Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Showing posts with label Islam Agamaku. Show all posts
Showing posts with label Islam Agamaku. Show all posts

Friday, 15 August 2014

#6 Tazkirah


Wahai Tuhan Kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan lebih-lebih lagi kebaikan di akhirat serta jauhkanlah kami daripada azab api neraka...
Amin

Monday, 11 August 2014

13 Syawal 1435

13 Syawal 1435.
10 August 2014

13 Syawal 1413
6 April 1993.

22 Tahun.

Sunday, 3 August 2014

Teruskan Berdoa.

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu... (40:60)



Doa adalah senjata orang mukmin.
Ayuh semua!
Kita berdoa!
Teruskan!
Jangan berhenti!

Semoga Allah lindungi kita semua. InsyaAllah.


Wednesday, 7 August 2013

Raya!

Selamat hari raya 1434.

Maaf zahir dan batin.

Minal 'Aidin wal Faidzin.

Semoga amalan kita diterima.

Semoga Allah sudi redha.

Monday, 24 June 2013

Tuhan Lebih Saintifik Dr Farhan Hadi.

Hebatnya Kuasa Allah!



Ada orang menolak agama secara total dan menganggap Sains adalah segala-galanya.

Ada orang menolak Sains secara total dan menganggap segala kemajuan Sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa ke neraka.

Hakikatnya, Sains membawa kepada Tuhan dan Tuhan adalah penjelasan segala-galanya.

::Tuhan Lebih Saintifik oleh Dr Farhan Hadi::

Allah itu wujud! Seorang pensyarah muda yang tidak mempercayai Tuhan kembali kepada fitrahnya untuk beragama. Sains telah membawa dia kepada Penciptanya.

Islam itu tidak menolak Sains kerana Sains itu juga daripada Allah. 

Kisah dalam buku ini sangat menarik. Perdebatan antara seoarng ateis dan seorang doktor pakar Islam. Bagaimana mereka menyatakan hujah-hujah mereka tentang Sains dan Islam. Hebat! Sehebat mana pun Sains, Allah lebih hebat.  Sehebat mana pun kita, Allah lebih-lebih lagi hebat. Subhanallah!

Thursday, 20 June 2013

Hakikat Bahagia.

Kebahagiaan itu satu kesyukuran.

Bila kaya jadi insan pemurah.

Bila berkuasa amanah.

Bila berjaya tidak alpa.

Bila sihat tidak lupakan Tuhan.

Hakikat bahagia-UNIC

Jom sama2 jadi org yg bahagia. InsyaAllah.

Sunday, 5 May 2013

Amar Makruf Nahi Mungkar.

Daripada Abu Sa'eed al-Khudri r.a beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demekian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.

(Hadis Riwayat Muslim)

Selamat menjalankan tanggungjawab anda. Semoga ALLAH meredhai kita. InsyaALLAH :-)

Thursday, 15 November 2012

Another Year. 1434


Satu Muharram detik permulaan

Permulaan tahun Islam Hijrah

Perpindahan Nabi dan umat Islam

Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan Iman yang teguh

Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu

Rela berkorban harta dan nyawa

Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu perjuangan

Hijrah itu pengorbanan

Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu, mari semua

Kita sambut maal Hijrah

Tingkatkan semangat

Dan tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman..

Wah~ Aiisyah pagi2 lagi dah menyanyi.. Semangat Maal Hijrah betul :-D Well, another year dah berlalu.. Sudah masuk 1434 Hijrah.. Hijrah pada zaman Rasulullah bererti perpindahan Nabi dan para sahabat ke Madinah.. Pada zaman sekarang? Takkanlah perpindahan kita dari Malaysia ke South Korea? Oh, tidak2.. Zaman sekarang, maksud yang sesuai berubah daripada jahat kepada baik.. Berubah daripada baik kepada yang lebih baik..

