Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Monday, 21 March 2011

Tazkirah Episode 1 : Peranan Penghuni Syurga Dunia


1. Suami/Ayah


Siapakah yang patut menjadi penggerak kepada perlaksanaan ketiga-tiga faktor (Iman sebagai dasar, Syariat Jadi Amalan,Akhlak jadi budaya) dalam pakej kebahagiaan keluarga? Siapa lagi kalau bukan suami. Suami perlu memainkan peranan utama dalam sebuah keluarga. Dialah pemimpin kepada isteri sepertimana firman Allah yang bermaksud :
"Lelaki adalah pemimpin kepada wanita."(Surah al-Nisa' 4 : 34)

Pemimpin mestilah mempunyai sifat kasih sayang, sabar dan berketrampilan dalam beberapa bidang yang utama. Ada kalanya dia perlu menjadi guru, ada kalanya menjadi sahabat dan ada kalanya pula mesti menjadi pemimpin.
Dalam pelbagai suasana ia mestilah bijak menyesuaikan watak-watak itu untuk mendidik dan memimpin isteri serta anak-anaknya. Namaun suatu prinsip yang perlu tetap kukuh dalam dirinya walau dalam apa jua keadaan ialah takutkan Allah. Sehubungan dengan itu Rasullulah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
"Takuti kamu akan Allah dalam memimpin isterimu."
(Riwayat al-Nasa'i)

Rasa takut kepada Allah akan menyebabkan para suami berhati-hati, adil dan belas ihsan semasa memimpin. Tegas dari segi prinsip tetapi lemah-lembut dalam perkataan.
Lihat bertapa Rasulullah yang begitu kasih sayang terhadap isterinya sehingga pernah berlumba lari tetapi tidak teragak-agak bersabda, maksudnya :
"Jika anakku Fatimah mencuri, nescaya akan aku potong tangannya."
(Muttafaq 'alaih) 

BERSAMBUNG......

p/s : Dipetik daripada majalah SOLUSI isu ke 29...m/s 18
~PAHROL MOHAMMAD JUOI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...