Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Tuesday, 24 January 2012

Bestnya ! Mereka Cuti Seminggu !

Huhuhuhu.. So, today is the end.. 5 hari duduk rumah.. Finally, kena balik UIA..

Bestnya diaorang cuti seminggu. Kenapa budak sekolah cuti seminggu? Huhuhuhuhuhuhuhu.. Budak U macam saya n, cuti 5 hari je.. Takpelah, nak buat macam mana? Saya bukan lagi budak sekolah.. Duduk UIA pun best juga, dapat jumpa kawan-kawan.. Duduk rumah, tak dapat jumpa kawan-kawan... Hee~

*budak sekolah yang cuti seminggu? untungla ;)*

Sunday, 22 January 2012

Jom Jawab Soalan ni

Hai Guys and Girls..

Korang ada masa tak? Kalau ada, jom jawab beberapa soalan Aiisyah.. Dekat sebelah kanan blog saya ni, ada soalan.. Gambar dia mcm ni..


Sesiapa yang suka baca my blog ni.. Or ada orang yang suka berblog walking and terblog walking sampai ke blog saya ni.. Bolehla korang jawab soalan-soalan Aiisyah ni.. Hehehe.. Terima Kasih ;)

Saturday, 21 January 2012

2 Minggu di CFS, IIUM Gombak

Hello semuanya !~


Seperti yang dijanjikan.. Saya nak bercerita dekat korangkorang semua ni yang suka baca blog saya ni.. 2 minggu saya di Gombak.. Pejam celik pejam celik.. Dah 2 minggu dah kat Gombak..

Pendaftaran pada 8 January 2012.. First time menjejakkan kaki di UIA Gombak.. Serious, saya tak pernah pun sampai kat UIA ni.. Hari pendaftaran tu merupkan hari yang pertama.. Bila sampai je... Dalam hati, wow, besarnya UIA ni ! Maklumlah, main campus for UIA..


Pada 9/10 January, takde kelas.. So, saya and kawan-kawan bercadang nak berjalan-jalan.. PENAT ! Jauh sangat kalau berjalan... Mula-mula nak cari kelas... Asyik sesat je.. Sampaikan kitaorang berjalan 2-3 jam semata-mata nak carri kelas je.. Huhuhu.. Imagine how big the campus is? Besar sesangat sampai boleh sesat.. Lebih-lebih lagi semua tempat yang kita pergi tu, sekililingnya sama je..

And then, 11 January, baru start kelas.. Nasib baik dah tak tersesat.. Kalau tak, mesti lambat masuk kelas yang bermula seawal jam 9 pagi.. Yang bestnya, ada bas yang akan menghantar kita ke kelas.. Pastu ada lif pula.. So, kalau kelas tingkat 5.. Naik lif jelah.. Hohoho

Oh ye, aktiviti yang paling best masa 13 January.. Saya and rakan-rakan pergi berkayak.. Syokk! Depan bilik saya, ada tasik.. So, kitaorang berkayaklah dekat situ.. Seronok.. Sampai sakit-sakit kaki ni hah.. Haha, berkayak pun boleh sakit kaki padahal duduk je.. Hehe..


Hari-hari yang seterusnya, biasa jelah.. Pergi ke kelas and then balik kelas.. Everyday pun macam tu.. Hihihi

Makanan? Bolehla.. But agak mahal kalau nak berbanding dengan kat Nilai dulu.. Huhu.. Duit asyik habis kat makanan je.. Sebab buku, boleh guna voucher ;)

Friday, 20 January 2012

Nak Tulis, Tak Nak Tulis

Wow ! Memang terasa lama sesangat tak tulis blog nikan? Kalau kat UIA Gombak, internet tersangatlah slow sehingga kita tak boleh nak buat apa-apa.. Ditambahkan lagi dengan kesabaran kita yang sangat sedikit.. Bila internet lambat loading, kita terus klik X..

Well, sempena cuti CNY ni.. Dapatlah saya pulang ke rumah.. Cuba teka, saya di mana? Mestilah kat rumah.. Hehe.. Dan bila berada di rumah, kelajuan internet membuatkan kita semangat untuk menulis blog.. Ya, saya semangat nak tulis blog.. InsyaALLAh, ada masa nanti + kerajinan nak menulis.. Saya nak menceritakan aktiviti 2 minggu saya di CFS IIUM, Gombak.. For now, nak rehat.. TIRED ! Ok, bye..

