Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Showing posts with label Jom ke Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Jom ke Sekolah. Show all posts

Saturday, 19 January 2013

Adik Gemencheh

Tahniah adik

Tahniah Jah

:-P

Tahun ni, adik saya yang bongsu, namanya Jah, dia 13 tahun.. Maksudnya dia tingkatan satu dan baru je habis UPSR masa tahun 2012.. Adik2 yang darjah 6, nak masuk sekolah menengah.. Ada yang mohon SBP, ada yang mohon MRSM, ada yang mohon sekolah harian je.. Ada permohonan yang diterima ada yang tak.. Ada yang buat rayuan.. Adik2, sekolah mana pun yang korang dapat, itulah yang terbaik buat korang.. Belajar kat mana2 pun, pembelajarn dia sama je.. Bersyukurlah korang masih boleh bersekolah..

Buat Jah pula, tahniahla :-D Sebagai kakak, saya pun tumpang gembira.. Cita2 tercapailah kan nak masuk MRSM Gemencheh.. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Belajar rajin2! Hafal Al-Quran rajin2.. Semoga menjadi hafizah yang hebat.. InsyaALLAH..

15 January haritu, adalah teman Jah pergi daftar di MRSM Gemencheh.. Sebab tengah cuti, saya ikutlah.. Dari pukul 10.30 pagi sampai sana, pukul 5 baru balik.. Lama tak?? Hehe.. Mula2 daftar Jah, pastu nak kena dengar taklimat.. Pastu nak kemas barang2 Jah kat bilik dia, pastu lunch, pastu nak beli barang2 Jah, pastu makan ice cream, pastu tangkap2 gambar, pastu baru balik..


Yeah.. Ni before nak bertolak.. Awal betul dia siap.. Semangat membara nak duduk asrama for the first time :-P


Me and adik. Oh, tembabnya orang tu -_-


Adik and mama




Ni semua before kitaorang nak balik.. Oh ye, cermin mata kitaorang fashion sama kan?? Hihihi

Kisah before adik saya masuk MRSM.. Before result keluar, dia ada masuk sekolah harian dekat dengan rumah.. Namanya Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.. Kakak dia dulu Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga

 Dah dapat MRSM, terus keluar dari sekolah tu.. Hehe




Adik bongsu first time nak masuk asrama :-)

Selamat belajar adik2 yang masih bersekolah..

Selamat belajar buat mereka2 yang masih belajar!

Thursday, 24 May 2012

Bertemu Kawan-kawan Sekolah

Baru 2 tahun tinggalkan sekolah, dah buat reunion... Hahaha.. Tapi, orang dah rindu sangat-sangat, so, nak buat macam mana? Jumpa jelah kan?

Selasa, 22 May 2012, Austin Steakhouse Seksyen 7 Bandar Baru Bangi... Perjumpaan bersama kawan-kawan sekolah masa form 1- form 5












Wednesday, 16 May 2012

Happy Teacher's Day


Just One Sentence :

HAPPY TEACHER'S DAY TO ALL TEACHERS

-Tadika
-Sekolah kat South Africa
-Sekolah Rendah
-Sekolah Menengah
-CFS IIUM

Wednesday, 23 November 2011

Ini Karangan Saya

Allo Guys and Girls ;D

Setahun sudah berlalu.. Tanggal 23 November 2010.. Masa tu hari Selasa.. Ingat lagi... Semua candidates SPM 2010 berdebar-debar nak masuk dewan peperiksaan.. Hari pertama SPM 2010... Hari pertama merupakan subjek Bahasa Melayu...


Oklah, sempena setahun sudah berlalu ni, saya nak tulis satu karangan dekat blog saya ni... Karangan Bahasa Melayu... Cikgu Bahasa Melayu masa form 5 bagi soalan and kitaorang semua kenalah buat karangan..

Soalan : Tulis sebuah cerpen berdasarkan pantun berikut

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampai sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.





