Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Showing posts with label My University. Show all posts
Showing posts with label My University. Show all posts

Tuesday, 5 August 2014

[Student] Assignment & Exam.

Lagi dua minggu, berakhirlah Semester 3 2013/2014, atau lebih dikenali sebagai Short Semester (Short Sem). Kenapa Short Sem? Sebab sem ni ada tiga bulan je... bermulanya first class pada 23 Jun 2014, dan bakal berakhir pada 15 August 2014... Oh, dan 16 August akan ada final exam (decentralized je sebab ada satu section je)

Bila nak habis ni, penuhlah dengan assignments, sibuklah dengan study (?)... haha... Next week due date for every assignments, presantations... Next week pun kita exam... Discussions sana sini with group mates... So, as a student, saya pun ada assignment yang perlu dihantar, ada discussion yang perlu hadir, dan ada subject yang perlu study...

[Gambar Insta]


Caption: Raya ke-4 kita start buat assignment. Tapi pusing2 kertas still xtahu nak buat mcam mana. #StrategicManagement #31062014 #4Syawal1435
(Oh, dan abaikan typo saya di insta... Insta Aiisyah je wujud #31062014 -.-
Sepatutnya #31072014)

Muhahaha.... Makanya saya sekarang sedang berusaha untuk menyiapkan assignment yang tak tahu nak buat ni... Sebab tak tahu kita berblog dulu... Lepas ni kita sambung try buat... Muhahaha.... Kbye...

Thursday, 4 July 2013

TeenACE.


Teen Award, Convention, Exhibition #TeenACE

Alhamdulillah. 29-30 Jun yang lalu dapat menjoinkan diri dalam majlis ni. Banyak ilmu yang diperolehi. Mengajar kita macam mana nak berjaya dalam kehidupan. Siapa kita 10 tahun akan datang?

Apa yang menariknya, mereka- mereka yang masih muda menceritakan perjalan hidup diaorang. Macam mana diaorang jadi vlogger, macam mana diaorang jadi penulis buku. Semuanya hebat-hebat. Melihat mereka yang baru berumur, 18 tahun, 19 tahun, 23 tahun, 24 tahun, dah ada syarikat sendiri, dah jadi popular. "wow, teringin nak jadi macam mereka. Teringin nak berjaya macam mereka"

Yes, pergi ke TeenACE memberi saya motivasi. Motivasi untuk berjaya. Punya cita-cita. Dan untuk mencapai cita-cita tu, kita kena mulakan dari SEKARANG.

Wednesday, 19 June 2013

Alhamdulillah, first year dah habis.

:-)

Malam tadi 19/6/2013 12am.... Result dah keluar.

Alhamdulillah.

Bulan 9. Second year.

3 tahun lagi. InsyaAllah.

Buat mereka2 yg ambil short sem next week, selamat study :-D

Thursday, 31 January 2013

Cuti Sudah Sampai ke Penghujungnya

Alhamdulillah

30 January 2013

Tarikh bersejarah untuk saya sebagai student yang baru je tamat 1st year 1st sem.. Another 7 sem to go.. InsyaALLAH!


Tarikh bersejarah tu, result keluar. Setelah bersabar berjam-jam dengan portal UIA yang selalu server down. Pastu ada masalah-masalah yang lain juga, Alhamdulillah. Selesai with my 1st sem. Pass. Boleh teruskan ke 2nd sem.

Senyuman itu, menunjukkan diri saya. Biarpun orang lain bersedih. Biarlah kita tersenyum. Sebab senyuman ni kadang2 mampu membantu orang sekeliling kita. Betul tak?

Tahniah kepada anda2 semua. See you soon!

And kelas for new sem is next week! 4th February. Oh, yang happy next week balik rumah lagi sebab cuti Chinese New Year. Hohoho

Thursday, 24 January 2013

Degree vs Foundation

::BEWARE! Degree life is busier than Foundation life::

Seperti yang dijanjikan.. Saya nak meceritakan kehidupan saya sebagai pelajar Degrree.. Sebebnarnya, dah lama nak tulis, tapi asyik bertangguh je.. Finally, ambil keputusan nak update entry ni masa cuti.. Ni pun dah seminggu lebih cuti.. Baru nak tulis.. Oh, entry ni dah berbulan-bulan tersimpan di dalam draft.. Dan dah tiba masanya untuk dipublishkan.. Kawan2 pun lagi seminggu dah nak mendaftarkan diri sebagai Degree students.. Hehe.. Selamat berdaftar dan selamat berta'aruf weeklah semua

