Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Thursday, 4 July 2013

TeenACE.


Teen Award, Convention, Exhibition #TeenACE

Alhamdulillah. 29-30 Jun yang lalu dapat menjoinkan diri dalam majlis ni. Banyak ilmu yang diperolehi. Mengajar kita macam mana nak berjaya dalam kehidupan. Siapa kita 10 tahun akan datang?

Apa yang menariknya, mereka- mereka yang masih muda menceritakan perjalan hidup diaorang. Macam mana diaorang jadi vlogger, macam mana diaorang jadi penulis buku. Semuanya hebat-hebat. Melihat mereka yang baru berumur, 18 tahun, 19 tahun, 23 tahun, 24 tahun, dah ada syarikat sendiri, dah jadi popular. "wow, teringin nak jadi macam mereka. Teringin nak berjaya macam mereka"

Yes, pergi ke TeenACE memberi saya motivasi. Motivasi untuk berjaya. Punya cita-cita. Dan untuk mencapai cita-cita tu, kita kena mulakan dari SEKARANG.

Monday, 24 June 2013

Tuhan Lebih Saintifik Dr Farhan Hadi.

Hebatnya Kuasa Allah!



Ada orang menolak agama secara total dan menganggap Sains adalah segala-galanya.

Ada orang menolak Sains secara total dan menganggap segala kemajuan Sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa ke neraka.

Hakikatnya, Sains membawa kepada Tuhan dan Tuhan adalah penjelasan segala-galanya.

::Tuhan Lebih Saintifik oleh Dr Farhan Hadi::

Allah itu wujud! Seorang pensyarah muda yang tidak mempercayai Tuhan kembali kepada fitrahnya untuk beragama. Sains telah membawa dia kepada Penciptanya.

Islam itu tidak menolak Sains kerana Sains itu juga daripada Allah. 

Kisah dalam buku ini sangat menarik. Perdebatan antara seoarng ateis dan seorang doktor pakar Islam. Bagaimana mereka menyatakan hujah-hujah mereka tentang Sains dan Islam. Hebat! Sehebat mana pun Sains, Allah lebih hebat.  Sehebat mana pun kita, Allah lebih-lebih lagi hebat. Subhanallah!

Saturday, 22 June 2013

Simfoni Cinta Hilal Asyraf

Bila cinta, mesti nak bersama hingga ke syurga. Perkara yg membawa ke neraka bukan cinta namanya.



Simfoni Cinta oleh Hilal Asyraf. Sebuah buku yg menarik. Menceritakan erti cinta secara meluas. Bukan hanya antara lelaki dan perempuan.

Cinta itu kepada Pencipta.

Cinta itu kepada ibu bapa.

Cinta itu kepada keluarga.

Cinta itu kepada guru dan murobbi.

Cinta itu kepada sahabat, teman, dan kawan.

Cinta itu kepada semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...