"Mama dan papa sayang Siti"

Itulah ayat yang terakhir kelur dari mulut ibuku sebelum kemalangan yang mengerikan itu berlaku. Sewaktu kami dalam perjalan ke Langkawi. Walaupun ayah memandu dengan berhati-hati, ayah tidak dapat mengawal kenderaannya lalu terlanggar sebuah lori yang rosak di tengah jalan. "Ahhhhhhhhhh!" Pandanganku menjadi kabur dan akhirnya aku tidak melihat apa-apa.

"Nak, nak, bangun nak." Aku terdengar suatu suara yang asing bagiku. Aku membuka mataku dan mendapati aku terbaring di atas katil hospital. Di sebelah kiriku ada seorang lelaki tua dan dan anak muda yang buta. Di belakang mereka, kelihatan seorang wanita tua yang kelihatan sebaya dengan ibuku.


Tiba-tiba aku teringat ibu dan ayahku. Aku cuba tanya lelaki tua yang tidak aku kenali tersebut. Katanya, ibu dan ayahku telah meninggal dalam kemalangan tersebut. Aku terkejut dengan berita tersebut dan menangis teresak-esak.
Wanita tua tadi menghampiriku dan menenangkanku. Katanya, sebelum ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir, ibu menyuruh dia dan suaminya mengambilku sebagai anak angkat.

Semenjak itu, aku tinggal di rumah keluarga angaktku. Aku memanggil mereka Pak Ahmad, Mak Miah dan anak mereka, Akim.

Keluarga Pak Ahmad banyak membantuku. Mereka menampung kos hidup aku seperti makan minum, tempat tinggal, dan pelajaran. Pak Ahmad dan Mak Miah amat menyanyangiku bagai menatang minyak yang penuh. Mereka telah menganggapku seperti anak sendiri.


Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Aku sepatutnya menghargai dan berterima kasih kepada keluarga ini kerana telah banyak menolongku. Namun, aku berasa benci dengan keluarga ini kerana mereka punca ayah dan ibuku meninggalkanku. Walaupun kemalangan itu tidak disengajakan, aku tetap menyalahkan mereka kerana lori rosak di tengah jalan merupakan milik Pak Ahmad.

Acapkali, aku menghina Akim. Dia seorang yang buta dan aku suka memalukannya di khalayak ramai. Disebabkan rasa benci juga, aku tidak pernah menghormati Pak Ahmad dan Mak Miah. Aku selalu menengking mereka setiap kali mereka ingin mengambil berat tentangku.

"Siti, kenapa awak membenci keluarga ini? Malang tidak berbau. Awak seharusnya reda dan tidak menyalahkan sesiapapun atas kejadian yang berlaku," Akim pernah menasihatiku. Namun, aku tidak menghiraukan kata-kata tersebut.




Sewaktu aku berumur 17 tahun, aku ingin belajar bersungguh-sungguh dan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Harapanku hanya satu. Aku ingin meninggalkan keluarga yang sangat aku benci.

Impianku tercapai. Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Aku berharap Pak Ahmad dan keluarganya tidak akan mengganguku. Setibanya aku di Amerika, aku akan berusaha untuk melupakan keluarga tersebut.

Sepuluh tahun aku menetap di Amerika. Daripada seorang pelajar,aku kini menjadi salah seorang usahawan yang berjaya di Amerika. Dalam tempoh tersebut, aku tidak pernah pulang ke Malaysia apatah lagi menghubungi keluarga angaktku.

Tidak beberapa lama kemudian, satu kejadian yang berlaku telah mengubah perasaanku terhadap orang yang berjasa kepadaku. Perasaan benci menjadi sayang. Pada suatu hari, aku berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai. Tiba-tiba aku ternampak seorang wanita menangis. Aku memberanikan diri menghampirinya dan bertanya sebab dia menangis.


Tanpa segan sili, wanita tersebut berkata, "Saya pernah memiliki keluarga angkat. Mereka banyak berjasa kepada saya tetapi saya benci mereka. Saya ingin lari jauh daripada mereka. Namun, apabila saya mendapat berita keluarga angkatku meninggal dunia, saya berasa terkilan kerana tidak dapat membalas budi mereka."

