Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Sunday 27 November 2011

Hari ini Kesejukan

Perjalanan kami hari ini kesejukan.. Sebab berjalan-jalan di tingkat atas.. Hehehe

Maksudnya, hari ini, kami pergi berhampiran Gunung Kinabalu.. So, tempat tinggi.. Destinasi yang dituju ialah Kinabalu Park.. Ok, sejuk sangat.. Kabus + Hujan.. Pengalaman yang tak dapat dilupakan, driving dalam keadaaan yang berkabus.. Serious, tak nampak jalan... Menakutkan pun ada.. Tapi, alhamdulillah.. Selamat pergi dan balik.. Hari ini still tidur kat Hotel Gaya Centre, Kota Kinabalu.. Hehe.. Check-in for the second time ;)

p/s : Malaysia vs Bahrain.. Jom doakan kejayaan Malaysia.. MALAYSIA BOLEH ! HARIMAU MUDA BOLEH !

Saturday 26 November 2011

Bumi Sabah

Sekarang dah sampai Kota Kinabalu, Sabah.. Alhamdulillah.. Perjalanan yang lebih kurang 7 jam juga.. Huhuhu.. Letih dalam kereta je. Sekarang ni dekat Gaya Centre Hotel.. Tidur semalaman.. Esok kita sambung jalan-jalan...

Friday 25 November 2011

Destinasi Limbang

Lebih kurang 7 jam dalam kereta.. Alhamdulillah, sampai ke destinasi, rumah saudara mak saya di Limbang..

Keluar pukul 8.00, singgah petronas.. Isi minyak, 8.30 teruskan perjalanan (Dari Bintulu).. 10 pagi sampai ke Miri.. Makan McD.. 11.30 teruskan perjalanan untuk ke Brunei.. Sampai 1.45, still di Brunei, singgah solat di masjid... 2.30, teruskan perjalanan.. Alhamdulillah, 4.30, sampai ke destinasi..

FYI, Limbang ni di Sarawak, tapi, nak pergi sini, kena lalu Brunei, so, dari Bintulu, Sarawak ke Brunei, and then ke Sarawak balik.. Huhuhu

InsyaALLAH, esok ke Kota Kinabalu

p/s : entry untuk beberapa hari maybe takkan ada gambar.. So, just wait saya balik Bangi.. InsyaALLAH

Thursday 24 November 2011

Alhamdulillah~ Selamat Tiba

Hanya entry pendek..

Alhamdulillah.. Tepat jam 1.30 tengahari tadi, saya sekeluarga sampai ke Bintulu, Airport... Harini hanya duduk di rumah papa je.. Esok seawal 7.00 pagi baru nak berjalan-jalan ke Brunei and ke Sabah. 4 Disember baru balik Bangi ;p

Nanti ada masa saya update lagi.. Maybe lepas habis bercuti... Ni pun nak online, terpaksa menggunakan broadband.. Huhuhuhuhu

Wednesday 23 November 2011

Ini Karangan Saya

Allo Guys and Girls ;D

Setahun sudah berlalu.. Tanggal 23 November 2010.. Masa tu hari Selasa.. Ingat lagi... Semua candidates SPM 2010 berdebar-debar nak masuk dewan peperiksaan.. Hari pertama SPM 2010... Hari pertama merupakan subjek Bahasa Melayu...


Oklah, sempena setahun sudah berlalu ni, saya nak tulis satu karangan dekat blog saya ni... Karangan Bahasa Melayu... Cikgu Bahasa Melayu masa form 5 bagi soalan and kitaorang semua kenalah buat karangan..

Soalan : Tulis sebuah cerpen berdasarkan pantun berikut

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampai sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.





"Mama dan papa sayang Siti"

Itulah ayat yang terakhir kelur dari mulut ibuku sebelum kemalangan yang mengerikan itu berlaku. Sewaktu kami dalam perjalan ke Langkawi. Walaupun ayah memandu dengan berhati-hati, ayah tidak dapat mengawal kenderaannya lalu terlanggar sebuah lori yang rosak di tengah jalan. "Ahhhhhhhhhh!" Pandanganku menjadi kabur dan akhirnya aku tidak melihat apa-apa.

