Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Showing posts with label Jalan-jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan Cari Makan. Show all posts

Tuesday, 19 August 2014

Cuti-cuti Melaka

Since dah lama xberblog, banyak betul cerita yang tak tertulis... Yang mana ingat kita tulis...Haha... Thanks to pictures, instagram... Gambar2 semua boleh mebantu kita untuk mengupdate blog... Kisah ni berlaku bulan Jun yang lalu... Masa tu tengah cuti semester... So me and my friends decided nak pergi bercuti... Tempat percutian kitaorang ke Batu Pahat, Johor dan Melaka...

Planning asal pergi empat hari je... Isnin sampai Khamis... Muncul hari keempat, masing2 xpuas berjalan.. Makanya kami menambah satu hari lagi untuk bercuti... Haha... Jadilah lima hari percutian kami...






Banyak kenangan best2 bercuti... Yang xbest ada juga kot.. Haha... Pergi Taman Burung, Taman Buaya, Taman Rama2, dan bermacam2 taman lagi... Pergi rumah hantu pun ada... Pergh! Rumah hantu Taman Buaya Melaka paling bestlah... Rumah hantu yang paling takut setakat ni... Before this, masuk rumah hantu mana2, xpernahlah keluar menggigil menangis2... Tapi rumah hantu Taman Buaya ni, hah, memang best... Haha... Cuti ni dapat jugalah tengok buaya mati, macam mana pekerja2 tarik buaya tu, and so many experiences...









Kalau pergi Taman Burung, dapatlah experience pegang burung, tengok2 burung... Tapi paling banyak kalau bercuti ni, bergambar jelah kerjanya... Haha... Selfie sana selfie sini... Cari tempat nak bergambar... And bermacam-macam lagi...








Oh, kitaorang pun banyak ke muzium... Tengoklah sejarah2 Melayu, Hang Tuah, dan banyak lagi... Haha... Melaka kan Bandaraya Bersejarah... Dan bila ke Melaka, mestilah pergi A Famosa... Tempat paling bersejarah di Melaka... Tempat orang2 Portugis masa datang ke Melaka...

::Me we patung Alfonso De Albuquerque::

Dan yang paling penting time bercuti ni, kenalah makan2... Cari tempat2 yang best, sedap, dan penting murah... Haha... Melaka terkenal dengan asam pedas, sepanjang kat Melaka, entah berapa kali makan asam pedas... Sebab nak cari asam pedas yang paling sedap...




Tuesday, 26 March 2013

Cake with Yogen Fruz

More Holiday Story...

Hari Sabtu (23 Mac) makan2 kat luar...

Keesokan harinya (24 Mac), makan cake with ice cream (or maybe yogert??)!!!



Happy birthday, adik...

May ALLAH bless you...

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...

All the best!!

gambar oleh encik google... terima kasih

Saturday, 23 March 2013

Aktiviti Cuti Pertengahan Sem: Makan-makan dan Bola Masuk Longkang

Assalamualaikum semua!!!!

Hihihi.... Lama dah tak merapu kat blog nikan??? Kan???

Kesibukan study, kesibukan membaca, kesibukan tengok cerita, kesibukan online facebook and twitter, dan kemalasan nak mengupdate blog, makanya, kita tinggalkan je blog kesayangan ni... Hohohoho...

Cuti pertengahan sem yang bermula 23 March-31 Mac... Kita rajin-rajinlah mengupdate walaupun sekurang-kurangnya 1 entry untuk cuti seminggu ni... Haha... Tapi xsurelah... esok lusa pun, boleh update lagi :-P

Keseronokan yang sangat best, cuti seminggu ni bersamaan dengan cuti sekolah yang selama seminggu juga... Best2! Boleh buat banyak aktiviti with family :-D

And for the first day, today, kitaorang pergi Alamanda, Putrajaya... First aktiviti, makan2... Celebrate birthday my lil bro yang ke-17... Birthday dia 7 March yang lepas... So, 17 years old, SPM candidate for this year :-O...

