Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Sunday 10 June 2012

Ada Sebabnya

Dah lama Aiisyah tak update blog kan? Kan? Berapa lama? 2 minggu dah...

Apalah yang Aiisyah buat sampai tak update blog.. 2 minggu? itu bersamaan dengan 2 minggu cuti sekolah. Adakah disebabkan cuti sekolah selama 2 minggu, Aiisyah pun nak cuti daripada berblogging juga? Hehehe..

Taklah... Semasa orang lain sedang bercuti.. Bersuka-ria bersama keluarga.. Bergaduh dengan adik-adik... Saya mengofferkan diri untuk sibuk dan memenatkan diri-sendiri.. Ya, kerja yang saya buat selama 2 minggu ni, sangat penat.. Tapi berbaloi kerana sangat seronok and kalau diberikan kesempatan, ingin rasanya saya join lagi, tapi, apakan daya.. Lebih baik saya bagi orang lain pula.. (sebenarnya ada sebab kenapa saya xboleh nak join dah programme ni lepas ni)

Apalah aktiviti yang saya buat sampai penat+letih ni? Programme Ta'aruf week ataupun nama lainnya, minggu orientasi.. Pelajar CFS IIUM yang baru dieorang daftar pada 2-4 Jun 2012 mengikut course.. Tapi saya berada di UIA PJ seawal 27 Jun 2012.. Awal tak? sebab ada ground work yang perlu dibuat.. Perlu buat meeting sebelum hari yang besar berlangsung. So, saya berada di PJ awal seminggu daripada budak-budak baru.. Inilah sebabnya 2 minggu xdapat nak update blog. Tapi takpe.. Lepas ni insyaALLAH dah tak sibuk sampai bulan 9... Yup, Aiisyah cuti sampai bulan 9 :-D

Setakat ni je dulu... Nanti, saya nak tulis entry yang lebih detail tentang Ta'aruf Programme ni. InsyaALLAH, mudah-mudahan tak buat kerja bertangguh and rajin nak menulis :-P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...