Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Saturday, 7 January 2012

Hari ini Update. Esok ?

Alhamdulillah.. Hari ini saya berkesempatan menghupdate blog ini ;)

Rindu tak nak baca blog saya? Apa? Tak rindu ? Ok, fine.. Saya tahu, blog saya ni hanyalah blog biasa.. Huhuhu

Ok2.. Saya taknak membuang masa saya dan juga masa anda yang sedang membaca blog ni.. Sebab lepas ni pun saya ada kerja lain yang perlu dilaksanakan..

Well, dah 3 hari saya tak menghupdate blog.. Nak tahu kenapa? Kalau korang tak nak tahu pun, saya nak bagitahu juga.. Hehehe

Sebenarnya, 4-7 Januari saya ada di CFS IIUM PJ.. Ada kerja kat sini.. Induction RAFEST.. Apa bendanya RAFEST tu? RAFEST tu ialah satu program yang dilakukan di CFS IIUM.. Raudhah Festival.. Benda ni macam hari kantin gaklah.. Dilangsungkan pada 30 Januari - 5 Februari 2012.. Bolehla korang datang ramai-ramai dekat UIA, PJ ni..

So, induction ni sebenarnya macam meetingla.. Kitaorang yang datang meeting ni untuk membincangkan banyak perkara supaya program ni dapat dilaksankan dengan jayanya.. InsyaALLAH

Nilah sebabnya kenapa saya tak dapat nak menghupdate blog.. Meeting ni daripada pagi sampai petang. So, macam takde masa nak online.. And kalau ada masa pun.. Saya takde laptop pun nak online.. Hehehe..


Esok ? Ada apa dengan esok.. Hari ini, saya akan berterus-terang kepada semua pembaca blog saya ni.. Saya akan mendaftarkan diri di GOMBAK pada esok hari.. So, new sem.. Sem 3.. InsyaALLAH.. Maknanya, lepas ni, lagilah saya tak dapat nak menghupdate blog selalu macam dulu-dulu.. Mungkin saya akan sibuk memandangkan sem 3 ni is my last sem for foundation.. So, that's mean kena tunggu hujung minggulah or saya cuti nanti untuk mengonline dan menghupdate..

Well, doakan kejayaan saya, ye ;)

Wednesday, 4 January 2012

So, inilah keputusannya

Malam tadi tak sempat nak menghupdate blog kerana tersangat mengantuk dan tidur awl..

Ok, akhirnya, saya dah dapat keputusannya.. Hah ? Keputusan ? Keputusan apa ? Aiisyah ada buat pertandingan ke ? Tak tahu pun.. Huhuu..

*Tulah, tak baca blog saya, memanglah tak tahu.. Muhahahaha*

Ok2.. Bukanlah.. Bukan pertandingan  apa-apapun.. Cuba korang baca entry ini... Dah baca ? Bagus !

So, inilah keputusan saya :




Yup, cerita Vanilla Coklat.. Cerita ni sweet sangat.. Comel sangat.. Saya suka ;)

Bicara Hati pun macam best juga. Tapi, Vanilla Coklat lebih menarik perhatian saya.. Tahniah ! ;p

So, lepas ni, dah tak payah susah-susah nak tengok cerita apa.. Hehehe.. Tapi, lepas ni mesti susah nak tengok cerita sebab next week dah start kelas untuk sem 3.. Huhuhu

Tuesday, 3 January 2012

Vanilla Coklat vs Bicara Hati

*Hari ini hari Selasa. Banyak cerita best. Cerita apa? Klik sini*

Tapi hari Selasa untuk minggu ini, ada dilema pula.. Huhuhu..

Pukul 9 malam tv3 ada cerita vanilla coklat, right?

*Cerita Vanilla Coklat best*

But for today, ada cerita baru kat astro prima.. Pukul 9 malam juga.. Tahu tak cerita apa? Cerita Bicara Hati


Kalau korang nak tahu, cerita ni sebenarnya adaptasi novel Bicara Hati oleh Damya Hanna


Pelakon utama Sharnaaz Ahmad.. Disebabkan saya pernah baca novel ni, rasa macam nak tengoklah.. Tapi, Vanilla Coklat, harini episode 3.. Nak tengok juga.. Huhuhuhu.. Tolong ! Agak-agak, cerita apa yang akan saya tengok, ye? Hehehe.. We'll wait and see.. Tunggulah pukul 9.. Cerita mana yang boleh menarik perhatian saya.. Agak-agak korang, cerita mana yang best?

p/s : banyak betul cerita adaptasi daripada novel. Ombak Rindu (Fauziah Ashaari), Bicara Hati (Damya Hanna), Gemersik Kalbu (Anis Ayuni)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...