Kawan-kawan, marilah sama-sama kita menghayati sirah Nabi yang berpindah ke Madinah.. Macam mana dugaan dan ujian yang terpaksa ditempuhi.. Berkat kesabaran, Nabi berjaya sampai ke Madinah dan menjadikan Madinah sebagai Negara Agama Islam yang pertama.. Kemudian, Nabi berjaya menakluki Mekah pada peristiwa pembukaan Mekah..

Hebatkan Nabi? Kita? Diuji sedikit pun dah mengeluh.. Diuji sedikit pun dah marah2.. Why not, kita tanamkan azam dan niatkan dalam diri kita untuk memjadi manusia yang sentiasa bersabar, bersyukur, mengingati ALLAH.. Kesimpulannya, biarlah diri kita memiliki sifat2 mahmudah (baik), InsyaALLAH

Ayuh semua, kita berusaha menjadi umat yang terbaik.. Bukankah umat Rasulullah itu sebaik-baik umat?

ALLAH berfirman dalam Surah Al-Imraan ayat 3:


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.(3:110)

Jom berubah fi sabilillah

Jom berubah ke jalan ALLAH

Jom berubah lillahi ta'ala

Jom berubah kerana ALLAH

Salam Maal Hijrah

Sunday, 8 April 2012

Nak Share Gambar Ni

Gambar yang jumpa dekat FB.. Nak share dekat pembaca blog ni..


Ahhhhh!!! Tension kan? Kenapa dia tak siapkan je? Sikit je lagi... Gambar ni bagi pengajaran kat kita kan? Jangan putus asa.. Don't give up!

Jangan Berputus Asa.
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39

Saturday, 12 November 2011

Doa Dhuha

Waktu dhuha ni, jom kita berdoa ;p




Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

Amin ;)

Friday, 28 October 2011

Sabarlah Duhai Hati

Bersabarlah dengan setiap dugaan.. Sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmahnya... ALLAH sayang kita.. Sebab tu ALLAH nak uji kita supaya kita sentiasa mengingati ALLAH.. Supaya kita sentiasa mengadu pada ALLAH..


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah 2:286

Allah takkan bagi kita ujian yang tak dapat kita hadapi.. ALLAH tahu kita kuat.. Sebab tu dia bagi kita ujian macam tu...

So, perbanyakkan doa and bersabar.. InsyaALLAH.. Ada kebaikannya..

"SABARLAH DUHAI HATI"

Saturday, 22 October 2011

Doa Seorang Kekasih


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Thursday, 20 October 2011

Doa Perpisahan


Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o...

*entry saya yang ke-300* 

Monday, 10 October 2011

Surah an-Nisaa' ayt 14


Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. 

Saturday, 8 October 2011

Senyum itu Sedekah

Senyum...

Sedekah paling murah...

Tapi, ganjaran yang paling mahal harganya...

Indahkan Islam?


Just Smile :p

Saturday, 27 August 2011

Opick - Rapuh

Tiba-tiba rasa na letak video... Lama dah tak letak entry yang ada video..


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepada-Mu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah pada-Mu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai-Mu
dalam dada ku harap hanya
diri-Mu yang bertakhta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir pada-Mu


Suka lagu ni.. Lagu dia sedih.. Rasa nak nagis je... Huhuhu

Saturday, 13 August 2011

Surah Al-Furqaan (25 : 61 - 77)

Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.

Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu).

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan

Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk";

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. 

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; 

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, 

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu". 

p/s : kepada student-student FIM UIA yang tak hafal lagi surah ni, jom hafal... yang dah hafal... bagus!

Sunday, 31 July 2011

Maghrib.. 1 Ramadan

Dah maghrib 1 Ramadan... Alhamdulillah

Selamat menjalani Ibadah puasa..... Solat terawih.... And membuat amal salih..



Di kesempatan yang ada ni.. I want to say sorry to my parents, my family, all my teachers, all my friends and to anyone who know me... SELAMAT BERPUASA!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...