Well, ada beza ke Degree and Foundation? Oh, banyak. Banyak sangat. Suasana yang sungguh berbeza. Saya kata SIBUK. Saya tak kata SUSAH. Oh, mungkin sebab masih di tahun pertama.. So, masih boleh dikatakan senang.. Tapi xsure untuk 2nd year and so on.. Mungkin boleh dikatakan senang sebab apa yang kita belajar untuk first year ni, sama macam kita belajar time Foundation dulu.. So, mudahlahkan?? Account sama, Microeconomics pun sama.. Yang baru maybe subject Islamic Finance..

Apa lagi?? Ta'aruf Week?? Haha.. Gelak pula.. Time foundation best tak Ta'aruf week? Entah. Itu korang nilailah sendiri ye :-P Hmm.. Kalau time Foundation, kita banyak bergerak sana-sini.. Pergi AMF, pergi LY, and banyak lagi tempat2.. Tapi bila kat Gombak, kebanyakan masa korang dekat CAC.. Yup, Kat CAC je.. Korang xdibenarkan nak pergi mana2 pun.. Tempat korang dari pagi sehingga malam hanyalah CAC dan Masjid.. Tengah malam baru jumpa bilik.. Lepas tu ada satu hari, ada explorace.. Konon nak kena cari department2 yang ada kat Gombak.. Kita ECONS beruntunglah.. Haha.. Tu pun sesat tak tahu kat mana department :-P Oh, ni masa saya ye.. Time korang nanti, xtahulah sama ke tak.. Ta'aruf Week ni, macam biasalah, ada taklimat, ada talk.. Yang paling best ada Bai'ah Ceremony.. Part inilah yang paling semangat.. Semua orang! Semangat nyanyi lagu UIA je sebenarnya :-P Korang rasainyalah sendiri nanti.. Hehe.. Dan saya suka time Cultural Night. Sangat2 best. Again, ini time saya.. Exam.. APT? EPT? FKT? Untungnya students CFS ni, xpayah dah susah2 nak exam lagi.. Kita dah buat time CFS, so, buat apa nak buat lagi?? Jangan buang masa.. Exam2 ini hanya students direct intake sahaja.. Ataupun buat mereka2 yang xambil exam2 ni semua :-D

Suasana Degree?? Oh, sangat2 berbeza. Nasihat saya buat rakan2, learn to speak English. Practice to speak English. International Students, sangat ramai. Kalau ditakdirkan anda satu group dengan international students ni, memang Bahasa English yang menjadi bahasa perantaraan. Itulah pentingnya EPT. Itulah pentingnya kelas English. Oh, setakat ni belum bercakap menggunakan Bahasa Arab. Hmm, macam mana ye kalau kena cakap Bahasa Arab dengan students Arab? Huhu.. Suasana dalam kelas pula, kena pandai2 bawa dirilah. Yang tua dihormati dan yang muda disayangi. Hehe.. Sebenarnya nak cakap, satu kelas xmungkn akan ada every students sebaya.. Mesti ada je seniors. Dalam satu kelas tu, boleh ada matrik number from 08xxxxx-12xxxxxxx. Xmacam CFS yang kebanyakannya rakan sebaya. Sebab jadual kita yang buat sendiri, so kita booleh pilih group sesuka hati kita je.. Korang pun dah ada pengalaman kan :-P

Apa Lagi? Rules and Regulation.. UIA is UIA. Undang2 tetap samalah.. pukul 12 malam gate mahallah tutup. Make sure balik before that. Pukul 9.30 malam lelaki xboleh masuk mahallah perempuan. Mahallah Safiyyahlah, mahallah lain, no idea. Tapi, sama jelah kot. No jeans pergi ke kelas. Selipar pun xboleh. And lelaki, kalau nak pakai t-shirt, mesti berkolar. Langgar undang2, samanlah jawabnya. Kereta pula, 3rd-4th year baru boleh bawa. 1st year memang xdibenarkan. Motor, boleh. Pakai topi keledar. Jaga keselamatan diri..

Baiklah, sampai sini sahajalah cerita saya. Kawan2, selamat berta'aruf week. Kuatkan mental and physical. Haha.. Semoga kita berjumpa 3 February 2013. InsyaALLAH. Buat adik2 dan rakan2 yang akan Degree bulan 9 2014, study rajin2... Semoga kita berjumpa lagi..

