Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Wednesday, 8 August 2012

Sesaat Kau Datang

ehem2...

"Sesaat kau datang...
Sesaat kau hilang...
Kemunculan dirimu penuh misteri..." - Sesaat kau datang (Ramlah Ram ft Sleeq)

Ceh, nak menyanyi pula petang2 ni.. Hehehe... Bukanlah, bukan nak menyanyi pun.. Saja je.... Tapi, kalau korang nak nyanyi, nyanyilah.. Aiman xkisah, saya pun xkisah...

Sebenarnya nak cerita pasal novel lagi... Novel yang baru habis dibaca last week (baru? macam dah lama je habis) haha.. xkisahlah.. Nak taip gak... Novel apa?

Saat Kau Hadir - Laila Kamilia


Bibit-bibit cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.

Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.

Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun... Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!

Perlukah dia setia dengan janji semalam yang telah berlalu pergi atau berpaut pada harapan esok yang belum pasti?

Tuesday, 7 August 2012

It's New

Sesiapa yang selalu singgah my blog ni, mesti nampak ada perbezaan kan? Saya tukar benda tu semalam.. Hehehe.. Tiba2 rasa nak tukar, so, edit2 lah gambar dan itulah hasilnya.. Cantik tak? Lawa tak? Ke yang lama punya lagi lawa? Apa pendapat korang?

Ramai yang tertanya-tanya "Apa benda yang tukar?" Haha.. My header bloglah... Cuba check betul2... Dah lainkan? Sekarang jadi macam ni


Kalau dulu macam mana? Dulu macam ni


Lebih kurang je kan sebenarnya? Dua-dua ada gambar bunga ros yang warna-warni.. Cuma yang baru besar yang lama tu kecil.. Saja je nak besarkan ros tu sebab my blogkan roseskalerful yang membawa maksud ros warna-warni.. So, nampaklah sikit colourful roses tu... Entah dah berpa kali saya tukar header dekat blog saya ni.. Nantikan, kalau ada masa and rajin, saya nak buat satu entry yang cuma ada header blog saya.. Daripada yang lama sampai sekarang.. Kita tengok berapa kali kita tukar header blog ni..

Korang suka yang mana? Yang baru or lama?

Monday, 6 August 2012

Anda Tetap Juara, Dato Lee Chong Wei!

Malam semalam merupakan permainan badminton yang paling best! Berdebar-debar je tengok.. Perasaan tu,macam kita pula yang main... So close yet so far... Yelah, Dah menghampiri kemenangan, last2 kalah gak.. Perlawanan badminton olympic 2012 malam tadi antara Dato Lee Chong Wei vs Lin Dan


Chong Wei terpaksa akur dengan kekalahannya 21-15,10-21,19-21.. Terus-teranglah, bagi saya, walaupun kalah, Chong Wei tetap juara.. Kita boleh tengok perlawanan malam tadi.. Saya yakin ramai rakyat Malaysia yang tengok.. Xkisahlah korang kat London ke, kat Malaysiake, kat negara lain ke, korang mesti dapat tengok... So, siapa yang tengok, mesti tahu cara permainan diaorang.. Yup, mereka berdua sama-sama hebat sama-sama power... Tapi dah jadi adat pertandingan, walaupun sama hebat macam mana sekalipun, mesti ada yang menang, mesti ada yang kalah.. So, tahniah buat Lin Dan kerana menang..

Buat Lee Chong Wei, you did the best, and forever you are the best! Beliau minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengecewakan rakyat Malaysia sebab xdapat emas? Hakikat sebenarnya, kami bangga.. Kerana anda dah main bersungguh-sungguh.. So, xperlu nak rasa sedih.. We will always support you!! Anda orang pertama yang menyumbangkan pingat buat Malaysia.. So, be proud :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...