Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Tuesday, 10 July 2012

HACKS

Google

Bercakap pasal gula2 HACKS.. Hmmmmm.. Sedapnya.. Mesti ramai orang pernah makan gula2 nikan? Siapa cakap xpernah tu mesti tipu, betul tak?  Hahaha..

Bercakap pasal HACKS ni juga, saya tahu, mesti kebanyakannya yakin, bukan pasal gula2 HACKS saya nak cakap kan? Mesti korang rasa yang saya nak  cakap pasal nama panjang HACKS nikan? Apa dia? Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Ya betul! Tepat sekali... Gula2 ni dah lama. Orang dah xcakap pasal benda ni lagi. Orang cakap pasal filem Melayu Hanya Aku Cinta Kau Seorang yang dilakonkan oleh salah seorang pelakon yang saya minat, Aeril Zafrel...




Oh, yeah! Finally, I got to watch this filem. Frankly, xberapa nak bestla.. Hohoho.. Jangan marah. saya hanya bersikap jujur.. Xmacam cerita Aeril Zafrel yang Cinta Kura2. Hah, yang tu lagi best :-P

Satu yang boleh dipelajari daripda cerita ni, jodoh tu memang rahsia ALLAH.. Kadang2, kita sentiasa mencari yang jauh untuk dijadikan pasangan hidup kita tetapi hakikatnya jodoh kita tu depan mata kita je, betul tak?

Monday, 9 July 2012

#1 Quote

Kat blog saya ni, nak gak ada quote yang best2.. Mana2 quote yang best2 tu, saya letaklah kat blog ni.. Mungkin kebanyakan quote2 yg best2 saya akan jumpa di FB atau saya akan cari kat Google..

Just for fun :-D

Sunday, 8 July 2012

Hati Kala Cinta

Dapat lagi habis baca satu novel. pukul12.30 a.m tadi habis baca :-P

Cerita ni, sampai ke ending pun masalah xhabis... Ada je perempuan yang nak ganggu rumah tangga orang lain... Banyak betul masalah kat dalam cerita ni..

Tajuk: Hati Kala Cinta
Penulis: Hani Fazuha


Mereka rapat kerana berjiran, tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki, namun tersalah dilahirkansebagai perempuan. Kata Lya pula, Zhafran itu macam Hitler, suka memaksa orang mengikut katanya.

Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran, tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila, ada rasa cinta bertapak dalam hatinya. Namun, semua sudah terlewat kerana Zhafran telah memilih Nurin sebagai suri hidupnya.

Saat yang sama, Hareez pula datang bertandang dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menjengkelkan hati Lya. Kali pertama bertemu, dia tahu ada sebuah kebencian di dalam sepasang mata milik Hareez.

Tetapi, apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar yang dia sebenarnya mencintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga.

Kadangkala kuasa memilih  bukan di tangan kita, tetapi kita tidak seharusnya menyerah kalah saat takdir menetapkan pilihannya.

'Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi' - Lya



*Kalau nak pinjam buku ni, bolehlahke GNZ BOOK RENTALS di Bangi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...