Macam biasa, kitaorang makan Pizza Hut...




masuk pizza hut pukul 3.00 keluar pukul 4.00... lama xlama dalam tu??? Lama betul nak tunggu makanan... Air pun lambat sampai... Tapi, Alhamdulillah... Kenyang juga... Rezeki ALLAH :-)

Hah, lepas makan best! Papa ajak main BOWLING!!!! Haha... Bola asyik masuk dalam longkang je :-P Nampak sangat xreti main kan??? Hihi... Walaupun xreti main, tapi, seonok sangat... Hehe...


Oklah... Setakat ini jelah... Nak tengok tv... /Bye

*xtahu nak endingkan entry ni...*

Sunday, 13 January 2013

Taman Seoul

Amboi, jalan-jalan ke Korea?? Hihi

Habis exam terus ke Korea ke? Heel~

Bestlah kalau dapat pergi Korea.. Bercita-cita gak nak pergi sana.. Tapi, dapat tengok Korea dalam tv je.. Nak tengok depan-depan, belum mampu lagi.. InsyaALLAH, ada rezeki kita jelajah ke seluruh dunia.. Mencari ilmu dan pengalaman :-D doa-doakan

Maka semalam, berakhirnya satu lagi episode kehidupan.. Haha.. 12 Januray 2013, 12 tengahari, tamatlah last paper exam.. So, berakhirlah first year sem 1 saya.. Another 7 sem left.. Huhu.. Banyak lagi tu, tapi semangat untuk belajar tu sentiasa ada. Mencintai ilmu tu sangat penting.. Sebab dah habis Degree nanti pun, kita still kena belajar lagikan.. Every day kita belajar benda yang baru.. Bukan dalam kelas je.. Bukan dengan lecturers and teachers.. Apa yang berlaku di sekeliling kita, everything boleh jadi pelajaran buat kita.. So, kena sentiasa bersemangat nak belajar.. Xboleh nak malas-malas!

Bila kata dah habis exam tu, yang paling best semestinya CUTI.. Yay! Holiday! Xlama.. 3 minggu je.. Tapi, tetap best dapat duduk kat rumah.. Hehe.. Tapi yang xbestnya, adik-beradik lain xcuti.. Kita je yang cuti :-( Sunyi jelah nampaknya cuti kita kali ni..

Sebenarnya, habis je exam semalam, terus keluar jalan2 dengan kawan-kawan.. Hehe, kemana? Kali ni cuti kami ke Seoul Garden (Taman Seoul).. Masa asasi dulu, last sem, kitaorang pergi Time Square.. So, kali ni kitaorang ke Seoul pula.. Ceh, padahal sebenarnya kat KL je pun.. Dekat je dengan UIA.. Naik teksi pun boleh.. First time pergi.. Memang xtahu apa2.. Rupanya-rupanya kita kena ambil makanan mentah lepas tu kena masak sendiri.. Macam restoran kat Korea.. Best! Dan yang paling best, ada ICE CREAM.. ABC pun ada.. Special dia, kita boleh buat sendiri ABC tu *excited* Overall, memang bestlah.. Sedap je makan.. Yela, kita masak sendiri.. Sebab tu sedap :-P









Buat kawan2, selamat bercuti.. Buat yang akan mendaftar akhir January nanti, selamat berta'aruf week. Haha.. Jumpa korang 3 February nanti, InsyaALLAH

Friday, 17 August 2012

1 Hari 1 Resepi: Puding Cendol

Sebenarnya, dah lama dah saya bercita-cita nak buat puding cendol ni.. Selalu buka website yang ada resepi dan selalu cari resepi puding cendol ni... Tapi, xpernah pun nak buat.. Huhu.. Tapi bila dah ada buku resepi 1 hari 1 resepi ni, rajin pula kita nak try buat :-P



Inilah hasilnya puding cendol saya yang hampir habis.. Hehe

Puding Cendol

Bahan-bahan

10 gram serbuk agar-agar
1 liter air (5 cawan)
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 cawan cendol
1 cawan gula merah