[Gambar: Ta'aruf Week]




Thursday, 27 December 2012

An Unexpected Journey: Masih Tengok Movie?

Hai, tiga hari lagi nak final, kita pergi tengok movie.. Orang lain tengah best2 study, kita pula tengah seronok2 tengok movie.. Dahlah minggu ni minggu study.. Tapi study kita 10 minit, buat benda lain berjam-jam.. Huhuhu

Mula2, bila family ajak, kita xnak ikut.. Sebab xberminat pun nak tengok cerita tu.. Xsuka cerita lawan2 ni.. Yela, wanita yang suka cerita jiwang, manalah nak suka cerita perang2.. Hehe.. Tapi, bila di tanya banyak kali, betul xnak ikut? Betul xnak tengok? Mula2 jawapan sama je: xnak.. Last2, ikut juga.. Hohoho.. Tutup buku Economics, siap2 and pergi dengan family tengok movie

*The Hobbit An Unexpected Journey*

Bila orang yang xminat cerita Lord of the Ring tengok cerita The Hobbit.. Huhu.. Serious, berjuta-juta kali tengok LOTR, memang xpernah faham.. So, macam mana nak minat? Tiba2 tengok cerita The Hobbit, memang dah xtahu apa2.. Ending cerita ni, lagilah xfaham.. Tapi mama kata, trilogy gak macam LOTR.. Ok, kalau nak faham, memang kena tengok semualah kan? Lepas tu tengok balik LOTR.. Mana tahu, lepas ni boleh faham pula..

For me, cerita ni biasa2 jela.. Nak kata xbest, bestlah juga.. Nak kata boring, xdela boring sangat.. Cumanya, cerita dia sampai 3 jam.. Penat menunggu, tiba2 ending dia macam tu je?? Huhu.. Kalau tahu macam tu, dah lama tidur.. Haha.. Yela, kita tunggu sampai dia nak berlawan, tapi tiba2 xlawan pun sebab ceritanya bersambung..

But my family macam enjoying the movie.. Diaorang minat.. Oklah.. Suka cerita aksi2, lawan2, perang2.. But not me.. Tapi, dapat menrelease tension daripada study, best jugakan.. Tension ke study?? Rasanya study sekejap je.. Ni pun sempat lagi nak update blog.. Sepatutnya study.. Huhu.. Xtulis sekarang nanti idea hilang..

Oh, satu pengajaran yang boleh saya dapat.. Part yang best bila ada kerjasama antara pasukan.. Bak kata si Wonderpets, apa yang penting?

"kerjasama"

And cerita ni memang banyaklah kerjasamanya.. Persahabatan pun kuat.. Bila sorang dalam bahaya, yang lain mesti membantu.. Ukhuwah yang macam nilah best.. Boleh dipratikkan in our real life.. Susah senang besama..

Ok2.. Dah, cukup sampai sini dulu. Nak study.. Huhuhu..
Tata..

Monday, 24 December 2012

Happy Studying



Uwaaa.... Hanya dengan melihat gambar pun, dah boleh tahu..

Buat mereka yang ada exam tu, all the best :-D

Moga seronok study!

*After exam kita cuti.. Hohohohohoh*


Friday, 21 December 2012

20 12 2012

20/12/2012

Eh, ni bukan tarikh semalam ke?

Yup, tarikh semalam.. Sebenarnya nak tulis post ni semalam.. Tapi terlupa pula.. Kenapa?? Sebab leka sangat tengok Cerita Korea.. Huhuhhu.. Terukkan? Dah nak final exam pun still dengan cerita korea dia.. Xpe2.. This is the last cerita yang akan I tengok before revision period and final exam.. Pray for me :-D

20 Disember 2012.. Well, last tarikh yang cantik kot.. Start dari 01/01/01, 20/01/2001 sampailah 12/12/12, 20/12/2012.. 13/13/13, 20/13/2013 memang takkan wujudlah kan.. Mana ada bulan 13.. Maybe next year tarikh yang cantik 1/3/13.. Cantiklah juga tukan.. Hehe..

So, apa yang istimewanya tarikh ni? Kahwin? Nikah? Haha.. Buat yang nikah tu, selamat pengantin baru.. Semoga ALLAH berkati kalian berdua.. Lagi best kalau nikah time 20:12 atau 8:12 pm.. Bukan setakat cantik je.. Malam Jumaat lagi.. Mesti lagi bestkan??