Aku tersentak. Cerita wanita tersebut sememangnya sama dengan kisah hidupku. Aku teringat keluarga angkatku di kampung. Aku berasa menyesal. Aku membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia dan mencari mereka.

Setibanya aku di kampung, aku dapati rumah mereka kosong. Seorang jiran memberitahuku keluarga ini sudah berpindah ke Kuala Lumpur. Aku mengucapkan terima kasih dan terus memandu keretaku ke Kuala Lumpur.

Aku telah berusaha mencari Pak Ahmad, Mak Miah, dan Akim selama sebulan. Namun, usaha aku tidak membuahkan hasil. Aku tidak akan berputus asa dan terus mencari mereka kerana usaha tangga kejayaan. Sewaktu aku sedang berjalan-jalan di kawasan menara Kuala Lumpur, aku melihat seorang pengawal sedang menghalau seorang peminta sedekah yang buta. Lalu, peminta sedekah itu meninggalkan tempat itu.




"Akim"

Tiba-tiba lelaki itu pusing ke kiri dan ke kanan. Aku tersenyum dan mengeluarkan suara supaya dia tahu dari mana suara itu datang. Tadi, aku tidak pasti lelaki itu Akim atau bukan tetapi aku mencuba nasibku dengan mengekorinya. Akhirnya, pencarianku berakhir apabila aku sudah jumpa Akim.

Aku mengajak Akim makan tengahari di sebuah restoran. Aku ingin bertanya keadaannya dan keluarganya. "Mak dan ayah telah meninggal dunia," Akim bersuara sebelum sempat aku melontarkan soalanku padanya. Akim menjelaskan kepadaku kematian mereka disebabkan kemalangan jalan raya. Akim kini tiada sesiapa di dunia dan dia terpaksa meminta sedekah untuk menyara hidupnya.

Aku berasa simpati. Aku ingin membantu Akim. Aku ingin membalas budinya dan juga orang tuanya yang telah banyak membantuku. Aku sedar, tanpa kebaikan mereka dahulu, aku tidak mungkin akan berjaya seperti hari ini. Apapun caranya, aku akan berusaha membantu Akm.

"Saya sudi membantu awak. Apa sahaja yang awak minta, sekiranya mampu, saya akan tunaikan," Akim enggan menerima bantuanku. Katanya, dia tidak akan melupakan perkara yang pernah aku lakukan pada keluarganya. Dia tidak mahu aku menolongnya kerana dia tahu aku mebenci keluarga ini.




Aku tahu akau telah melakukan kesilapan. Aku hanya ingin menebus kesalahnku dan membalas budi mereka yang banyak membantuku. Walaupun aku tidak dapat berterima kasih kepada ibu bapa Akim, cukuplah jika aku dapat berjasa kepada anak mereka.

Akim seperti dapat membaca fikiranku. Akhirnya, dia meminta satu perkara yang amat penting. Dia mahu aku membayar kos pembedahan matanyadi hospital. Aku bersetuju. Beberapa minggu selepas pembedahan itu selesai, Akim dapat melihat semula. Dia sekarang boleh melakukan aktiviti harian seprti orang lain. Akim amat menghargai dan berteima kasih atas apa yang telah aku lakukan padanya.

Aku sedar, aku tidak mungkin dapat membalas semua budi Pak Ahmad, Mak Miah, dan Akim. Walaupun aku berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan Pak Ahmad dan Mak Miah sebelum kematian mereka, aku tetap rasa gembira kerana dapat membalas budi mereka dengan cara membantu anak mereka.




*TAMAT*

Ok, saya tahu, sangat tak bestkan? Markah pun rendah.. 75% je.. Sebab tak best.. Hahaha.. Tapi, ni je yang saya mampu.. Saya ni, memang takde bakat dalam menuliskan?? Kan?? Apa komen korang??

p/s : Harini, Add Math.. All the best kepada adik-adik SPM 2011 ;)

Friday, 11 November 2011

Result UPSR dah nak Keluar, SPM dah nak Start

Result UPSR dah nak Keluar, SPM dah nak Start...

