Oh, no! Apa yang Aiisyah merepek ni? Abaikan intro entry ni.. Intro? Intro ke tu? Xkisahlah... Xde kaiatan pun dengan tajuk di atas.. Melalut je lebih... Dah2, jangan buang masa... Nak tulis entry ni...
Wah! Tajuk kali ni, macam best je.. 'Moga Kau Mengerti'.. Hehe.. Dan, 'Tak Secantik Husna'.. Fuyyoh! Siapa yang xsecantik Husna tu? Hehehe...
Sebenarnya, dua-dua ni hanyalah tajuk novel je.. Novel yang saya dah berjaya habiskan beberapa hari yang lepas... Hebat tak? Dapat habiskan dua novel? Ceh, padahal malas nak taip bila satu novel tu dah habis.. Nah, ambil kau, kena tulis dua novel sekali gus sebab dua-dua dah habis baca..
Novel pertama: Moga Kau Mengerti (Lily Haslina Nasir)
Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disish nama dan wajah Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan dengan lelaki itu.
Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.
Kehadiran e-mel daripda Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung. Cinta lelaki itu tidak mengharum di jiwa.
Abang...
Adakah aku yang khayalkan kasih sayangmu
Hingga aku tertanya-tanya siapa yang lebih luhur setia
Tapi kau lukakan hati ini hingga kecewa
Aku derita setelah menyanjung cintamu
Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah hati setelah dihancurluluhkan?
p/s: Apa yang Kamali buat pada Adeena?
Novel kedua: Tak Secantik Husna (Ainul Hazrah)
Luqman Hariez disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.
Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan.
Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi daripada keputusannya.
Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana yang indah dalam rumah tangganya?
"Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yang membuatkan aku rasa bahagia..." - Luqman Hariez
p/s: Siapa pilihan Luqman Hariez?
roseskalerful says:
1. Dah nak habis cuti
2. Along dah nak balik US