Kalau saya, apa pula yang saya buat? As  mention earlier, saya tengok cerita Korea.. Cerita apa? Lie to Me.. Tahu2, cerita ni dah lama, ramai yang dah khatam.. Tapi saya baru nak tengok.. Slow betul.. Hehe.. Apa2 pun, tadi baru habis.. And lepas ni nak kena study sebab esok ada first paper for my final exam.. Study Circle.. Hah?? Study Circle?? Subject apa tu? Study Circle ni macam Halaqah.. Macam usrah.. Pelikkan Halaqah pun ada exam?? Tapi, nak buat macam mana, UIA kan? Hehe


Apa lagi yang special tarikh ni?? Jeng.. Jeng.. Jeng.. It's my blog birthday.. Yay! Yup, yesterday, genap sudah blog saya tiga tahun.. Haha..


Kenapa 1 day? dah terupdate harini.. Teradalah 1 day tu.. Hihihi.. Happy birthday for my blog.. Semoga lebih aktif dan lebih rajin mengupdate blog.. Idea sentiasa ada tapi kemalasan pun tetap ada juga.. Nak cerita pasal degree and CFS pun xtercerita lagi.. Ni, rakan2 dah dapat offer letter bagai, banyak soalan yang ditanya.. Hehe.. Tanya je, selagi mampu jawab, insyaALLAH saya akan jawab..

Oleh itu, tahniah buat rakan2 saya yang dah graduate daripada CFS... Dah masuk degree nanti, banyak cabarannya.. Takkan sama dah dengan CFS... So, see you soon.. Jumpa korang bulan Februari nanti.. Xsabar nak jumpa korang.. Hehe.. Especially Homies D-1-3, and roommates C31 :-D

Wednesday, 5 December 2012

Tunggu Cuti Blog Updated

Assalamualaikum semua!!! Apa khabar?? Sihat?? Alhamdulillah

Lama dah rasanya xberbloggingkan?? Nak cerita itu ini pun dah tak tercerita.. Hah, sekarang dah sesibuk sangat.. xboleh nak buat apa2 dah.. Ni pun kena curi masa sikitlah kan nak mengupdate blog :-P


Hahaha.. Study, study, dan study... Final exam dah dekat.. What?! Yeah.. Rasa macam sekejap jekan.. Tiba2 je Final exam.. Huhu..

Next week, kena hantar assigment, pastu ada test lagi.. Pastu ada quiz.. and everything is next week.. And then ada lagi 1 week.. Lepas tu, study week or should I say study days?? 4 hari je revision period tu.. Start exam 28 but my paper start 30.. Oh, yeah, it's on Sunday.. Spoilkan?? Huhu

So, it's a busy weeks for me... Assignment pun xsiap2 lagi.. Sebenarnya nak taip untuk assignment tapi tertaip untuk blog pula... Hohoho.. Ah, lepas taip ni, kita siapkan assignment pula.. Go! Go! Power rangers! Eh, silap.. Go! Go! Aiisyah!

Setakat ni jelah dulu.. Ada masa update lagi... Oh, start cuti 13 January 2013 and habis paper exam 12 January 2013..

All the best buak kakak2, abang2, rakan2, and adik2.. Semoga berjaya!
:-D

Wednesday, 31 October 2012

Serious, Taekwondo

Assalamualaikum rakan2, kawan2, sahabat2, adik2, abang2, kakak2 and semualah.. Hee~

Sebenarnya dah rindu nak menaip keyboard ni.. Selalu juga tekan keyboard ni.. Tapi taip untuk buat assignment, bertwitter, dan berfacebooking jela.. Blogging dah lama xbuatkan? Jadi, meh sini saya taip panjang-panjang for my blog ni? Panjang ke? Entah, we'll wait and see ;-P


Hah, tau tak ni apa? Ini namanya high jump kick.. orang yang tengah melompat and tendang tula..

Wah! Aiisyah dah masuk taekwondo ke?

Yup.. And last Monday (29th October 2012) was my first training kat UIA ni

Sebenarnya, before ni, dah pernah masuk taekwondo dah.. Masa tu darjah 4.. Pastu, darjah 6 berhenti atas sebab2 yang tertentu..