"Nak, nak, bangun nak." Aku terdengar suatu suara yang asing bagiku. Aku membuka mataku dan mendapati aku terbaring di atas katil hospital. Di sebelah kiriku ada seorang lelaki tua dan dan anak muda yang buta. Di belakang mereka, kelihatan seorang wanita tua yang kelihatan sebaya dengan ibuku.


Tiba-tiba aku teringat ibu dan ayahku. Aku cuba tanya lelaki tua yang tidak aku kenali tersebut. Katanya, ibu dan ayahku telah meninggal dalam kemalangan tersebut. Aku terkejut dengan berita tersebut dan menangis teresak-esak.
Wanita tua tadi menghampiriku dan menenangkanku. Katanya, sebelum ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir, ibu menyuruh dia dan suaminya mengambilku sebagai anak angkat.

Semenjak itu, aku tinggal di rumah keluarga angaktku. Aku memanggil mereka Pak Ahmad, Mak Miah dan anak mereka, Akim.

Keluarga Pak Ahmad banyak membantuku. Mereka menampung kos hidup aku seperti makan minum, tempat tinggal, dan pelajaran. Pak Ahmad dan Mak Miah amat menyanyangiku bagai menatang minyak yang penuh. Mereka telah menganggapku seperti anak sendiri.


Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Aku sepatutnya menghargai dan berterima kasih kepada keluarga ini kerana telah banyak menolongku. Namun, aku berasa benci dengan keluarga ini kerana mereka punca ayah dan ibuku meninggalkanku. Walaupun kemalangan itu tidak disengajakan, aku tetap menyalahkan mereka kerana lori rosak di tengah jalan merupakan milik Pak Ahmad.

Acapkali, aku menghina Akim. Dia seorang yang buta dan aku suka memalukannya di khalayak ramai. Disebabkan rasa benci juga, aku tidak pernah menghormati Pak Ahmad dan Mak Miah. Aku selalu menengking mereka setiap kali mereka ingin mengambil berat tentangku.

"Siti, kenapa awak membenci keluarga ini? Malang tidak berbau. Awak seharusnya reda dan tidak menyalahkan sesiapapun atas kejadian yang berlaku," Akim pernah menasihatiku. Namun, aku tidak menghiraukan kata-kata tersebut.




Sewaktu aku berumur 17 tahun, aku ingin belajar bersungguh-sungguh dan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Harapanku hanya satu. Aku ingin meninggalkan keluarga yang sangat aku benci.

Impianku tercapai. Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Aku berharap Pak Ahmad dan keluarganya tidak akan mengganguku. Setibanya aku di Amerika, aku akan berusaha untuk melupakan keluarga tersebut.

Sepuluh tahun aku menetap di Amerika. Daripada seorang pelajar,aku kini menjadi salah seorang usahawan yang berjaya di Amerika. Dalam tempoh tersebut, aku tidak pernah pulang ke Malaysia apatah lagi menghubungi keluarga angaktku.

Tidak beberapa lama kemudian, satu kejadian yang berlaku telah mengubah perasaanku terhadap orang yang berjasa kepadaku. Perasaan benci menjadi sayang. Pada suatu hari, aku berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai. Tiba-tiba aku ternampak seorang wanita menangis. Aku memberanikan diri menghampirinya dan bertanya sebab dia menangis.


Tanpa segan sili, wanita tersebut berkata, "Saya pernah memiliki keluarga angkat. Mereka banyak berjasa kepada saya tetapi saya benci mereka. Saya ingin lari jauh daripada mereka. Namun, apabila saya mendapat berita keluarga angkatku meninggal dunia, saya berasa terkilan kerana tidak dapat membalas budi mereka."

Aku tersentak. Cerita wanita tersebut sememangnya sama dengan kisah hidupku. Aku teringat keluarga angkatku di kampung. Aku berasa menyesal. Aku membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia dan mencari mereka.

Setibanya aku di kampung, aku dapati rumah mereka kosong. Seorang jiran memberitahuku keluarga ini sudah berpindah ke Kuala Lumpur. Aku mengucapkan terima kasih dan terus memandu keretaku ke Kuala Lumpur.

