Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Friday, 28 October 2016

GNZ Business Alliances Sdn Bhd

Hai semua! Haha.. Harini nak promote business sendiri.
Nama business GNZ Business Alliances Sdn Bhd.

Apa yang business ni buat? Business ni pasal apa?
Basically, business ni nak membantu meningkatkan keuntungan dan menguruskan sistem kewangan dan perakaunan secara mudah, pantas, sistematik untuk syarikat-syarikat SME.

Nak tahu lebih lanjut, kita ada blog dan fanpage.

Our blog:  https://gnzbiz.wordpress.com/

Nak tahu lebih lanjut pasal company ni, kita ada company profile yang menceritakan pasal background, pasal services yang ditawarkan, staffs: https://gnzbiz.wordpress.com/about/

                          

And finally, our facebook page.
1. GNZ Business Alliances Sdn Bhd page: https://www.facebook.com/gnzbiz/?fref=nf
2. E-Accounting Training Services: https://www.facebook.com/E-Accounting-Training-Services-1294153000618322/?fref=ts

*Sesiapa yang ingin ingin hadir ke program #1SME1Sistem, anda masih lagi boleh mendaftar (boleh rujuk previous post).

Wednesday, 19 October 2016

You're invited to #1SME1Sistem: Tingkatkan Bisnes dalam Pengurusan Kewangan dan Perakaunan (Nov 8, 2016)



Hello!

Sebagai seorang Usahawan, adakah anda hadapi masalah dalam bisnes anda seperti berikut :

-Tidak tahu berapa sebenarnya keuntungan/kerugian syarikat anda pada sesuatu masa?
-Ingin memohon pinjaman tetapi akaun syarikat tidak teratur?
-Sukar hendak menguruskan operasi syarikat dengan teratur dan sistematik
-Terpaksa mengira untung dan rugi anda secara manual
-Sukar untuk mengetahui siapa yang berhutang dengan anda dan dengan siapa anda berhutang?

Kami ada berita baik untuk anda. Kami ada menyediakan Bengkel Khas
#1SME1Sistem berfokuskan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan khas untuk Syarikat SME yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah tersebut secara mudah dan senang difahami.

You are invited to the following event:

Kami akan membantu anda dan berkongsi ilmu seperti :
-Menguruskan kewangan dan perakaunan syarikat dengan lebih mudah dan sistematik
-Kelebihan dan kepentingan sistem perakaunan yang membolehkan syarikat menjimatkan masa dan tenaga
-Dapat mengurangkan kesalahan dalam merekodkan sebarang transaksi syarikat
-Pengurusan perakaunan syarikat anda akan berjalan dengan lancar, mudah dan bersistematik.
-Menghasilkan laporan kewangan yang anda perlukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada
Temui barisan penceramah berpengalaman yang akan membantu anda pada:

Tarikh: 8 November 2016 (Selasa)

Masa: 9.00 pagi - 1. 00 petang

Tempat: Bilik seminar, Blok E-1-1 Aras 3, Bangi street, Bangi Gateway, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Bengkel tersebut akan diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat seperti:

(1) "Crash Course Accounting For Entrepreneurs"

Pelajari tentang sistem Perakaunan dan faedahnya untuk menguruskan bisnes anda, termasuklah pengurusan untung rugi, cash flow, balance sheet syarikat dan laporan GST-03 untuk tujuan audit, dan management report.
*fokus pada aliran tunai (cash flow).

(2) "Grow and Manage Your Business' Financial & Accounting Efficiently Using OfficeCentral"

Belajar bagaimana anda boleh menggunakan OfficeCentral Accounting untuk mengetahui sebarang transaksi syarikat dan melihat dengan lebih sistematik pengurusan kewangan syarikat anda.

Bengkel ini terbuka kepada Pemilik Perniagaan, Usahawan, CEO, COO, General Manager, Akauntan, dan mereka yang terlibat dalam pengurusan kewangan syarikat.

Testimonial dari pengguna OfficeCentral:

"OfficeCentral really help a lot of SME's to manage their operation.

And its really save a lot time to do the data entry since everything is automated by OfficeCentral”

- Jeffery Boonson Simani (JBS Teknik Sdn Bhd)

Apa tunggu lagi? Kemasukan adalah PERCUMA untuk 50 peserta terawal sahaja. DAFTAR dengan segera dengan klik link di bawah. Tempat adalah TERHAD!

https://www.eventbrite.com/e/1sme1sistem-tingkatkan-bisnes-dalam-pengurusan-kewangan-dan-perakaunan-tickets-28481211069

Jangan lupa bawa laptop juga untuk tujuan praktikal semasa bengkel nanti ya.