Degree ni sambung jela.. Berhenti masa darjah 6 tu, tali pinggang merah.. So, sekarang sambung je tali pinggang merah tu.. Hehe..

Pergerakan ingat lagi ke? My mom tanya.. Of coursela xingat.. 7 tahun tinggalkan, memang xhafal apa2 pun.. Tapi semangatnya saya, buka youtube and search taekwondo.. Hohoho.. And tengok baliklah pergerakan-pergerakan dia.. Haha.. Tapi sampai sekarang pun xpernah hafal.. Haha..

Tapi, xpela.. Join ni pun sebab nak menghilangkan stress.. Yela, sibuk belajar, takkanlah 24 hours nak menghadap buku jekan.. Sometimes kenalah exercise and mengeluarkan peluh, betul tak? Serious, 2 hours of the training, I feel so relax.. Very very relax..

Tapi, adalah kesannya jugakan bila dah lama tak bertaekwondo ni.. It's my leg.. Dua-dua kaki saya sampai ke harini sakit.. Nak berjalan pun perlu kuatkan semangat sebab sangat sakit.. Huhuhu.. Yela, bila training, kena tendang banyak kali.. Macam2 jenis tendangan.. Keesokan harinya, bangun pagi tu, memang terasalah sakitnya...

Walauapapun, I'm enjoying myself with the training! Best!
Every Monday and Friday 8-10pm

Wednesday, 24 October 2012

APPRECIATION NIGHT | TA'ARUF WEEK


Appreciation Night..

Malam penghargaan buat semua committee Ta'aruf Week, 2012/2013..

Tanggal 28 September yang lalu, adalah buat dinner untuk menghargai all the committees yang dah bertungkus-lumus menjayakan minggu ta'aruf di Center for Foundation Studies, International Islamic University of Malaysia (CFS IIUM), Petaling Jaya


Masa bulan Jun yang lalu, students baru daftar.. Students yang baru habis SPM.. Dapat result UPU diaorang kat UIA.. So, adalah committees yang membantu adik2 ni pada hari2 pertama mereka di UIA.. Ta'aruf Week ni lebih kurang macam minggu orientasi jugalah.. Ta'aruf bererti berkenalan.. So, memperkenalkan adik2 baru dengan UIA..




Well, I'm the one of the committees.. Hehe.. So, I'd join this dinner.. Ya ALLAH, rindu sahabat-sahabat saya especially yang sama biro dengan saya, biro exam.. Dapat bertemu kembali, memang best! Sangat best.. Lama kot xjumpa.. Yela, kita dah kat Gombak dan ramai kawan2 saya still kat PJ.. Huhuhu.. Habis je Ta'aruf Week tu, memang dah xjumpa.. Tapi, dengan adanya malam penghargaan ni, dapat bertemu kembali.. Yay!

InsyaALLAH, kebanyakan rakan2 saya ni dah graduate from CFS.. Maybe boleh dapat jumpa kat Gombak.. Next year bulan 2.. Jumpa korang, ye!

Sunday, 7 October 2012

Assignments, Quizzes, dan Exams

Orang kata, bila dah jadi student ni, kita akan bersahabat baik dengan assignments, quizzes, dan exams... Huhuhu.. Ya, saya mengakuinya.. Sekarang semua busy dengan assignments.. Discussion sana, discussion sini.. Sampai malam pun ada... And then, ada quizzes pula.. Kena study, study and study.. Examnya pula.. Pejam celik pejam celik, dah nak mid-sem exam dah.. Serious saya cakap, rasa macam baru je daftar, tiba2, dah nak exam next week and next two weeks.. Huhuuhu... So, masa saya sekarang ni banyak menghabiskan masa dengan bukulah.. And sangat2 merajinkan diri ke library untuk study.. Nasib baik dekat dengan bilik library tu.. Hehe.. So, rajinlah sikit.. Tapi, online tu selalu jugalah sebenarnya.. Dan tension belajar, dah penat membaca.. Onlinelah jawapannya.. Huhu.. Lebih2 lagi sem ni banyak subjek membaca (student economics macam saya ni xsuka subjek membaca) Mengira lagi best, xmengantuk.. Hehe..

Oklah, sampai sini jelah dulu.. Lagi 2 minggu saya cuti mid-sem.. Nanti kita jumpa lagi, ye :-P



roseskalerful says:
kawan2 cfs dah nak final exam. kawan2 degree dah nak mid-sem.. all the best!

