Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Thursday, 17 January 2013

Now Reading: Setia Hujung Nyawa

Cerita Popular di tv3

::Setia Hujung Nyawa::

Popular ke?? Entahlah.. Tapi rasanya ramai je yang tengok kot.. Yang tak sempat tengok sebab buat pukul 7-8 malam Isnin-Khamis, pun boleh tengok kat tonton.com.my.. Ramailah yang boleh tengokkan.. Lebih2 lagi ada pelakon2 best.. Macam Hairul Azreen, Amar Asyraf, Ryzal Jaafar, Nelydia Senrose, dan ramai lagi.. Kalau kita pula, xdelah nak follow sangat cerita ni.. Sikit-sikit je.. Kalau rajin buka tv tu, tengoklah.. Tapi selalunya dapat tengok 15-30 minit je.. Maklumlah, cuti, kena jaga kedai.. Nak tengok kat tonton sememangnya malas sebab buffering dia nanti lambat sangat.. Malas nak tunggu..

Dan baru dapat tahu, cerita ni ada novelnya.. Haha.. 1 Malaysia dah tahu cerita ni daripada novel, kita lak baru tahu dua hari yang lepas.. Huhu.. Lepas je dapat tahu ni novel Setia Hujung Nyawa, terus pergi kedai sebab nak cari buku ni.. Oh, nasib baik mama ada kedai buku.. So, terus jelah cari kat kedai buku mama.. Hehe.. Sampai2 je kedai, buka pintu, terus ke rak buku.. Tadaa, xsampai lima minit, terus jumpa.. Nasib baik buku ni kat rak atas sekali.. Kalau tak, memang susahlah nak jumpa


And now, tengah merajinkan diri untuk baca novel ni.. Novel Alaf 21 dan penulisnya, Fatin Nabila..


Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar

Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina telalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah 'menyentuh' isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Sunday, 13 January 2013

Taman Seoul

Amboi, jalan-jalan ke Korea?? Hihi

Habis exam terus ke Korea ke? Heel~

Bestlah kalau dapat pergi Korea.. Bercita-cita gak nak pergi sana.. Tapi, dapat tengok Korea dalam tv je.. Nak tengok depan-depan, belum mampu lagi.. InsyaALLAH, ada rezeki kita jelajah ke seluruh dunia.. Mencari ilmu dan pengalaman :-D doa-doakan

Maka semalam, berakhirnya satu lagi episode kehidupan.. Haha.. 12 Januray 2013, 12 tengahari, tamatlah last paper exam.. So, berakhirlah first year sem 1 saya.. Another 7 sem left.. Huhu.. Banyak lagi tu, tapi semangat untuk belajar tu sentiasa ada. Mencintai ilmu tu sangat penting.. Sebab dah habis Degree nanti pun, kita still kena belajar lagikan.. Every day kita belajar benda yang baru.. Bukan dalam kelas je.. Bukan dengan lecturers and teachers.. Apa yang berlaku di sekeliling kita, everything boleh jadi pelajaran buat kita.. So, kena sentiasa bersemangat nak belajar.. Xboleh nak malas-malas!

Bila kata dah habis exam tu, yang paling best semestinya CUTI.. Yay! Holiday! Xlama.. 3 minggu je.. Tapi, tetap best dapat duduk kat rumah.. Hehe.. Tapi yang xbestnya, adik-beradik lain xcuti.. Kita je yang cuti :-( Sunyi jelah nampaknya cuti kita kali ni..

Sebenarnya, habis je exam semalam, terus keluar jalan2 dengan kawan-kawan.. Hehe, kemana? Kali ni cuti kami ke Seoul Garden (Taman Seoul).. Masa asasi dulu, last sem, kitaorang pergi Time Square.. So, kali ni kitaorang ke Seoul pula.. Ceh, padahal sebenarnya kat KL je pun.. Dekat je dengan UIA.. Naik teksi pun boleh.. First time pergi.. Memang xtahu apa2.. Rupanya-rupanya kita kena ambil makanan mentah lepas tu kena masak sendiri.. Macam restoran kat Korea.. Best! Dan yang paling best, ada ICE CREAM.. ABC pun ada.. Special dia, kita boleh buat sendiri ABC tu *excited* Overall, memang bestlah.. Sedap je makan.. Yela, kita masak sendiri.. Sebab tu sedap :-P









Buat kawan2, selamat bercuti.. Buat yang akan mendaftar akhir January nanti, selamat berta'aruf week. Haha.. Jumpa korang 3 February nanti, InsyaALLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...