Anda juga boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut seperti berikut:

Email:
siti.aiisyah@gmail.com

Telefon: 019-6218711 (Encik Gazali Jaafar)
013-2921678 (Aiisyah)

Sekian, terima kasih.

Wednesday, 12 October 2016

Thursday, 1 January 2015

It's 2015

Hey, It's 2015!
Another year had past... 2014 sudah berlalu dan 2015 sudah datang...
Goodbye 2014 and hello 2015!

Selamat tahun baru. Mulakan tahun baru saya dengan menulis blog. Blog yang terlalu lama ditinggalkan... Banyak aktiviti dan kenangan 2014 yang tak tertulis pun di blog... Haha.. Tapi banyak yang tertulis dan dipost di Instagram... Bolehlah pergi check my instagram: aiisyah_roseskalerful (ceh, promote ;p)

So, what's gonna happen in 2015?
Ini antara yang akan berlaku untuk tahun 2015 (insyaAllah):
7,8,10/1: Starting the week with final exam untuk Sem 1 2014/2015... Haha.. Another 3 papers.. Hajat doa pembaca-pembaca semua
12/1-10/7: Internship
6/4: I'm turning 22 :D
September: Gonna be final year student of IIUM

And many many more... Moga lebih banyak memori-memeri indah yang dicipta.. Moga lebih ramai kenal dengan orang-orang yang awesome... Moga orang-orang yang awesome dalam hidup kita ni will stay awesome... Haha... Moga terus kuat, tabah, dan moga ukhuwah itu kekal selama-lamanya hingga ke syurga. InsyaAllah..

Azam tahun baru?
Nak lebih aktif berblog, mungkin? Haha... Sebagai student, mestilah nak lulus cemerlang dalam pelajaran... Haha... Wishlist every year since 2000 kot sampailah kita dah tak jadi student... Haha...

Last but not least,


Antara aktiviti-aktiviti kita sepanjang tahun 2014... Gambar AGD Economic Management Student Society, open house raya, induction club, BBQ club, gambar family, selfie with the family nak naik Broga, gambar raya, cuti-cuti Malaysia with friends, I-City with friends, AGD club, Larian Team Malaysia, angah's convocation day, wedding cousin, and many more activities in 2014...

And many more pictures to come in 2015! Go and check my IG... Haha... Kbye!


Friday, 5 September 2014

Papa, Daddy, Abi, Appa, Ayah, Bapa, Father

Siapa kat sini peminat cerita Korea or layan cerita korea?
Angkat tangan!
Yay, kita sama... *High five*

Hehe... Tiba-tiba nak bercakap pasal Korea... FYI, Aiisyah bercita-cita nak ke Korea... Haha... Of courselah, dah selalu tengok cerita Korea... Tempat semua cantik-cantik... Lebih-lebih lagi bila time snow tu, lagilah, keinginan tu semakin tinggi...

So, apa kaitanya dengan papa, daddy, abi, appa, ayah, bapa, father ni semua? Nak suruh ayah belanja tiket nak ke Korea ke? Hahaha... Sejujurnya, mestilah nak :-P
Tapi ni takde kaitan pun dengan belanja tiket ke Korea... Nak cerita pasal satu cerita korea yang saya tengok... Every episode kena tengok... Tak boleh tinggal.. Haha..

Cerita apa? Tajuk cerita dia: The Return of Superman...


Hah? Aiisyah ni betul ke? Takkanlah Superman ni cerita Korea kot... Bukan cerita orang putih ke? Haha... Betullah tu... Memang cerita orang putih pun... Tapi cerita Superman yang Aiisyah tengok bukan yang ni... Aiisyah tengok cerita Superman yang lain... Korea punya... Nama lain cerita ni: Superman is Back, Superman Returns...










Sumber gambar: Google

Cerita ni pasal apa? Cerita ni pasal bila Mama, Mummy, Ummi, Omma, Emak, Ibu, Mother pergi bercuti selama 48 jam... Ayah-ayak kena jaga anak for 48 hours... Bayangkan, ayah celebrities, jarang ada kat rumah dan terpaksa jaga anak-anak yg masih kecil... Kecil tu maksdnya umur baru 2 tahun, 3 tahun... Dan ada juga ayah yang nak kena jaga anak yang xpandai berjalan lagi... Haha... Lucu, lawak, dan kelakar....