Aku telah berusaha mencari Pak Ahmad, Mak Miah, dan Akim selama sebulan. Namun, usaha aku tidak membuahkan hasil. Aku tidak akan berputus asa dan terus mencari mereka kerana usaha tangga kejayaan. Sewaktu aku sedang berjalan-jalan di kawasan menara Kuala Lumpur, aku melihat seorang pengawal sedang menghalau seorang peminta sedekah yang buta. Lalu, peminta sedekah itu meninggalkan tempat itu.




"Akim"

Tiba-tiba lelaki itu pusing ke kiri dan ke kanan. Aku tersenyum dan mengeluarkan suara supaya dia tahu dari mana suara itu datang. Tadi, aku tidak pasti lelaki itu Akim atau bukan tetapi aku mencuba nasibku dengan mengekorinya. Akhirnya, pencarianku berakhir apabila aku sudah jumpa Akim.

Aku mengajak Akim makan tengahari di sebuah restoran. Aku ingin bertanya keadaannya dan keluarganya. "Mak dan ayah telah meninggal dunia," Akim bersuara sebelum sempat aku melontarkan soalanku padanya. Akim menjelaskan kepadaku kematian mereka disebabkan kemalangan jalan raya. Akim kini tiada sesiapa di dunia dan dia terpaksa meminta sedekah untuk menyara hidupnya.

Aku berasa simpati. Aku ingin membantu Akim. Aku ingin membalas budinya dan juga orang tuanya yang telah banyak membantuku. Aku sedar, tanpa kebaikan mereka dahulu, aku tidak mungkin akan berjaya seperti hari ini. Apapun caranya, aku akan berusaha membantu Akm.

"Saya sudi membantu awak. Apa sahaja yang awak minta, sekiranya mampu, saya akan tunaikan," Akim enggan menerima bantuanku. Katanya, dia tidak akan melupakan perkara yang pernah aku lakukan pada keluarganya. Dia tidak mahu aku menolongnya kerana dia tahu aku mebenci keluarga ini.




Aku tahu akau telah melakukan kesilapan. Aku hanya ingin menebus kesalahnku dan membalas budi mereka yang banyak membantuku. Walaupun aku tidak dapat berterima kasih kepada ibu bapa Akim, cukuplah jika aku dapat berjasa kepada anak mereka.

Akim seperti dapat membaca fikiranku. Akhirnya, dia meminta satu perkara yang amat penting. Dia mahu aku membayar kos pembedahan matanyadi hospital. Aku bersetuju. Beberapa minggu selepas pembedahan itu selesai, Akim dapat melihat semula. Dia sekarang boleh melakukan aktiviti harian seprti orang lain. Akim amat menghargai dan berteima kasih atas apa yang telah aku lakukan padanya.

Aku sedar, aku tidak mungkin dapat membalas semua budi Pak Ahmad, Mak Miah, dan Akim. Walaupun aku berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan Pak Ahmad dan Mak Miah sebelum kematian mereka, aku tetap rasa gembira kerana dapat membalas budi mereka dengan cara membantu anak mereka.




*TAMAT*

Ok, saya tahu, sangat tak bestkan? Markah pun rendah.. 75% je.. Sebab tak best.. Hahaha.. Tapi, ni je yang saya mampu.. Saya ni, memang takde bakat dalam menuliskan?? Kan?? Apa komen korang??

p/s : Harini, Add Math.. All the best kepada adik-adik SPM 2011 ;)

Monday 21 November 2011

Cuti Sekolah, Nak Vacation

Yahooo ! Budak-budak sekolah mesti happykan?? Yela, cuti sekolah sampai bulan Januari... Budak-budak darjah 1 sampai tingkatan 4 mestila enjoy sakan.. Hehe.. Tingkatan 5??? Haha.. Rasanya SPM tak habis lagi.. So, study elok-elok.. Jangan nak bercuti.. Ala, nanti dah habis SPM, korang cutila puas-puas sampai rasa bosan (saya dah ada pengalaman).. Buat-buat elok-elok pastu masuk UIA (hai bakal junior-junior saya).. Hehe


Ok, berbalik pada tajuk... Nak vacation... Korang ada baca tak entry Hari ini Buat Passport Kerana Esok... ? Kalau belum, silala baca ye? Terima kasih..

