Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Thursday, 17 January 2013

Now Reading: Setia Hujung Nyawa

Cerita Popular di tv3

::Setia Hujung Nyawa::

Popular ke?? Entahlah.. Tapi rasanya ramai je yang tengok kot.. Yang tak sempat tengok sebab buat pukul 7-8 malam Isnin-Khamis, pun boleh tengok kat tonton.com.my.. Ramailah yang boleh tengokkan.. Lebih2 lagi ada pelakon2 best.. Macam Hairul Azreen, Amar Asyraf, Ryzal Jaafar, Nelydia Senrose, dan ramai lagi.. Kalau kita pula, xdelah nak follow sangat cerita ni.. Sikit-sikit je.. Kalau rajin buka tv tu, tengoklah.. Tapi selalunya dapat tengok 15-30 minit je.. Maklumlah, cuti, kena jaga kedai.. Nak tengok kat tonton sememangnya malas sebab buffering dia nanti lambat sangat.. Malas nak tunggu..

Dan baru dapat tahu, cerita ni ada novelnya.. Haha.. 1 Malaysia dah tahu cerita ni daripada novel, kita lak baru tahu dua hari yang lepas.. Huhu.. Lepas je dapat tahu ni novel Setia Hujung Nyawa, terus pergi kedai sebab nak cari buku ni.. Oh, nasib baik mama ada kedai buku.. So, terus jelah cari kat kedai buku mama.. Hehe.. Sampai2 je kedai, buka pintu, terus ke rak buku.. Tadaa, xsampai lima minit, terus jumpa.. Nasib baik buku ni kat rak atas sekali.. Kalau tak, memang susahlah nak jumpa


And now, tengah merajinkan diri untuk baca novel ni.. Novel Alaf 21 dan penulisnya, Fatin Nabila..


Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar

Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina telalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah 'menyentuh' isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

1 comment:

smilenajah93 said...

nnti nak pinjam buku ni !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...