Cara Membuat

1. Masakkan serbuk agar-agar, gula, dan air sehingga mendidih.
2. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
3. Panaskan 1/3 bahagian dan masukkan gula merah
4. Kacau rata dan biarkan mendidih. Kemudian tapiskan
5. Masukkan ke dalam acuan dan biarkan sehingga hampir keras.
6. Panaskan 2/3 bahagian lagi dan masukkan susu cair dan cendol.
7. Kacau rata dan tuangkan perlahan-lahan dengan sudu ke atas adunan gula merah dan sejukkan.
8. Sedia dihidangkan.

Mudah kan? Selamat mencuba kalau ada yang nak try :-D

credit: Buku resepi 1 hari 1 resepi Chef Hanieliza

roseskalerful says:
Sambil memasak kita berzikir. InsyaALLAH makanan menjadi berkat. Yang penting sedap untuk dimakan seisi keluarga!

Thursday, 9 August 2012

1 Hari 1 Resepi: Puding Sekelip Mata




Yumm2... Sedap tak? Hehe

Tengok gambar pun boleh tahu ke sedap atau x?

Kalau nak tahu, bolehlah try buat..

Senang je.. Dessert berbuka saya semalam

Puding Sekelip Mata

Bahan-bahan

1 mangkuk kecil puding mangga
20 biji agar-agar sumi
1 tin susu cair (400 mililiter)
1 liter jus oren (di dalam kotak)
2 cawan yogurt perisa mangga

Cara membuat

1. Keluarkan puding mangga dan agar-agar sumi dari bekasnya.
2. Susunkan dalam mangkuk hidang.
3. Di dalam mangkuk lain, campurkan susu cair, yogurt, dan jus oren. Kacau rata.
4. Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi puding dan agar-agar.
5. Sejuk dan hidangkan.

Mudahkan? Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa

credit: buku 1 hari 1 resepi. 365 resepi istimewa Chef Hanieliza

Thursday, 2 August 2012

1 Hari 1 Resepi: Puding Roti Karamel

Buka puasa semalam juadahnya merupakan makanan yang istimewa.. Semalam, tukang mask junior yang buat dessert tau.. Hehehe.. Saya ni jarang masak, tapi semalam saya masak and family saya makan dessert yang saya buat.. Kata mereka, sedap :-P

Puding Roti Karamel



Korang nak try buat ke? Sedap! Meh sini saya bagi resepi

Bahan A (karamel)
1/2 cawan gula
1/2 cawan air

Bahan B (Puding)
10 keping roti (dikoyakkan)
1 tin susu cair (400 mililiter)
1 cawan air
1 tin air buah pic (di dalam tin)
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan tepung kastard
Buah pic (sebagai hiasan)

Cara membuat
1. Masakkan gula di dalam kuali tidak lekat.
2. Apabila gula kekuningan, masukkan air dan kacau sehingga gula larut dan mendidih.
3. Tuangkan karamel ke dalam lonyang. Ketepikan.
4. Kemudian gaul rata semua bahan B di dalam mangkuk besar.
5. Panaskan kukusan sehingga mendidih.
6. Masukkan bancuhan ke dalam lonyang yang ada karamel tadi.
7. Kukuskan selama 30-40 minit. (saya punya siap 1 jam)
8. Sejuk dan terbalikkan perlahan-lahan kedalam pinggan besar.
9. Susunkan buah pic. Sedia dihidangkan.

Yay! Thanks to buku resepi 1 hari 1 resepi. 365 resepi istimewa chef hanieliza

Saya nak kongsi satu tip kat korang ni. Tip from my mother. Kalau nak masakan kita sedap and dapat pujian,  masa kita masak tu, sebut Ya Hamid.. InsyaALLAH, sedaplah makanan kita tu :-D

Selamat mencuba!

Thursday, 19 July 2012

Oh, My Ketam!


