Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Showing posts with label Demi Masa. Show all posts
Showing posts with label Demi Masa. Show all posts

Thursday, 19 July 2012

Oh, My Ketam!


Sedap tak ketam ni? Hehe.. My dinner for last night.. Nak tahu sesuatu tak? Dah setahun lebih saya nak makan ketam... Kenapa tak percaya? Ok, kalau xpercaya korang boleh klik sini.. Mesti korang akan percaya.. Check tarikh and tahunnya.. Hah, lebih kurang setahun yang lalukan? Lagipun masa saya tulis mengidam ketam ni pun, saya xtahu bila kali terakhir saya makan ketam. Maknanya, sebelum saya makan ketam yang ni, saya xde idea langsung bila kali terakhir.. Lama sangatkan? And alhamdulillah, malam tadi saya dapat makan ketam.. Kari ketam.. Sangat sedap.. Kenapa? Kerana masakan mama sentiasa yang sedap..

InsyaALLAH 2 hari lagi kita akan puasa.. So, saja jelah buat entry pasal makanan ni.. Selamat berpuasa

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna" - Harapan Ramadhan

Saturday, 12 November 2011

Doa Dhuha

Waktu dhuha ni, jom kita berdoa ;p




Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

Amin ;)

Friday, 29 April 2011

Tazkirah Episode 3 : Peranan Penghuni Syurga Dunia


3. Anak-anak


Anak-anak umpama rakyat jelata dalam sebuah keluarga. Syariat menetapkan kasih anak kepada ibu hendaklah tiga kali ganda daripada ksihnya kepada ayah.

Dalam satu sabdanya Rasulullah mengulang kasih kepada ibu tiga kali, kemudian barulah disebut kasih kepada ayah. Apakah ini akan menimbulkan dilema dan "penceraian kasih" antara ibu, ayah dan anak? Apakah ini bermaksud jika terjadinya perselisihan antara ibu dan ayah, anak-anak akan menyebelahi ibu?

Jawabnya tidak. Soal ini tidak timbul sama sekali kerana kasih sayang antara tiga pihak itu dijalinkan begitu indah dan sistematik sekali oleh ALLAH.

p/s : Dipetik daripada majalah SOLUSI isu ke 29...m/s 18
~PAHROL MOHAMMAD JUOI


Tazkirah Episode 2

Thursday, 24 March 2011

Tazkirah Episode 2 : Peranan Penghuni Syurga Dunia


2. Isteri/Ibu

Individu kedua dalam perlaksanaan pakej kebahagiaan keluarga ialah isteri. Jika suami sebagai leader (ketua) maka isteri pula sebagai manager (pengurus). Isteri mestilah memastikan rumah tangga dan keluarga menuju arah yang telah ditetapkan oleh suami. Tanggungjawab isteri adalah dengan meletakkan ketaatan yang bulat kepada suami. Bukan itu sahaja, bahkan ketaatan anak-anak akan diserahkan juga kepada suaminya.

Jika suami takutkan ALLAH dalam memimpin isteri, dan isteri itu pula taatkan suami yang takutkan ALLAH itu, maka gabungan ketaan inilah yang akan memberikan satu jana kuasa yang luar biasa tenaganya dalam pemantapan iman, syariat dan akhlak dalam keluarga. Sebab itu syariat menetapkan ketaatan isteri kepada suaminya mendahului ketaatannya kepada ibu bapanya sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Jika dibolehkan seorang menyembah orang lain, nescaya aku suruh isteri menyembah suaminya."
(Riwayat Ahmad)
Syariat juga meminta Isteri agar selalu menerangkan kehebatan dan kebaikan ayah kepada anak-anaknya. Untuk itu isteri terlebih dahulu mestilah merasai kehebatan dan kebaikan suaminya. Mana mungkin anak-anak akan menerima anjurannya ibunya jika ibu itu sendiri tidak akur kepada kebaikan suaminya (ayah kepada anak-anaknya)?

Hakikat inilah yang sering diungkapkan oleh ahli hikamh bahawa hadiah terbaik seorang ibu kepada anaknya ialah mengasihi bapa mereka (suaminya). Dan begitulah sebaliknya, hadiah terbaik seorang bapa kepada anaknya ialah mengasihi ibu mereka (isterinya).

BERSAMBUNG....

 p/s : Dipetik daripada majalah SOLUSI isu ke 29...m/s 18
~PAHROL MOHAMMAD JUOI

Monday, 21 March 2011

Tazkirah Episode 1 : Peranan Penghuni Syurga Dunia


1. Suami/Ayah


Siapakah yang patut menjadi penggerak kepada perlaksanaan ketiga-tiga faktor (Iman sebagai dasar, Syariat Jadi Amalan,Akhlak jadi budaya) dalam pakej kebahagiaan keluarga? Siapa lagi kalau bukan suami. Suami perlu memainkan peranan utama dalam sebuah keluarga. Dialah pemimpin kepada isteri sepertimana firman Allah yang bermaksud :
"Lelaki adalah pemimpin kepada wanita."(Surah al-Nisa' 4 : 34)

Pemimpin mestilah mempunyai sifat kasih sayang, sabar dan berketrampilan dalam beberapa bidang yang utama. Ada kalanya dia perlu menjadi guru, ada kalanya menjadi sahabat dan ada kalanya pula mesti menjadi pemimpin.
Dalam pelbagai suasana ia mestilah bijak menyesuaikan watak-watak itu untuk mendidik dan memimpin isteri serta anak-anaknya. Namaun suatu prinsip yang perlu tetap kukuh dalam dirinya walau dalam apa jua keadaan ialah takutkan Allah. Sehubungan dengan itu Rasullulah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
"Takuti kamu akan Allah dalam memimpin isterimu."
(Riwayat al-Nasa'i)

Rasa takut kepada Allah akan menyebabkan para suami berhati-hati, adil dan belas ihsan semasa memimpin. Tegas dari segi prinsip tetapi lemah-lembut dalam perkataan.
Lihat bertapa Rasulullah yang begitu kasih sayang terhadap isterinya sehingga pernah berlumba lari tetapi tidak teragak-agak bersabda, maksudnya :
"Jika anakku Fatimah mencuri, nescaya akan aku potong tangannya."
(Muttafaq 'alaih) 

BERSAMBUNG......

p/s : Dipetik daripada majalah SOLUSI isu ke 29...m/s 18
~PAHROL MOHAMMAD JUOI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...