SEMANGAT !

Wednesday, 11 January 2012

Update Saja-saja

Hai Semua !

Lama dah kan Aiisyah tak update blog? Sekarang ni Aiisyah berada di CFS IIUM Gombak.. Duduk kat Mahallah Maryam.. Mahallah yang paling hujung.. Kelas Aiisyah dekat Kuliyyah of Engineering dan Kuliyyah of ICT.. Ok, seriously, sagant jauh.. Kalau jalan kaki tu, lebih kurang 30 minit.. Huhuhu..

Oklah, update ni pun, saya hanya menggunakan laptop kawan.. Maklumlah, takde laptop sendiri.. Kalau kat rumah tu pun, saya hanya meminjam laptop abang saya or mama saya.. Hehe..

Ok, bye ;p

Saturday, 7 January 2012

Hari ini Update. Esok ?

Alhamdulillah.. Hari ini saya berkesempatan menghupdate blog ini ;)

Rindu tak nak baca blog saya? Apa? Tak rindu ? Ok, fine.. Saya tahu, blog saya ni hanyalah blog biasa.. Huhuhu

Ok2.. Saya taknak membuang masa saya dan juga masa anda yang sedang membaca blog ni.. Sebab lepas ni pun saya ada kerja lain yang perlu dilaksanakan..

Well, dah 3 hari saya tak menghupdate blog.. Nak tahu kenapa? Kalau korang tak nak tahu pun, saya nak bagitahu juga.. Hehehe

Sebenarnya, 4-7 Januari saya ada di CFS IIUM PJ.. Ada kerja kat sini.. Induction RAFEST.. Apa bendanya RAFEST tu? RAFEST tu ialah satu program yang dilakukan di CFS IIUM.. Raudhah Festival.. Benda ni macam hari kantin gaklah.. Dilangsungkan pada 30 Januari - 5 Februari 2012.. Bolehla korang datang ramai-ramai dekat UIA, PJ ni..

So, induction ni sebenarnya macam meetingla.. Kitaorang yang datang meeting ni untuk membincangkan banyak perkara supaya program ni dapat dilaksankan dengan jayanya.. InsyaALLAH

Nilah sebabnya kenapa saya tak dapat nak menghupdate blog.. Meeting ni daripada pagi sampai petang. So, macam takde masa nak online.. And kalau ada masa pun.. Saya takde laptop pun nak online.. Hehehe..


Esok ? Ada apa dengan esok.. Hari ini, saya akan berterus-terang kepada semua pembaca blog saya ni.. Saya akan mendaftarkan diri di GOMBAK pada esok hari.. So, new sem.. Sem 3.. InsyaALLAH.. Maknanya, lepas ni, lagilah saya tak dapat nak menghupdate blog selalu macam dulu-dulu.. Mungkin saya akan sibuk memandangkan sem 3 ni is my last sem for foundation.. So, that's mean kena tunggu hujung minggulah or saya cuti nanti untuk mengonline dan menghupdate..

Well, doakan kejayaan saya, ye ;)

Wednesday, 4 January 2012

So, inilah keputusannya

Malam tadi tak sempat nak menghupdate blog kerana tersangat mengantuk dan tidur awl..

Ok, akhirnya, saya dah dapat keputusannya.. Hah ? Keputusan ? Keputusan apa ? Aiisyah ada buat pertandingan ke ? Tak tahu pun.. Huhuu..

*Tulah, tak baca blog saya, memanglah tak tahu.. Muhahahaha*

Ok2.. Bukanlah.. Bukan pertandingan  apa-apapun.. Cuba korang baca entry ini... Dah baca ? Bagus !