Sedap tak ketam ni? Hehe.. My dinner for last night.. Nak tahu sesuatu tak? Dah setahun lebih saya nak makan ketam... Kenapa tak percaya? Ok, kalau xpercaya korang boleh klik sini.. Mesti korang akan percaya.. Check tarikh and tahunnya.. Hah, lebih kurang setahun yang lalukan? Lagipun masa saya tulis mengidam ketam ni pun, saya xtahu bila kali terakhir saya makan ketam. Maknanya, sebelum saya makan ketam yang ni, saya xde idea langsung bila kali terakhir.. Lama sangatkan? And alhamdulillah, malam tadi saya dapat makan ketam.. Kari ketam.. Sangat sedap.. Kenapa? Kerana masakan mama sentiasa yang sedap..

InsyaALLAH 2 hari lagi kita akan puasa.. So, saja jelah buat entry pasal makanan ni.. Selamat berpuasa

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna" - Harapan Ramadhan

Sunday, 27 May 2012

Semangat Semula

Semalam, setelah lama tak bawa kereta, saya start drive semula.. Bukan lama, tapi SANGAT lama.. Ye, saya sendiri pun tak ingat bila kali terakhir saya drive.. Tak ingat langsung... Sebab memang dah lama tak drive... Huhuhu..

Sebab? Malas, takut, xberani, xconfident, dan banyak lagilah sebab2 yang lain..

Then, semalam, masa nak pergi kerja kat kedai mama, saya drive! Yay, akhirnya! And saya rasa seronok sangat dapat drive. Sangat-sangat seronok!

Kenapa tiba-tiba nak drive? Sebab haritu, saya ada pergi reunion jumpa kawan2 sekolah dekat seksyen 7 Bangi, and kebanyakan kawan saya semua kesana drive sendiri. In fact, saya balik pun kawan saya hantar tapi pergi mak saya hantar.. Hehehe.. Semenjak tu, saya semangat nak bawak kereta.. And, best juga bila sendiri yang pandu kereta ni :-P


Tuesday, 6 December 2011

Cerita Cuti

Oklah.. Entry ni nak tulis serba sedikit cuti saya masa dekat Sarawak & Sabah haritu... Just Short & Sweet je, ok?

Bermula dengan
24 November 2011
25 November 2011
26 November 2011

Ok, 24-27 dah ditulis entry.. Korang just klik dekat tarikh-tarikh di atas..

28 November 2011 : Hari memenatkan.. Kenapa?? Hari ni pergi jungle trekking di Taman Kinabalu. Siapa yang dah baca entry 27 Nov.. Mesti dia tahu saya pergi Taman Kinabalu.. Hehehe... Tapi harini pergi pagi.. So, banyakla aktiviti boleh buat.. Yang 27 Nov tu, pergi petang-petang.. Yang bestnya, dekat Taman Kinabalu boleh nampak Gunung Kinabalu.. Hihihi.. Pergila pagi-pagi, boleh tengok dengan jelas.. Kalau petang, berkabus, tak nampak langsung,, huhuhu

29 November 2011 : Kena fikir dua tiga kali.. Harini nak balik ke Bintulu.. Dari Kota Kinabalu ke Bintulu, 15 Jam.. Mula-mula papa cakap nak teruskan je perjalanan 15 jam tu... Dalam hati, saya dah, (What?!).. Ok2.. Tapi, bila dah sampai Limbang, kita tidur kat rumah saudara mama lagi.. Hee.. Baca entry 25 Nov..

30 November 2011 : Well, today ada dekat rumah papa di Bintulu.. Harini pergi Taman Tumbina, Bintulu, Sarawak... Hihihihi.. Taman ni, ada macam-macam.. Ada kawasan kaktus, bunga kertas, taman rama-rama.. Binatang pun ada gak.. Harimau, monyet, burung (ada burung yang boleh bercakap, EXCITED !).. Tapi, hujan je memanjang + angah demam... Terpaksa balik awal.. huhuu

1 Disember 2011 : Harini terpaksa duduk rumah je.. Angah dah demam, nak buat macam mana?? Tengok jela HBO, Star Movies (ASTRO).. Rumah kat Bangi takde..

