal2 saya tengok, adlah sorang dua yang jahat.. Yang nak ganggu orang yang baik2 ni.. Pastu dah lama sangat tak tengok... Pastu, suatu hari tu, bila tengok balik cerita Nada Cinta ni, orang yang dulu jahat, sekarang ni dah jadi kawan baik orang baik and watak orang jahat pula dah ada pelakon baru... So, bila nya nak habis cerita tu?


Orang mesti cakap, ala, xyah tengoklah kalau cerita tu dah panjang sangat.. Tapi, percayalah, sekali korang dah tengok, korang memang xboleh nak stop tengok. Macam saya jugalah.. Haha.. Konon2 nak tengok sekali je, 1 episode je, tapi last2 tengok gak hari2.. Sampaikan kalau rajin, episode yang tertinggal kita sanggup search kat youtube ataupun tengok kat Tonton.. Hah, macam cerita Putri Yang Ditukar.. Satu2 nya cerita yang walaupun banyak sangat rahsia dan maslah, saya xbosan tengok.. Kenapa? Cerita dia best, ok..


Walaupun cerita ni lebih kurang je macam cerita Indon yang lain, pasal anak tertukar, tapi saya rasa cerita ni best sebab mungkin pelakon2 dia pun best2 gak... Oh, ye, saya ada mention tak Sinetron Indonesia ni beratus-ratus atau beribu-ribu episode? Ada? Hehe.. Sama juglah dengan cerita Putri Yang Ditukar ni.. Ada 600++ episode.. Cerita ni ditayangkan kat TV3.. Dan nak tahu, cerita ni baru je 'tamat' tadi... Sedih kot... Bukannya sedih sebab cerita ni habis.. Tapi dia potong.. Maksudnya, tadi tu episode 176 je kat tv 3.. Maksudnya xsampai episode 600++.. Maknanya, xsemua masalah yang dapat diselesaikan and xsemua orang tahu rahsia2 yang ada... Huhuhu.. Dahlah cerita best, tapi separuh jalan je... Xmacam Nada Cinta yang masih bersiaran kat Astro Ria ataupun cerita Anugerah yang ada kat tv9 tu..

Tapi, xpelah.. Nak buat macam mana.. Kalau tv3 buat sampai habis pun, orang pu  xnak tengok dah kan? So, tv 3 keluarkan cerita baru minggu depan.. Dia Jantung Hatiku


Xtaulah cerita dia pasal apa.. Yang pasti saya ni peminat Christian Sugiono.. Hehe.. Entahlah nak tengok ke tidak.. Kita tunggu jelah minggu depan.. Hehe..

Selamat berpuasa :-)


Tuesday, 26 June 2012

Cuti-Cuti, Inilah Kerja Kita

Oh, kerja apa yang boleh kita buat bila cuti selama 3 bulan? Ini, dah termasuk kali ketiga saya cuti panjaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnggggggggggg.. First, masa habis SPM... 5 bulan cuti.. Pastu, habis semester 1 2011/2012, cuti 3 bulan.. Habis asasi nak tunggu degree bulan 9 nanti pun, cuti lagi which means saya masih bercuti...

Bila cuti, mama suruh kita jaga kedai.. Yup, dan saya sekarang memang tengah jaga kedai... And bila takde orang datang, kita buatlah benda lain seperti tengok Charmed di kaunter bayaran... Hohohoho...

Bila kat rumah, kita buat apa pula? Pagi2 kemas rumah.. Yup, kemas rumah.. Oh ye, kedai buka pukul 2.45-7.. Sekejap je.. Lepas kemas rumah? Tengok Charmed lagi.. Hahaha.. Charmed ada 8 season ok, and saya baru je season 5....

Malam? Perlu ke bertanya? Of coursela Charmed juga.. Hahaha.. Tu pun kalau takde orang guna laptop.. Selalunya malam2 orang lain yang guna laptop... Kalau tak, kita jelah yang conquer laptop ni...

Tapi waktu malam, lain sikit.... Kalau malam malas sikit nak tengok cerita Charmed sebenarnya.. Bila malam saya prefer tengok movie melayu... So, dalam tempoh 2 minggu, saya dah habiskan 4 cerita melayu..

