Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Thursday, 22 December 2011

Lepas Ambil Result Adik, Shoppin di Alamanda



Alhamdulillah, selesai sudah drama calon-calon PMR 2011.. Semua orang pun dah dapat result.. Tahniah kepada semua.. Apapun keputusan anda, itulah yang terbaik.. Andalah orang yang berjaya.. InsyaALLAH..

Tahniah jugalah kepada adik kesayangan saya.. Alhamdulillah.. Dapat keputusan yang membanggakan kami sekeluarga.. Terus-terang saya cakap, lepas je adik saya dapat result and peluk my mom, air mata saya pun menitis.. Hehehehe.. Malu je..

Oklah, yang bestnya sekolah adik saya ni, dekat Putrajaya (Sekolah Sultan Alam Shah).. So, lepas je kitaorang kat sekolah dia.. Teruslah pergi Alamanda... Bershopping... Yahoooo !!!

Benda yang saya shopping, of coursela barang-barang yang nak dibawa masa kat UIA nanti.. Maklumlah, bulan January nanti dah habis cuti.. Start belajar balik... Dah tak sabar nak jumpa kawan-kawan.. Rindu sesangat...

Benda yang dibeli hanya dua.. Bag.. Bag yang macam budak-budak sekolah... Tak tangkap gambar pula.. Nanti saya tangkap letak kat blog, ya? Yang kedua, beli selipar utuk dalam rumah.. So, senang, nanti kat bilik UIA, boleh pakai selipar dalam bilik.. Hohohoho

Lepas dah penat bershopping... Kitaorang ingat nak makan Mcdonald.. Suddenly, penuh pula.. Beratur panjang.. So, pergilah Mcdonald dekat Bangi.. Ramai juga ! Beratur line sampai keluar kedai... Uwaaa.. Last-last, kitaorang planning, makan kat restoran biasa je... Nama restoran, Restoran Mat Kimbong Bangi..

PMR oh PMR

"Takutnya" "Seramnya" Berdebar-debar ni" "Cepatlah pukul 10" "Ala, kenapa harini muncul"

Hah, semua benda hanya mampu terucap di dalam hati.. Tiap-tiap tahun, berlaku bnda yang sama... Selagi PMR tak dihapuskan dari kalendar peperiksaan, drama yang sama akan berulang berkali-kali.. Betul tak?


Sayang sekali, masa saya PMR (tahun 2008), saya takde blog... Kalau ada pun, tak aktif.. Hahaha.. Kalau saya ada blog masa saya PMR, saya pun akan menceritakan drama yang berlaku, dan saya, Aiisyah, akan menjadi watak utama... Hohohoho

22 DIsember 2011.. Tarikh yang bestkan? Tarikh yang dinantikan oleh semua calon-calon PMR 2011... Hah, kalau ada facebook tu, dari atas sampai ke bawah, semuanya ada perkataan PMR (ok, tu tipu)... Hati korang mesti berdeba-debar betul tak? Hahahaha

Tak payah nak berdebar-debar.. Korang dah usaha, doa, dan tawakkal, InsyaALLAH korang akan berjaya.. ALLAH knows best.. Korang merancang tapi ALLAH yang menentukan.. So, bila berjaya jangan riak, bila gagal, jangan kecewa... ALLAH will always be with you ;)

All the best kepada yang nak ambil result harini.. Especially to my beloved adik... Nanti nak ambil result dia dekat Sekolah Alam Shah, Putrajaya... Pastu nak pergi shopping dekat Alamanda... Siapa nak ikut? Jom !



p/s : rindu zaman persekolahan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...