2 Disember 2011 : Birthday Along.. Hihihihi.. Harini, tambah lagi sorang demam, Jah.. Terpaksala duduk senyap-senyap dekat rumah.. Hihihihi

3 Disember 2011 : Dah hari Sabtu, pergi rumah kawan papa.. And anak kawan papa tu, my classmate dekat UIA, Nilai.. Hehehehe.. Dapatla jumpa.. Nanti kat UIA, Gombak, jumpa lagi, InsyaALLAH ;p

4 Disember 2011 (tekan tarikh)

Wah~ Entry ni dah jadi macam diary pula.. Hihihi.. Inilah serba sedikit pasal cuti saya..

Gambar? Saya rasa nak buat Wordless Wednesday.. So, seminggu sekali, ada gambar.. Boleh?? Huhuhu

Saturday, 26 November 2011

Bumi Sabah

Sekarang dah sampai Kota Kinabalu, Sabah.. Alhamdulillah.. Perjalanan yang lebih kurang 7 jam juga.. Huhuhu.. Letih dalam kereta je. Sekarang ni dekat Gaya Centre Hotel.. Tidur semalaman.. Esok kita sambung jalan-jalan...

Monday, 21 November 2011

Cuti Sekolah, Nak Vacation

Yahooo ! Budak-budak sekolah mesti happykan?? Yela, cuti sekolah sampai bulan Januari... Budak-budak darjah 1 sampai tingkatan 4 mestila enjoy sakan.. Hehe.. Tingkatan 5??? Haha.. Rasanya SPM tak habis lagi.. So, study elok-elok.. Jangan nak bercuti.. Ala, nanti dah habis SPM, korang cutila puas-puas sampai rasa bosan (saya dah ada pengalaman).. Buat-buat elok-elok pastu masuk UIA (hai bakal junior-junior saya).. Hehe


Ok, berbalik pada tajuk... Nak vacation... Korang ada baca tak entry Hari ini Buat Passport Kerana Esok... ? Kalau belum, silala baca ye? Terima kasih..

Ok, dekat entry tu, saya cakap nak bercuti masa musim cuti sekolah.. Actually, saya nak pergi S.A.R.A.W.A.K... Haha.. Seronoknya ! This is the second time saya akan ke Sarawak... Last year dah pergi.. This year pergi lagi.. Planning nak pergi Sabah tahun ni.. Last year dari Sarwak pergi ke Brunei...

Ni gambar kat Indonesia. Tahun 2009 ;)

Bila nak pergi?? 24 November - 4 Disember... Wah~ Khamis ni... Seminggu je... Kenapa Sarawak menjadi destinasi?? Kerana office ayah saya di Bintulu, Sarawak.. So, saya sekeluarga pun nak bercuti ke sana..

Okla, to all my readers, to all visitors, doakan keselamatan kami pergi dan balik.. Amin..

Tuesday, 15 November 2011

Hari ini Buat Passport Kerana Esok...

Uwaaaaa... Hari ini sangat memenatkan... Kenapa?? Gara-gara nak buat passport yang dah expired.. Hohoho..

Sebenarnya, penat menunggu je..


Pukul 8.30 pagi, sampai di pejabat imigresen dekat Kajang. Pukul 8.45, beratur untuk mendapatkan nombor giliran.. 10.00 pagi, baru dapat nombor giliran... Nombor yang dapat ialah 1321 (my lil bro), 1322 (me), 1233 (my mom).. Terpaksa menunggu kerana nombor giliran baru 1077... Terpaksa menunggu lebih kurang 200 orang.. Huhuhu.. Pukul 1.00 Tengahari, baru nombor kami dipanggil Untuk menguruskan borang-borang. Lepas tu kena tunggul lagi untuk buat bayaran.. Sekejap jela.. 1.15 boleh bayar... Lepas bayar, tunggu lagi untuk dapat passport baru.. 1.45 baru dapat.... Uwaaa... Lebeh kurang 5 jam kitaorang kat pejabat tu... Memang teramat memenatkan + membosankan.. Nasib baik ada ramai kanak-kanak.. And saya ni, memang suka kanak-kanak.. Dapatla bermain dengan diaorang.. Hahaha