Ok, dekat entry tu, saya cakap nak bercuti masa musim cuti sekolah.. Actually, saya nak pergi S.A.R.A.W.A.K... Haha.. Seronoknya ! This is the second time saya akan ke Sarawak... Last year dah pergi.. This year pergi lagi.. Planning nak pergi Sabah tahun ni.. Last year dari Sarwak pergi ke Brunei...

Ni gambar kat Indonesia. Tahun 2009 ;)

Bila nak pergi?? 24 November - 4 Disember... Wah~ Khamis ni... Seminggu je... Kenapa Sarawak menjadi destinasi?? Kerana office ayah saya di Bintulu, Sarawak.. So, saya sekeluarga pun nak bercuti ke sana..

Okla, to all my readers, to all visitors, doakan keselamatan kami pergi dan balik.. Amin..

Sunday 20 November 2011

Review Blog by Ujang

Nak join, klik sini

Sesiapa nak gua review sila la ikut langkah dibawah :

- Buat entri bertajuk bebas (contoh: review blog by ujang)
- Letak header blog sendiri atau gambar sendiri (untuk gua tepek di entri gua nanti)
- Dalam entri komen dan kutuk sikit pasal blog gua (tak wajib)
- Hantar link entri yang dah siap ke komen entri ini ok.
(tarikh tutup 22/11/11)

komen dan kutuk sikit pasal blog Ujang :
Blog Ujang best ;D
Tapi warna hitam (tak suka, huhuhu)
Warna yang cerah and ceria, baru best.. Hehe

Friday 18 November 2011

Nak Tengok ! Nak Tengok !

Nak tengok cerita ni...

The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1

Harini dah keluar.. Tapi kat luar negara.. Malaysia keluar 24 November 2011.. Serious, nak tengok cerita ni.. 

Robert Pattinson a.k.a Edward Cullen (<3)

Kristen Stewart a.k.a. Bella Swan

Taylor Lautner a.k.a. Jacob Black

Tiga orang watak utama yang sangat saya suka... Love this love story.. One of the best love story ;D (I peminat cerita love2 ni).. So, saya akan rasa sedih kalau tak dapat tengok.. Haha.. Addicted sangat dengan cerita ni especially dekat Edward tu ;p

Breaking Dawn ni sure lagi best tapi sedih.. Best sebab Edward and Bella finally akan kahwin and dapat anak (dah baca buku Breaking Dawn dah).. Sedih sebab this is the last chapter.. Sebab tu buat part 1 and 2 (nak ikut macam Harry Potter kot)..

Tak sabar rasanya nak tengok.. Huhuhuhu

p/s : nak nangis kalau tak dapat tengok. Beli CD pun boleh.. Dapat jadi collection because yang lain saya dah ada CD ;)

Tuesday 15 November 2011

Hari ini Buat Passport Kerana Esok...

Uwaaaaa... Hari ini sangat memenatkan... Kenapa?? Gara-gara nak buat passport yang dah expired.. Hohoho..

Sebenarnya, penat menunggu je..


Pukul 8.30 pagi, sampai di pejabat imigresen dekat Kajang. Pukul 8.45, beratur untuk mendapatkan nombor giliran.. 10.00 pagi, baru dapat nombor giliran... Nombor yang dapat ialah 1321 (my lil bro), 1322 (me), 1233 (my mom).. Terpaksa menunggu kerana nombor giliran baru 1077... Terpaksa menunggu lebih kurang 200 orang.. Huhuhu.. Pukul 1.00 Tengahari, baru nombor kami dipanggil Untuk menguruskan borang-borang. Lepas tu kena tunggul lagi untuk buat bayaran.. Sekejap jela.. 1.15 boleh bayar... Lepas bayar, tunggu lagi untuk dapat passport baru.. 1.45 baru dapat.... Uwaaa... Lebeh kurang 5 jam kitaorang kat pejabat tu... Memang teramat memenatkan + membosankan.. Nasib baik ada ramai kanak-kanak.. And saya ni, memang suka kanak-kanak.. Dapatla bermain dengan diaorang.. Hahaha


Oh, ye.. Kerana esok... Bukan esok, tapi masa cuti sekolah.. Minggu depanla kan?? Nak kemana?? Tunggu.. Nanti saya bagitau kat entry lain.. ;D

Monday 14 November 2011

Ada Orang nak Pergi Jakarta

Wah~ Sapela nak pergi Jakarta tu?? Nak ikut ;p

Tapi, tak boleh ;(

Kenapa??