Sinopsis:

Celebrity dads are left to care for their kids alone for 48 hours without the help of anyone, while their wives leave the home to enjoy some relaxing time off. The wives are shown leaving the home before the 48 hours begins and coming back to greet their family once the 48 hours have ended. During the 48 hours the dads and children are either doing a task the wives have written out for the dads to complete or the dads exploring new activities with their kids. Occasionally celebrity friends of the dads will stop by to interact with the kids.

Format:

The show is filmed with set up cameras and cameraman hiding in tents and playhouses in each of the celebrities actual home. Family and friends of the celebrity dads will occasionally show up in each episode. On each episode, as the show moves from one family to the next, a brief narration by the narrator is given to introduce the next segment of the episode.

Sumber sinopsis dan format: http://en.wikipedia.org/wiki/Superman_is_Back

Cerita ni ada kat KBS... Astro Channel 391 atau 392(HD)... Hari Ahad 3.30pm... Tapi selalunya hari Ahad ni, bercuti dengan family, attend kenduri kahwin, ataupun kena balik asrama... Kadang-kadang tu tak dapat nak tengok... No worries... Thanks to KBS, dieorang letak cerita ni dekat youtube channel KBS World TV... Makanya, dapatlah kita tengok dekat youtube... Yay!

Wednesday, 20 August 2014

Ke I-City

Cerita cuti lagi... Kali ni ke I-City, Shah Alam pula... Lepas habis je exam Semester 2 2013/2014... Last paper 8 Jun 2014, 9 Jun, hari keesokannya... Me with friends jalan2 ke I-City...

Kitaorang masuk rumah hantu... Tapi, rumah hantu dia xtakut pun... Hahaha...



Patung lilin2... Semua orang famous2 ni, diperbuat daripada lilin... Dapatlah merasa nak bergambar dengan diaorang... Walaupun lilin je kan... :-P

::Jackie Chan::

::Rain::

::Tiger Wood::


::Psy, Oppa Ganggnam Style::


::Lee Chong Wei::


::Steve Jobs::

::Mr. Bean::




Tempat ais... Beku!!! Sejuk sangat....





Spaceship pun kitaorang pergi gak :-)


Tuesday, 19 August 2014

Cuti-cuti Melaka

Since dah lama xberblog, banyak betul cerita yang tak tertulis... Yang mana ingat kita tulis...Haha... Thanks to pictures, instagram... Gambar2 semua boleh mebantu kita untuk mengupdate blog... Kisah ni berlaku bulan Jun yang lalu... Masa tu tengah cuti semester... So me and my friends decided nak pergi bercuti... Tempat percutian kitaorang ke Batu Pahat, Johor dan Melaka...

Planning asal pergi empat hari je... Isnin sampai Khamis... Muncul hari keempat, masing2 xpuas berjalan.. Makanya kami menambah satu hari lagi untuk bercuti... Haha... Jadilah lima hari percutian kami...






Banyak kenangan best2 bercuti... Yang xbest ada juga kot.. Haha... Pergi Taman Burung, Taman Buaya, Taman Rama2, dan bermacam2 taman lagi... Pergi rumah hantu pun ada... Pergh! Rumah hantu Taman Buaya Melaka paling bestlah... Rumah hantu yang paling takut setakat ni... Before this, masuk rumah hantu mana2, xpernahlah keluar menggigil menangis2... Tapi rumah hantu Taman Buaya ni, hah, memang best... Haha... Cuti ni dapat jugalah tengok buaya mati, macam mana pekerja2 tarik buaya tu, and so many experiences...









Kalau pergi Taman Burung, dapatlah experience pegang burung, tengok2 burung... Tapi paling banyak kalau bercuti ni, bergambar jelah kerjanya... Haha... Selfie sana selfie sini... Cari tempat nak bergambar... And bermacam-macam lagi...








Oh, kitaorang pun banyak ke muzium... Tengoklah sejarah2 Melayu, Hang Tuah, dan banyak lagi... Haha... Melaka kan Bandaraya Bersejarah... Dan bila ke Melaka, mestilah pergi A Famosa... Tempat paling bersejarah di Melaka... Tempat orang2 Portugis masa datang ke Melaka...

::Me we patung Alfonso De Albuquerque::

Dan yang paling penting time bercuti ni, kenalah makan2... Cari tempat2 yang best, sedap, dan penting murah... Haha... Melaka terkenal dengan asam pedas, sepanjang kat Melaka, entah berapa kali makan asam pedas... Sebab nak cari asam pedas yang paling sedap...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...