So, inilah keputusan saya :




Yup, cerita Vanilla Coklat.. Cerita ni sweet sangat.. Comel sangat.. Saya suka ;)

Bicara Hati pun macam best juga. Tapi, Vanilla Coklat lebih menarik perhatian saya.. Tahniah ! ;p

So, lepas ni, dah tak payah susah-susah nak tengok cerita apa.. Hehehe.. Tapi, lepas ni mesti susah nak tengok cerita sebab next week dah start kelas untuk sem 3.. Huhuhu

Tuesday, 3 January 2012

Vanilla Coklat vs Bicara Hati

*Hari ini hari Selasa. Banyak cerita best. Cerita apa? Klik sini*

Tapi hari Selasa untuk minggu ini, ada dilema pula.. Huhuhu..

Pukul 9 malam tv3 ada cerita vanilla coklat, right?

*Cerita Vanilla Coklat best*

But for today, ada cerita baru kat astro prima.. Pukul 9 malam juga.. Tahu tak cerita apa? Cerita Bicara Hati


Kalau korang nak tahu, cerita ni sebenarnya adaptasi novel Bicara Hati oleh Damya Hanna


Pelakon utama Sharnaaz Ahmad.. Disebabkan saya pernah baca novel ni, rasa macam nak tengoklah.. Tapi, Vanilla Coklat, harini episode 3.. Nak tengok juga.. Huhuhuhu.. Tolong ! Agak-agak, cerita apa yang akan saya tengok, ye? Hehehe.. We'll wait and see.. Tunggulah pukul 9.. Cerita mana yang boleh menarik perhatian saya.. Agak-agak korang, cerita mana yang best?

p/s : banyak betul cerita adaptasi daripada novel. Ombak Rindu (Fauziah Ashaari), Bicara Hati (Damya Hanna), Gemersik Kalbu (Anis Ayuni)


Monday, 2 January 2012

Now, you can LIKE, SHARE, and TWEET

Seperti yang tertulis pada tajuk.. Korang sekarang boleh like, share dan tweet..




Apa benda yang Aiisyah cakap ni? Apa yang like, share, dan tweet? Hehehe.. Actually, korang perasan tak, every posts saya ada like, share and tweet.. Like ada dekat bawah kiri setiap posts.. Share ada kat atas kanan setiap posts dan tweet ada dekat atas kiri setiap posts..

Kalau korang suka my entries, korang boleh tekan like.. Kalau korang tekan like, dia akan muncul dekat facebook korang.. 'you like a link'.. Kalau krang tekan share, entry tu pun akan keluar dekat facebook korang.. 'you share a link'.. Yang tweet tu pula, bagi sesiapa yang ada twitter dan nak share dekat twitter korang..

So, kalau korang suka my entries, korang nak like or share or tweet, bolehla tekan.. Hihihi.. Secara tak langsung, korang dah tolong promote my blog ni... That's why, I'm very thankful kalau korang tekan.. Saya ucapkan terima kasih sebab tolong promote blog kesayangan saya..

TERIMA KASIH !

Sunday, 1 January 2012

2011 KE 2011 – SEBELUM DAN SELEPAS !

Nak join, klik ben

  1. Letak header BENASHAARI.COM
  2. Tajuk : 2011 KE 2011 – SEBELUM DAN SELEPAS ! dan linkkan ke entri ini …
  3. Apa yang korang kena buat ialah , ceritakan apa yang korang lakukan pada detik detik terakhir  tahun 2011 dan kemudian masukkanya tahun 2012 …  Contohnya , ada yang g dengar ceramah agama dan bila masukknya tahun baru , perkara pertama yang korang buat ialah salam kawan korang atau cium pp ibu korang .. haaa… Cam tu la.. ok ?  Paham ? Kalau ada gambar , letak sekali eh ?
  4. Siap ? Tinggalkan link entri korang di ruangan entri ni .. Terima kasih ..

    Tahun 2011 : Detik-detik terakhir, saya tengah main game solitaire.. Game yang susah sangat nak menang. Kalau main 10 kali, sekali je menang, kadang-kadang tu, tak menang langsung.. Hahaha

    Tahun 2012 : Benda pertama buat, still main game solitaire.. Hehehe.. Macam saya bagitahu tadi, game ni sangat susah nak menang.. So, nak main sampai menangla.. Hehe.. Kebanyakan laptop ada game ni, korang trylah yang vegas punya.. Memang susah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...