Sebab ni adalah program sekolah adik saya. Dia masuk pertandingan syair.. Menang peringkat sekolah, menang peringkat kebangsaan, and sekarang masuk pertandingan syair peringkat antarabangsa ;D Tahniah..

ALL THE BEST ;p


*Jealous*

Tak pernah pergi Jakarta.. Tiba-tiba adik saya dapat pergi... *Jealous*

"Jah, jangan lupa beli hadiah untuk kaklang tau ;p"

Ok, mari kita mendoakan kejayaan Sekolah Berprestasi Tinggi Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi.. Bertanding di Sekolah Dasar Sudirman..

p/s : My lil sis pun ada blog

Sunday 13 November 2011

SEGMEN : BLOG pakjoe BERAT TAK?

Nak join, klik gua

  1. Buat satu entri. Masukkan banner kat atas ni. Jangan lupa linkkan banner terus ke sini.
  2. Tajuk entri "SEGMEN : BLOG pakjoe BERAT TAK?"
  3. Dah siap tinggalkan link entri di kotak komen.
  4. follow blog ini 
  5. like fanpage 
MARI KITA JOIN RAMAI-RAMAI SEGMEN NI. TARIKH TUTUP AHAD 11.59 PM. ;D


Pak Joe tanya blog Pak Joe berat tak?
Jawapan saya : agak berat. Tapi tak berat sangat. Huhuhu. Loading tu, takla terlalu lama..

Kepenatan

Setelah lama tak exercise.. Pagi tadi pukul 7.00 pergi Taman Tasik Cempaka, Bangi..

Jalan selama lebih kurang satu jam tanpa henti..

Gambar google

Serious, penat.. Yela.. Saya sangatla lama tidak melakukan aktiviti senaman.. Tapi harini, terus berjalan tanpa henti.. Balik rumah tu, lepas breakfast.. Terus terlelap kat sofa.. Haha..

But before balik rumah.. Singgah pasar tani Bandar Baru Bangi seksyen 8... Beli sarapan pagi.. My mom belikan soto untuk saya.. She ask me saya nak apa? Saya jawab saya nak air.. And she bought me ice blended.. Hohoho

Gambar google

Haha.. Memang terbaikla.. Lepas bersenam pai-pagi, minum air sejuk pagi-pagi.. Macam mana nak sihat??

Saturday 12 November 2011

Doa Dhuha

Waktu dhuha ni, jom kita berdoa ;p




Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

Amin ;)

Friday 11 November 2011

Result UPSR dah nak Keluar, SPM dah nak Start

Result UPSR dah nak Keluar, SPM dah nak Start...

Cehhh.. Macam kita nak ambil je result tu.. macam kita je yang nak ambil SPM.. Hohohoho..

SPM saya dah ambil last yearla.. No need to take it again.... Hohoho.. (Walaupun kalau boleh saya nak form 4 and form 5 balik cause rindu kawan-kawan sekolah and time tu paling best)


UPSR?? 6 tahun yang lalu dah ambil.. Haha.. Memang cuak sangatla masa nak ambil result tu.. Yela.. Masa darjah 6 sakit sampai kena masuk hospital... But, Alhamdulillah ;p


Entry ni dibuat khas untuk calon-calon UPSR 2011 and SPM 2011...

Bagi calon-calon UPSR 2011, semoga dapat keputusan yang cemerlang... Apa pun keputusan yang kita dapat, itu yang terbaik buat kita.. Jangan sedih and jangan sombong... ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita ;)

Calon-calon SPM 2011 pula, all the best... Jawab soalan elok-elok.. Bak kata kawan saya " Baca soalan dulu sebelum jawab" Banyakkan berdoa and berselawat. Buat baik dengan ibu bapa and guru-guru.. InsyaALLAH, korang dapat buat yang terbaik.. Jangan stress-stress.. Jawab soalan dengan tenang ;p

Inilah Hasilnya

Seperti yang dijanjikan.. Entry sebelum ni saya cakap saya main-main dengan webcam... So, inilah hasilnya...