1. Cinta Kura-kura

Lakonan Tiz Zaqyah dan Aeril Zafril.. And saya ni peminat Aeril Zafril.. Of coursela saya nak tengok.. Hehehe.. Best gaklah cerita ni especially bila ada Zizan Si Kura-kura yang boleh bercakap

2. Hoore Hoore

Ni filem muzikal... Siapa peminat lagu2 Sudirman, bolehla tengok.. Saya, lepas tengok je cerita ni, asyik nyanyi je lagu Sudirman.. Especially lagu Terasing.. Feeling kot nyanyi.. Haha

3. Aku Ada Kau Ada

Aku Ada Kau Ada? Kamal Adli <3.. Hehehe

4. Gerimis Mengundang

Gabungan pelakon Malaysia and Indonesia.. Oh, heronya: Kamal Adli... Cerita ni, kalau orang lain boleh nangis part yang sedih tu, saya taklah nangis, sebab before tengok cerita ni,dah tahu ending dia.. So, xsedihla..

Tu dia... Nampak tak? Berbaki lagi beberapa bulan lagi saya punya cuti, apa lagi yang akan saya buat? MUET is just around the corner. 4 July for speaking and 28 July for listening, reading, and writing.. Yeah, I know, need to practice for that.. Huhuhuhu.. Nervous sebenarnya memikirkan MUET ni sebenarnya.. Papa suruh practice... Practice to speak in English.. Well, I'll try.. Maybe lepas ni nak try write in English (kot).. Just pray for me, k?

Oh, lepas cerita Gerimis Mengundang, plan nak tengok Hanya Aku Cinta Kau Seorang.. Again, peminat Aeril Zafril, nak kena tengok cerita ni.. Hehehe.. Tapi, tu nantilah.. Sekarang, saya nak sambung tengok cerita Charmed pula... Bye2

Saturday, 23 June 2012

Aiisyah Tukar Warna Kegemaran

Assalamualaikum semua!!

Ni nak kongsi satu benda... Saya baru je tukar warna kegemaran saya.. Hahaha.. Warna kegemaran pun boleh tukar ke? Hehehe.. Of coursela.. Buktinya? Saya sendiri pun dah tukarkan?

daripada warna biru


Dan sekarang saya suka warna purple


Tengoklah, my blog pun warna purple


In fact saya pun dah tukar warna background twitter saya daripada biru ke purple


Photobucket punya background pun tukar.. Tapi daripada warna pink jadi warna purple


Nampak tak? Semua dah tukar warna purple... Macam mana boleh tukar? Entahlah... Saya pun tak tahu, maybe sebab barang-barang saya banyak warna purple kot. Baju banyak warna purple, beg warna purple, selipar warna purple.. So, saya suka warna purple :-P

Wednesday, 16 May 2012

Endless Love

Dulu suka sangat tengok cerita Marimar kat TV3. Sekarang minat tengok cerita Endless Love.. Kenapa? Sebab saya peminat hero dan heroin kedua-dua cerita ni :-P



Dua cerita ni hero and heroin dia sama.. Hihihi.. Dingdong Dantes and Marian Rivera.. Dulu selalu juga tengok cerita Marimar ni kat tv3... Kalau tak sempat nak tengok kat tv tu, sanggup tengok dekat Tonton.. Hehehe...

Endless Love ni, dah cuti baru tahu ada dekat tv3.. Tu pun sebab baca kat surat khabar.. Kalau tak, memang tak tahu.. Masa cuti ni pun, kat tv dah episode 20.. So, kita tengok kat tonton jela episode1.. Hehehe


Kalau korang nak tahu Endless Love ni cerita apa, korang tengoklah cerita Korea.. Autumn In My Heart.. Memang sama je cerita ni dengan Endless Love.. Yang beza cuma satu cerita Filipina and lagi satu cerita Korea..


Memang sama je.. Mula-mula tertukar anak.. Pastu last-last bercinta.. Hehehe.. Walaupun sama, tetap nak tengok juga sebab minat Dingdong Dantes dan Maria Rivera <3


Friday, 6 April 2012

Now, I'm 19

Menikmati 365 hari before saya masuk umur yang puluh-puluh ni...

