ehem2...
"Sesaat kau datang...
Sesaat kau hilang...
Kemunculan dirimu penuh misteri..." - Sesaat kau datang (Ramlah Ram ft Sleeq)
Ceh, nak menyanyi pula petang2 ni.. Hehehe... Bukanlah, bukan nak menyanyi pun.. Saja je.... Tapi, kalau korang nak nyanyi, nyanyilah.. Aiman xkisah, saya pun xkisah...
Sebenarnya nak cerita pasal novel lagi... Novel yang baru habis dibaca last week (baru? macam dah lama je habis) haha.. xkisahlah.. Nak taip gak... Novel apa?
Saat Kau Hadir - Laila Kamilia
Bibit-bibit cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.
Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.
Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.
Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun... Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!
Perlukah dia setia dengan janji semalam yang telah berlalu pergi atau berpaut pada harapan esok yang belum pasti?