 

Wednesday 9 November 2011

Jejak Kasih

Tadi... Masa tengah main-main dengan laptop.. Tiba-tiba..

Wah ! Terkjut ! Aiisyah ada kembar,,

Memperkenalkan kembar saya....

Cop... Cop...

Tu bukan kembar sayalah... Tadi I was playing with the webcam... So, mainlah tangkap-tangkap gambar... Haha.. Macam kembar pula kan?? I pun tak perasan sebenarnya.. Tapi I letak kat FB and my friend tanya "Eh sejak bila Aiisyah ada twin ni ? hehe" Baru I perasan.. A'ahla.. Macam twin.. Hohoho

Banyak lagi gambar yang ditangkap menggunakan webcam.. Tapi, nantila.. Next entry I upload.. Huhuhu Dah  malam, ngantuk... Wait for the next entry ;p

Addicted With This Game


Korang tengok game apa ni? Game The Sims 3. Yes, I dah addicted with this game. Mula-mula my brother beli cd game ni. Memang I tak berminat untuk main. Lepas tu, jiran I datang bawak tambahan-tambahan dia. Macam The Sims 3 Pets. Sejak itu, saya pun dah addicted. Memang duduk lama main game ni je.. Actually, I taknak main game ni pun.. Tapi dah 'termain'.. Nak buat macam mana?? Huhuhu

Monday 7 November 2011

Bila Berada di Kampung

Assalamualaikum...

Rasanya, belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya aidiladha/hari raya haji kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia ;p


Bila dah hari raya, sure ramai orang balik kampung kan? Samala macam saya. Balik kampung Melaka. Balik hari Sabtu and balik rumah hari Ahad. Bukan nak cerita saya balik kampung, tapi nak cerita aktiviti saya di kampung

1. First and foremost, MENGGEMUKKAN BADAN. Sampai-sampai je kampung, terus masuk dapur and makan ketupat + ayam. Lepas tu solat Maghrib and solat isyak.. Lepas solat, makan nasi lauk ayam pula. Tengah malam makan kuih. Esoknya makan and makan banyak lagi. Uwaaaaa ;'(



2. TENGOK CERITA. Cerita apa? My cousin ada bawa CD pula. So, tengok cerita Tolong ! Awek Aku Pontianak (Zahiril Adzim <3). Pastu tengok cerita Libas. Tapi tertidur pula. hehe


3. Paling best, Main Playstation with my cousins. Game lawan-lawan game Naruto.. Haha.. Sekejap menang, sekejap kalah... ;p


Hahaha.. Memang best. Dapat berkumpul bersama saudara-mara. Best sangat-sangat. Suka balik kampung. Dapat bergembira bersama mereka ;)

Friday 4 November 2011

Sakura si Penangkap Kad

Sakura si Penangkap Kad a.k.a. Cardcaptor Sakura.. Hehe..

Hehe.. Cerita pasal Cardcaptor Sakura lagi.. Finally, dah habis dah cerita ni. Tengok daripada episode 1 sampai 70... Uwaaa... Sob.. Sob..

Comel + Sweet ;p

Walaupun dah tengok cerita ni masa kanak-kanak... Still tengok lagi bila dah remaja.. Hehe.. Serious rindu tengok cerita ni... Still boleh ketawa dengan lawak diaorang... Nangis pun ada.. Haha (apalah Aiisyah ni, kartun je pun, tu pun nak nangis)... Ala, nangis sebab sedih and terharu /blush..

Oklah.. Sebenarnya, ni baru je Cardcaptor Sakura yang episode biasa. After this, I want to watch yang movie punya pula ;)

Thursday 3 November 2011

Pencarian Blog Follower Bawah 500

Nak join, klik lebah

Syarat-syart penyertaan

 Sila pastikan follower anda bawah 500
 Follow genk [terpulang, lebih baik follow ]
 Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Follower Bawah 500
 Letak banner di atas dan linkkan ke entri ini
 Dah siap, hantar link anda ke ruangan entri ini
 Tarik Tutup : 11 November 2011, jam 2 petang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...