Saturday, 29 September 2012

Bila Kelas Hari Sabtu

Siapa suka kelas hari Sabtu? Kelas hari Sabtu bermakna xboleh balik hari Khamis atau Jumaat.. Lebih2 lagi kalau kelas hari Sabtu tu pukul 8 pagi.. Huhuhu.. Macam saya.. Harini dah start kelas hari Sabtu.. Kelas apa? Kelas Halaqah yang subjeknya memang wajib diambil.. Uwaaaa.. Hhuhuhu.. Nak buat macam mana? Lepas kelaslah boleh balik walaupun hanya untuk satu mlam..



*dahlah hari Jumaat xde kelas.. Sepatutnya boleh balik hari Khamis tu...

roseskalerful says:
Currently at Hotel Sunway Lagoon.. And maaf still xdapat nak blogwalking.. huhuhuhu

Sunday, 23 September 2012

Maaf~ Tak Dapat Blog Walking


Sudah 3 minggu saya di UIA ni..
Esok ada quiz account, and esok kena hantar assignment Economics..
Lepas ni nak kena study and siapkan assignment.. Hehe..
Oh, saya xdapat nak berblog walking bila ada kat UIA ni..
Bukan sebab xdapat nak online.. Yela, boleh dikatakan hari2 saya online sejak ada broadband ni..
Tapi, yela, online pun sekejap je.. Mana boleh lama2.. Nanti xbuat kerja lain pula.. Huhu Sebab tu xdapat nak balas kunjungan mereka2 yang datang blog ni.. Xdapat nak balas komen2 yang mengomen kat blog ni.. Dan skarang, saya ada banyak comment awaiting moderation..
Nanti bila saya nak berblog walking baru saya publish komen korang ye.. Lepas publish boleh terus singgah blog korang.. Hehe

"I'm Sorry!"

Sunday, 16 September 2012

Terima Kasih MALAYSIA

Hah, entry saya yg lepas, belajar2, entry tu, sangat "panjang" kan? Ok, disebabkan sangat "panjang" entry Terima kasih MALAYSIA ni, saya tulis lagi panjang.. Hahaha..


Sebab sekarang dah jarang dapat update and xdapat nak tulis entry panjang2... Now, I am officially an IIUM student :-D

Start daftar 4 September 2012.. Ta'aruf week (minggu orientasi) selama seminggu (sampai 9 September 2012).. Habis je ta'aruf, 10 September tu, terus je start kelas.. So, memang sibuk memanjang je...


Nak bandingkan Ta'aruf week time asasi dengan degree, pada saya degree lagi best
Kenapa?
Xtahulah macam mana nak cakap.. Walaupun lebih penat, lebih pack.. Kena keluar bilik seawal jam 5.30 pagi lepas tu masuk bilik pukul 11.30 malam.. Sangat letih.. Xmacam time asasi.. Ada je masa free... Sempat nak tidur lagi tengahari.. Hahaha...

Bagi saya, part yang paling best ta'aruf week ni, time bai'ah ceremony (oath) dengan cultural night dia.. Itu yang paling best! Students baru semua semangat nyanyi lagu IIUM Song

Let's lead the way!



Lepas tu, cultural night pula.. Memang bestla.. Students lama promote club2 culture yang ada.. Contohnya macam Gamelan, Angklung, Theater, Dikir Barat, dan banyak lagi.. So, memang bestlah.. Langsung tak mengantuk (time orientasikan selalu mengantuk :-P)...

Ok, setakat ni dululah.. Nanti ada msa lagi saya update.. Time cuti panjang ke.. Kadang2 balik hujung minggu cuti sabtu ahad pun xsempat nak updatekan? So, we'll wait for the long holiday.. Hehe..

Ni pun sempat nak update.. Cuti2 Malaysia.. Selamat hari Malaysia semua.. Sebab 16 September tahun ni jatuh pada hari Ahad, so kita berkesempatan untuk cuti pada hari Isnin.. That's why dapat nak update blog walaupun sebentar

roseskalerful says:

Happy Malaysia's day!

