Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Monday, 8 July 2013

Ramadhan Datang.

Ramadhan, satu bukti Allah sayangkan kita. Satu tanda Allah cintakan hambaNya.

Kenapa?

Ramadhan, pintu syurga dibuka seluas-luasnya.

Ramadhan, pintu neraka ditutup serapat-rapatnya.

Ramadhan, amalan yang dilakukan mendapat ganjaran berkali-kali ganda.

Ramadhan, padanya ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, dinamakan malam Al-Qadr.

Ramadhan, ibadat dapat ditingkatkan. Adanya solat terawih.

Ramadhan, mengajar kita erti kesabaran dengan menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan
perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Bestkan Ramadhan?

Ya Allah, sampaikanlah kami di bulan Ramadhan.

Thursday, 4 July 2013

TeenACE.


Teen Award, Convention, Exhibition #TeenACE

Alhamdulillah. 29-30 Jun yang lalu dapat menjoinkan diri dalam majlis ni. Banyak ilmu yang diperolehi. Mengajar kita macam mana nak berjaya dalam kehidupan. Siapa kita 10 tahun akan datang?

Apa yang menariknya, mereka- mereka yang masih muda menceritakan perjalan hidup diaorang. Macam mana diaorang jadi vlogger, macam mana diaorang jadi penulis buku. Semuanya hebat-hebat. Melihat mereka yang baru berumur, 18 tahun, 19 tahun, 23 tahun, 24 tahun, dah ada syarikat sendiri, dah jadi popular. "wow, teringin nak jadi macam mereka. Teringin nak berjaya macam mereka"

Yes, pergi ke TeenACE memberi saya motivasi. Motivasi untuk berjaya. Punya cita-cita. Dan untuk mencapai cita-cita tu, kita kena mulakan dari SEKARANG.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...