Cehhh.. Macam kita nak ambil je result tu.. macam kita je yang nak ambil SPM.. Hohohoho..

SPM saya dah ambil last yearla.. No need to take it again.... Hohoho.. (Walaupun kalau boleh saya nak form 4 and form 5 balik cause rindu kawan-kawan sekolah and time tu paling best)


UPSR?? 6 tahun yang lalu dah ambil.. Haha.. Memang cuak sangatla masa nak ambil result tu.. Yela.. Masa darjah 6 sakit sampai kena masuk hospital... But, Alhamdulillah ;p


Entry ni dibuat khas untuk calon-calon UPSR 2011 and SPM 2011...

Bagi calon-calon UPSR 2011, semoga dapat keputusan yang cemerlang... Apa pun keputusan yang kita dapat, itu yang terbaik buat kita.. Jangan sedih and jangan sombong... ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita ;)

Calon-calon SPM 2011 pula, all the best... Jawab soalan elok-elok.. Bak kata kawan saya " Baca soalan dulu sebelum jawab" Banyakkan berdoa and berselawat. Buat baik dengan ibu bapa and guru-guru.. InsyaALLAH, korang dapat buat yang terbaik.. Jangan stress-stress.. Jawab soalan dengan tenang ;p

Thursday, 6 October 2011

Zaman Kanak-kanak Kita



budak2 yg lahir pd thn 70/80/90an mesti ingat mase skola rendah dulu: - * kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak. * kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku. * RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm.... * pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. * main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam! * pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. * cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ. * bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan. * time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la... * main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. * jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. * takut BCG tp lepas inject poyo la pulak... * balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon. * Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu... * Siri kartun;DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap tv n ps.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ ni la baru zaman kita kawan2 pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bace mende nih XD

Sumber daripada Facebook :)

Friday, 27 May 2011

Belajar Bahasa Arab

Setelah 5 bulan tinggalkan Bahasa Arab... Lepas ni kena belajar balik.. Minggu depan orientasi kat UIA... Ada exam Bahasa Arab... Kalau score foundation setahun.. Kalau tak, 2 tahun... Huhuhu


Kena study baliklah nampaknya..... Chaiyok! Chaiyok!

Thursday, 19 May 2011

Jalan-jalan 17 May 2011

Pada 17 May 2011 (sehari selepas hari guru)... Saya ada pergi jalan-jalan with my classmates and my friends yang kelas sebelah.. Haha... Faham tak?? Hehe... Saya kelas B, my friends yang kelas sebelah tu A..

Saje nak jalan-jalan.. Sebelum masing-masing masuk university... So, kitaorang pergilah rumah cikgu-cikgu yang terletak di Nilai and Bandar Sri Putra...

Mula-mula tu, pergi rumah cikgu BM saya masa saya form two... Huhu.. Memang dah lama tak jumpa... Pergi sana pun di samping nak ziarah cikgu lama, nak bawa my classmate yang merupakan anak cikgu tu...


Then, kitaorang pergilah rumah my form teacher last year... She taught us Chemistry... Actually, my teacher yang ajak datang sebab beliau nak masak-masak... Wow, datang je rumah beliau... Banyaknya my teacher masak.. Ada spaghetti and nasi ayam... I makan spaghetti je... Cause spaghetti is one of my favourite food :D

*kek, my best friend yang bawa*



Lepas dah kenyang makan.... Kitaorang pun pergilah ke rumah my teacher yang ajar BM last year... Hoho.. Pergi sana pun makan-makan lagi... Memang gemuklah asyik makan je... Tapi sangat happy... Lepas makan asyik bergambar.... Sebenarnya memang banyak gambar yang ditangkap.. Tapi saya tak letak semuanya sebab malas.. Hehe


Lastly, pergi rumah classmate I, Aizzah... Sebabnya rumah dia berhampiran dengan rumah cikgu.. So, kitaorang pun singgahlah sekejap sebelum pulang... /wahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...