Oh, ye.. Kerana esok... Bukan esok, tapi masa cuti sekolah.. Minggu depanla kan?? Nak kemana?? Tunggu.. Nanti saya bagitau kat entry lain.. ;D

Tuesday, 18 October 2011

Rindu


Rindunya.. Rindunya nak makan ice cream Magnum.. Masa kat UIA Nilai.. Masa minggu exam.. Petang-petang tu, kalau malas nak study, mesti beli ice cream ni.. Makan dengan Hajar... Kadang-kadan dia belanja saya.. Kadang-kadang saya belanja dia


Rindunya... Masa kat UIA Nilai, selalu study dekat depan cafeteria.. Sebelah cafeteria ada kiosk... Bila study kat situ, selalu dapat mesej daripda rakan bilik yang kat tingkat satu "Aiisyah, tolong belikan kita air mineral bleu botol besar", "Aiisyah, tolong belikan top-up Celcom RM10, "Aiisyah tolong belikan sabun mandi", and banyak lagi. Pernah sekali tu, dapt mesej.. Beli dekat kiosk, dah keluar kedai, dapat mesej lagi... Kena masuk kiosk lagi.. Pastu keluar kedai.. Dapat mesej lagi.. Masuk lagi... Haha.. Berapa kali entah masuk kiosk tu dalam satu malam.. Malu je..


Rindunya... Nak makan kat UIA Nilai... Ada nasi.. Kalau makan nasi, memang tiap-tiap hari akan makan lauk ayam.. Kalau makan benda lain pun, macam ikan.... Sekali atau dua kali je kot.. Selebihnya, beli lauk ayam... Rindu juga nak makan kuay teow sup, soto, and macam-macam lagi.. Paling rindu makan burger.. Haha.. Kalau malas nak makn, memang selau beli burger... Hehe... Sebab tula Aiisyah semakin gemuk.. Huhuhu

RINDU !


Saturday, 16 April 2011

Activities di Tropicana City Mall

Huhu.. Siang tadi tak dapat buka blog pun... /floor...

Pagi tadi pergi Tropicana City Mall.... My lil sis, dia ada pertandingan Spell It Right Challenge kat sana...


Pukul 11.30 dah sampai sana... Turn Jah belum lagi... Sebab masa kitaorang sampai, baru nombor 40 +++... Dan Jah punya nombor 175.... Memang kena tunggu lama... So, sementara tunggu Jah punya turn, pergilah kedai buku... Memang syok sangat... Dapat buku yang nak dibeli... Little Black Dress Book...

The Final Hitch

The Revenge of Lady Muck

Wah, sangat seronok dapat buku ni.... :).... Pastu, kol 1.30... Pertandingan berehat.... Hohoho... Kita dapat jumpa dengan......

Naz Habibur Rahman...

Hahaha.... Dapat jumpa dari jauh je... Adik saya dapat jumpa dekat-dekat..... Kena interview dengan dia lagi....

So, waktu rehat tu... My family and I maka kat SUBWAY.... Oh, yay! My favourite restaurant


Lepas makan, tunggu Jah punya turn sampai kol 4... Haha... Jah berjaya sampai third round je.. Pastu salah eja perkataan 'goulash'... Yang first eja 'delicacy' dan yang second 'hologram'.... GOULASH tu dia tereja GULASH... Huhu... Takpelah... Oklah tukan??

Ada video... Tapi tu nantilah letak... Hehe..

Lagi satu, kalau nak tengok kat tv... Tunggu bulan September... Kat TV3.... INGAT! BULAN SEPTEMBER TV3...

Ok, /bye....

MissUnknown : 6.30 petang baru sampai rumah..... /XD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...