Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Wednesday, 19 October 2016

You're invited to #1SME1Sistem: Tingkatkan Bisnes dalam Pengurusan Kewangan dan Perakaunan (Nov 8, 2016)



Hello!

Sebagai seorang Usahawan, adakah anda hadapi masalah dalam bisnes anda seperti berikut :

-Tidak tahu berapa sebenarnya keuntungan/kerugian syarikat anda pada sesuatu masa?
-Ingin memohon pinjaman tetapi akaun syarikat tidak teratur?
-Sukar hendak menguruskan operasi syarikat dengan teratur dan sistematik
-Terpaksa mengira untung dan rugi anda secara manual
-Sukar untuk mengetahui siapa yang berhutang dengan anda dan dengan siapa anda berhutang?

Kami ada berita baik untuk anda. Kami ada menyediakan Bengkel Khas
#1SME1Sistem berfokuskan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan khas untuk Syarikat SME yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah tersebut secara mudah dan senang difahami.

You are invited to the following event:

Kami akan membantu anda dan berkongsi ilmu seperti :
-Menguruskan kewangan dan perakaunan syarikat dengan lebih mudah dan sistematik
-Kelebihan dan kepentingan sistem perakaunan yang membolehkan syarikat menjimatkan masa dan tenaga
-Dapat mengurangkan kesalahan dalam merekodkan sebarang transaksi syarikat
-Pengurusan perakaunan syarikat anda akan berjalan dengan lancar, mudah dan bersistematik.
-Menghasilkan laporan kewangan yang anda perlukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada
Temui barisan penceramah berpengalaman yang akan membantu anda pada:

Tarikh: 8 November 2016 (Selasa)

Masa: 9.00 pagi - 1. 00 petang

Tempat: Bilik seminar, Blok E-1-1 Aras 3, Bangi street, Bangi Gateway, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Bengkel tersebut akan diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat seperti:

(1) "Crash Course Accounting For Entrepreneurs"

Pelajari tentang sistem Perakaunan dan faedahnya untuk menguruskan bisnes anda, termasuklah pengurusan untung rugi, cash flow, balance sheet syarikat dan laporan GST-03 untuk tujuan audit, dan management report.
*fokus pada aliran tunai (cash flow).

(2) "Grow and Manage Your Business' Financial & Accounting Efficiently Using OfficeCentral"

Belajar bagaimana anda boleh menggunakan OfficeCentral Accounting untuk mengetahui sebarang transaksi syarikat dan melihat dengan lebih sistematik pengurusan kewangan syarikat anda.

Bengkel ini terbuka kepada Pemilik Perniagaan, Usahawan, CEO, COO, General Manager, Akauntan, dan mereka yang terlibat dalam pengurusan kewangan syarikat.

Testimonial dari pengguna OfficeCentral:

"OfficeCentral really help a lot of SME's to manage their operation.

And its really save a lot time to do the data entry since everything is automated by OfficeCentral”

- Jeffery Boonson Simani (JBS Teknik Sdn Bhd)

Apa tunggu lagi? Kemasukan adalah PERCUMA untuk 50 peserta terawal sahaja. DAFTAR dengan segera dengan klik link di bawah. Tempat adalah TERHAD!

https://www.eventbrite.com/e/1sme1sistem-tingkatkan-bisnes-dalam-pengurusan-kewangan-dan-perakaunan-tickets-28481211069

Jangan lupa bawa laptop juga untuk tujuan praktikal semasa bengkel nanti ya.

Anda juga boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut seperti berikut:

Email:
siti.aiisyah@gmail.com

Telefon: 019-6218711 (Encik Gazali Jaafar)
013-2921678 (Aiisyah)

Sekian, terima kasih.

Wednesday, 12 October 2016

Thursday, 1 January 2015

It's 2015

Hey, It's 2015!
Another year had past... 2014 sudah berlalu dan 2015 sudah datang...
Goodbye 2014 and hello 2015!

Selamat tahun baru. Mulakan tahun baru saya dengan menulis blog. Blog yang terlalu lama ditinggalkan... Banyak aktiviti dan kenangan 2014 yang tak tertulis pun di blog... Haha.. Tapi banyak yang tertulis dan dipost di Instagram... Bolehlah pergi check my instagram: aiisyah_roseskalerful (ceh, promote ;p)

So, what's gonna happen in 2015?
Ini antara yang akan berlaku untuk tahun 2015 (insyaAllah):
7,8,10/1: Starting the week with final exam untuk Sem 1 2014/2015... Haha.. Another 3 papers.. Hajat doa pembaca-pembaca semua
12/1-10/7: Internship
6/4: I'm turning 22 :D
September: Gonna be final year student of IIUM

And many many more... Moga lebih banyak memori-memeri indah yang dicipta.. Moga lebih ramai kenal dengan orang-orang yang awesome... Moga orang-orang yang awesome dalam hidup kita ni will stay awesome... Haha... Moga terus kuat, tabah, dan moga ukhuwah itu kekal selama-lamanya hingga ke syurga. InsyaAllah..

Azam tahun baru?
Nak lebih aktif berblog, mungkin? Haha... Sebagai student, mestilah nak lulus cemerlang dalam pelajaran... Haha... Wishlist every year since 2000 kot sampailah kita dah tak jadi student... Haha...

Last but not least,


Antara aktiviti-aktiviti kita sepanjang tahun 2014... Gambar AGD Economic Management Student Society, open house raya, induction club, BBQ club, gambar family, selfie with the family nak naik Broga, gambar raya, cuti-cuti Malaysia with friends, I-City with friends, AGD club, Larian Team Malaysia, angah's convocation day, wedding cousin, and many more activities in 2014...

And many more pictures to come in 2015! Go and check my IG... Haha... Kbye!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...