Assalamualikum pembuka bicara...

Well... Dah 19 tahun... First of all, kenalah bersyukurkan? 19 years of living.. Alhamdulillah He gives me life.. Gives me everything.. Gives me not what I want but what I need.. Alhamdulillah... He gives me family and friends yang memahami...

Thanks guys... Yang wish birthday... Saya rasa beruntung sangat ada family and friends macam korang-korang semua ni.. Especially my classmates, my dorm mates masa kat Nilai dulu.. Korang is the bestla... Ada ucapan yang pendek, yang panjang.. And kadang-kadang tu, ada juga ucapan yang membuatkan saya terharu and rasa nak menangis :')

Nak kongsi kat korang.. This year birthday bagi saya sangat special.. Buat dekat UIA with friends yang saya sayang... Hehehe.. Macam-macam dieorang buat... Belanja ice blended, beli 3 jenis kek yang berbeza.. Pastu mkan semuanya.. Hohoho.. Ada yang belanja roti john, menjahit.. Bagi note dekat saya.. And banyak lagilah.. Best2... Sangat gembira and happy...

Tak lupa juga, yang wish kat twitter.. Dekat Facebook pun banyak... Terima kasih semuanya ;D Saya sayang korang kerana ALLAH..

Jom... Tengok gambar-gambar hadiah yang saya dapat tadi.. Hehehe















Hehehe.. Sorrylah.. Gambar tak cantik and tak clear.. Pakai hp yang picture die 2.0 je.. Sebab tulah.. Hehehe

Apa-apapun.. Thanks guys ;)

Happy Birthday Juga Buat Mereka Yang Menyambut Birthday Pada 6 April :DDD

Saturday, 31 December 2011

Hari ini Ada Nur & Adam

Siapa kat sini peminat Nur & Adam? Ala, cerita Nur Kasih tu.. Mesti ramai yang minatkan? Yang tak minat tu pun, mesti tau pasal cerita Nur Kasih ni kan? Tak kisahlah Nur Kasih the Movie ke, yang drama ke, watak dia tetap Nur dan Adam.. Betul tak?


Sebenarnya, bukanlah nak cerita pasal Nur Kasih.. Yelah, cerita ni dah lama.. Orang pun dah tak cakap pasal cerita ni lagi.. Just nak share dengan korang.. Malam ni, dekat tv3 pukul 9.00 malam, ada satu cerita bertajuk Aduh Sayang.. Pelakon utama Tiz Zaqyah and Remy Ishak.. Cerita pasal kekeluargaan juga.. Hehehe.. So, saya nak tengoklah.. Hihihihi..

Buat Blog~ End of the Year

Assalamualaikum... Hihihihi

Well, today is the last day for the year 2011.. InsyaALLAH, tepat jam 12.00 malam, tahun 2012 akan menjelma ;)


As a blogger, ada banyak yang saya target untuk blog saya ni.. Alhamdulillah, ada yang tercapai, ada yang tak.. Hehehe.. Tapi, takpe, cepat atau lambat, benda tu akan tercapai jugakan? InsyaALLAH.. Yang penting JANGAN putus asa..


Apa yang Aiisyah targetkan untuk blog ni sebelum munculnya tahun 2012? Nak tahu? Jom tengok ;p

  • Followers nak 500 (Alhamdulillah, sekarang 528, thanks to all my followers)
  • Fanpage nak ada 20 likes (Alhamdulillah, sekarang 25, sesiapa yang belum like, boleh klik sini)
  • Comments nak ada 1000 (Tapi, ada 822, takpe, selagi belum pukul 12 malam, korang komenlah banyak-banyak, hehe)
Ok, setakat ni, tu jelah kot.. Ini jelah target saya untuk blog saya.. For tomorrow (tahun 2012) saya akan buat target baru pula untuk blog ni ;)

p/s : untuk tahun 2012, semoga saya menjadi orang yang berjaya !

