Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Sunday, 22 January 2012

Jom Jawab Soalan ni

Hai Guys and Girls..

Korang ada masa tak? Kalau ada, jom jawab beberapa soalan Aiisyah.. Dekat sebelah kanan blog saya ni, ada soalan.. Gambar dia mcm ni..


Sesiapa yang suka baca my blog ni.. Or ada orang yang suka berblog walking and terblog walking sampai ke blog saya ni.. Bolehla korang jawab soalan-soalan Aiisyah ni.. Hehehe.. Terima Kasih ;)

Saturday, 21 January 2012

2 Minggu di CFS, IIUM Gombak

Hello semuanya !~


Seperti yang dijanjikan.. Saya nak bercerita dekat korangkorang semua ni yang suka baca blog saya ni.. 2 minggu saya di Gombak.. Pejam celik pejam celik.. Dah 2 minggu dah kat Gombak..

Pendaftaran pada 8 January 2012.. First time menjejakkan kaki di UIA Gombak.. Serious, saya tak pernah pun sampai kat UIA ni.. Hari pendaftaran tu merupkan hari yang pertama.. Bila sampai je... Dalam hati, wow, besarnya UIA ni ! Maklumlah, main campus for UIA..


Pada 9/10 January, takde kelas.. So, saya and kawan-kawan bercadang nak berjalan-jalan.. PENAT ! Jauh sangat kalau berjalan... Mula-mula nak cari kelas... Asyik sesat je.. Sampaikan kitaorang berjalan 2-3 jam semata-mata nak carri kelas je.. Huhuhu.. Imagine how big the campus is? Besar sesangat sampai boleh sesat.. Lebih-lebih lagi semua tempat yang kita pergi tu, sekililingnya sama je..

And then, 11 January, baru start kelas.. Nasib baik dah tak tersesat.. Kalau tak, mesti lambat masuk kelas yang bermula seawal jam 9 pagi.. Yang bestnya, ada bas yang akan menghantar kita ke kelas.. Pastu ada lif pula.. So, kalau kelas tingkat 5.. Naik lif jelah.. Hohoho

Oh ye, aktiviti yang paling best masa 13 January.. Saya and rakan-rakan pergi berkayak.. Syokk! Depan bilik saya, ada tasik.. So, kitaorang berkayaklah dekat situ.. Seronok.. Sampai sakit-sakit kaki ni hah.. Haha, berkayak pun boleh sakit kaki padahal duduk je.. Hehe..


Hari-hari yang seterusnya, biasa jelah.. Pergi ke kelas and then balik kelas.. Everyday pun macam tu.. Hihihi

Makanan? Bolehla.. But agak mahal kalau nak berbanding dengan kat Nilai dulu.. Huhu.. Duit asyik habis kat makanan je.. Sebab buku, boleh guna voucher ;)

Friday, 20 January 2012

Nak Tulis, Tak Nak Tulis

Wow ! Memang terasa lama sesangat tak tulis blog nikan? Kalau kat UIA Gombak, internet tersangatlah slow sehingga kita tak boleh nak buat apa-apa.. Ditambahkan lagi dengan kesabaran kita yang sangat sedikit.. Bila internet lambat loading, kita terus klik X..

Well, sempena cuti CNY ni.. Dapatlah saya pulang ke rumah.. Cuba teka, saya di mana? Mestilah kat rumah.. Hehe.. Dan bila berada di rumah, kelajuan internet membuatkan kita semangat untuk menulis blog.. Ya, saya semangat nak tulis blog.. InsyaALLAh, ada masa nanti + kerajinan nak menulis.. Saya nak menceritakan aktiviti 2 minggu saya di CFS IIUM, Gombak.. For now, nak rehat.. TIRED ! Ok, bye..

SEMANGAT !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...