Thursday, 13 September 2012

Belajar2

My life as a student.. Yup, busy! hehe

p/s: sebab dah lama xupdate blog, harini ambil masa sekejap tulis blog.. 11.30 nanti ada kelas.. InsyaAllah esok balik rumah :-P

Saturday, 1 September 2012

Bulan Kurang Entry


Finally sudah masuk pun bulan September..
September, bulan kurang entry
Kenapa?
Sebab InsyaALLAH 4 September 2012 nanti saya akan daftar sebagai student semula..
So, Jaranglah dapat online selalu macam masa cuti..
Yela, mesti sibuk nak study dgn assignments, quiz dan macam2 lagi..
Lebih2 lagi internet dkt U bukannya laju macam kat rumah nikan?
So, xdapatlah nak update entry selalu..
Bukan tu je, nanti jarang on9, jarang blogwalking, dan mungkin juga jarang nak komen2 entry dkt blog2 yang saya selalu komen..
So, awal2 lagi saya nak minta maaf sebab xdapat nak update blog selalu, xdapat nak blogwalking hari2, dan xdapat nak komen blog2 korang yg komen blog saya ni

I'm Sorry!

roseskalerful says:
All the best to me, you, and everybody :-D

Tuesday, 28 August 2012

Betul-betul, Tinggal Lagi Seminggu

Pejam-celik, pejam celik, sebenarnya, 7 hari tu berjalan dengan sangat pantas.... Tak tahu apa nak kata.. Tak tahu apa yang nak dirasa.. Sedih? Siapa yang xsedih bila kena tinggalkan rumah.. Tinggalkan family.. Huhu.. Gembira? Pun ada juga sebab dapat jumpa kawan2..Dah 4 bulan dah xjumpa.. So, next week insyaALLAH dapt jumpa... Takut? Hah, ni pun rasa gak... Nak masuk degree first year.. Huhu, baru first time ni nak degree.. Xtahu macam mana keadaannya nanti... Perasaan takut tu, sama je macam kita rasa time nak masuk asasi lepas habis SPM.. Bila dah habis sekolah, nak masuk U, rasa takut gaklah.. Tapi, Alhamdulillah, berjaya habiskan asasi selama setahun.. Dan lepas ni, nak masuk degree pula.. InsyaALLAH 4 tahun... Next week, dah start belajar balik.. 7 hari lagi... 4 September 2012 daftar kat UIA.. Huhuhu.. InsyaALLAH, saya boleh!

Saturday, 28 July 2012

MUET, Checked!

Checked? Apa maksud check? Maknanya dah selesai.. Hahaha.. Bermula 4 July 2012 untuk speaking, pastu 'gap' yang sangat panjang berhari-hari, 28 July baru habis exam MUET.. Tadi reading, writing, and listening.. Alhamdulillah... Dah selesai.. Sekarang tunggu result lak.. InsyaALLAH..

Entry Speaking test: Done with speaking test

"All the best"

Tuesday, 17 July 2012

UPU vs Offer Letter

Assalamualaikum semua...

Apa yang korang tengah buat tu? Hehehe.. Harini saya nak cerita pasal UPU dan offer letter. Ok, yang baru habis form 6, asasi, matrikulasi dan yang sewaktu dengannya, pasti ada mohon U melalui UPU, kan? Dan result UPU keluar pada 13 July 2012.. Tahniah bagi yang berjaya dapat U tak kisahlah samaada pilihan pertama atau pilihan terakhir, percayalah itu yang terbaik sebab ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita.. Bagi yang xdapat, jangan sedih2, rezeki anda ada kat tempat lain.. Ketahuilah rezeki tu, milik ALLAH dan dia boleh bagi korang dengan pelbagai cara.. So, ceria2 selalu, k?

Oh, offer letter pula.. So, apakaitannya offer letter dengan UPU? Well, actually, sebagai students Asasi UIA, anda sangatlah beruntung kerana tak payah nak mohon UPU.. Sebab korang akan terus dapat masuk UIA.. Untungkan? So, bersyukurlah. Say Alhamdulillah... Macam saya gak. Oh, saya pun dah habis asasi and the offer letter dah keluar pada tarikh yang sama UPU keluar.. And Alhamdulillah... Saya dapat teruskan pelajaran saya di UIA untuk degree... BulanSeptember nanti baru daftar, so you see, lama lagi which means cuti pun lama lagi.. But still happy because at least saya dapat berpuasa stu bulan and berhari raya dekat rumah.. With my family... Hehehe.. Although saya akan jumpa kawan2 bulan 9 nanti.. Ok, friends, jumpa bulan 9 nanti, k? Wait for me.. InsyaALLAH


Share2 lah apa yang korang dapat... All the best buat semua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...