Monday, 26 December 2011

I am Watching King of Baking


Wuhoooo.. Semangat je saya.. Puas saya mencari tempat untuk mendownload cerita-cerita korea. Akhirnya, berjaya juga,, Jumpa pun.. Dah lama saya nak tengok cerita ni.. Lagipun, cerita ni, ada seorang pelakon yang saya minat.. Nak tahu siapa? Korang klik.

Dah klik? Bagus. Hehehe.. Nak tahu cerita ni pasal apa?

Kim Takgu is the eldest son of Gu Il Jong, the chairman of Geosung Foods Enterprise, and Kim Misun, his mistress. The Chairman’s wife, Insok, is furious with her husband and shuns Takgu. When his mother is kidnapped, Takgu runs away from home and spends the next 14 years looking for her. Through his journey he enters a baking school owned by Pal Bong, a legend in the baking industry who coincidentally is also the same teacher who taught his father. There he finds Jo Jingu, the man who kidnapped his mother, but he tells Takgu that she accidentally fell of a cliff. Takgu decides to stay at the bakery and learn the art of making bread, like his father did before him. Majun, Takgu’s half-brother is also at the school, hoping to learn about baking in order to win his father’s approval and take over the family business. He is living under an assumed name and never reveals his true identity, still having a hatred for Takgu from their childhood.
It is later revealed that Takgu’s mom is not dead and that she is looking for him. The Chairman, who also spent the past 14 years looking for Takgu, eventually finds out he is at the bakery and is furious at Majun for not telling him. The Chairman wants Takgu, his oldest son, to take over the family business instead of Majun. Majun plots to steal Takgu’s childhood friend Shin Yukyeong and embarrass his family in the process as revenge. Takgu eventually finds his mother, but Insok and her lover (and the Chairman’s assistant) Han plot to rob Takgu of his inheritance so that Majun will take the Chairman’s position. When the Chairman finds out about this, Han goes so far as to attempt to murder Takgu, but he is saved by Jo Jingu. Majun’s plan to embarrass his family works, but it doesn’t give him the satisfaction he expects. He reaches a truce with Takgu and the two agree to let their older sister Gu Jakyung run the company. The show ends with Takgu continuing to work at the bakery with his girlfriend Yang Misun while Majun decides to travel around the world with his new bride Shin Yukyeong. While Manger Han is in prison, the Chairman is happy that his loved ones have found happiness.

Cerita ni pasal kekeluargaan jugalah.. Iri hati pun ada.. Tamakkan harta pun ada juga.. Yang paling penting, romance pun adalah juga.. Hihihi

Wednesday, 21 December 2011

Cerita Hari Selasa, Banyak yang Best

Kalau korang tanya saya hari apa yang best.. Saya akan cakap hari selasa, hari yang sangat best... Kenapa? Sebab pada hari Selasa banyak sangat cerita best.. Cerita apa? Jom tengok :

Vanilla Coklat


Siapa tengok cerita ni tadi? Bestkan? Cerita yang menggantikan Cinta Elysa.. Mengisahkan 2 orang yang dijodohkan oloh orang tua mereka.. Jom tengok.. Hihihi.. Setiap Selasa, jam 9.00 malam tv3

the Vampire Diaries


Tajuk Vampire, of coursela cerita ni pasal vampire.. Mengisahkan 2 beradik vampire yang suka dengan wanita yang sama.. 9.30 malam hari Selasa 8 tv.. Tapi, cerita ni, harini last for season 3.. Next week (27 Dis 2011) cerita baru.. Tapi, cerita baru ni pun, saya suka gak.. Hihihihi

Hellcats


Wah~ Hellcats season 2 next week.. Hari Selasa pukul 9.30 malam 8 tv

Teen Wolf


Cerita Teen Wolf. Cerita pasal werewolf. Seorang remaja yang digigit serigala and then ada kuasa hebat macam serigala.. Cerita ni ada kat AXN astro channel 701.. Pukul 10.00 malam..

Hahaha, Banyakkan cerita best hari Selasa.. Maknanya, dari pukul 9 malam hingga pukul 11 malam, saya akan hanya berada di depan tv sahaja.. Masa ni, no one can disturb me watching.. Muhahahaha *gelak jahat*
Cerita-cerita ni memang best.. Korang pun, boleh tengok juga ;p Hehehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...