Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Wednesday, 23 November 2011

Ini Karangan Saya

Allo Guys and Girls ;D

Setahun sudah berlalu.. Tanggal 23 November 2010.. Masa tu hari Selasa.. Ingat lagi... Semua candidates SPM 2010 berdebar-debar nak masuk dewan peperiksaan.. Hari pertama SPM 2010... Hari pertama merupakan subjek Bahasa Melayu...


Oklah, sempena setahun sudah berlalu ni, saya nak tulis satu karangan dekat blog saya ni... Karangan Bahasa Melayu... Cikgu Bahasa Melayu masa form 5 bagi soalan and kitaorang semua kenalah buat karangan..

Soalan : Tulis sebuah cerpen berdasarkan pantun berikut

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampai sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.





"Mama dan papa sayang Siti"

Itulah ayat yang terakhir kelur dari mulut ibuku sebelum kemalangan yang mengerikan itu berlaku. Sewaktu kami dalam perjalan ke Langkawi. Walaupun ayah memandu dengan berhati-hati, ayah tidak dapat mengawal kenderaannya lalu terlanggar sebuah lori yang rosak di tengah jalan. "Ahhhhhhhhhh!" Pandanganku menjadi kabur dan akhirnya aku tidak melihat apa-apa.

"Nak, nak, bangun nak." Aku terdengar suatu suara yang asing bagiku. Aku membuka mataku dan mendapati aku terbaring di atas katil hospital. Di sebelah kiriku ada seorang lelaki tua dan dan anak muda yang buta. Di belakang mereka, kelihatan seorang wanita tua yang kelihatan sebaya dengan ibuku.


Tiba-tiba aku teringat ibu dan ayahku. Aku cuba tanya lelaki tua yang tidak aku kenali tersebut. Katanya, ibu dan ayahku telah meninggal dalam kemalangan tersebut. Aku terkejut dengan berita tersebut dan menangis teresak-esak.
Wanita tua tadi menghampiriku dan menenangkanku. Katanya, sebelum ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir, ibu menyuruh dia dan suaminya mengambilku sebagai anak angkat.

Semenjak itu, aku tinggal di rumah keluarga angaktku. Aku memanggil mereka Pak Ahmad, Mak Miah dan anak mereka, Akim.

Keluarga Pak Ahmad banyak membantuku. Mereka menampung kos hidup aku seperti makan minum, tempat tinggal, dan pelajaran. Pak Ahmad dan Mak Miah amat menyanyangiku bagai menatang minyak yang penuh. Mereka telah menganggapku seperti anak sendiri.


Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Aku sepatutnya menghargai dan berterima kasih kepada keluarga ini kerana telah banyak menolongku. Namun, aku berasa benci dengan keluarga ini kerana mereka punca ayah dan ibuku meninggalkanku. Walaupun kemalangan itu tidak disengajakan, aku tetap menyalahkan mereka kerana lori rosak di tengah jalan merupakan milik Pak Ahmad.

Acapkali, aku menghina Akim. Dia seorang yang buta dan aku suka memalukannya di khalayak ramai. Disebabkan rasa benci juga, aku tidak pernah menghormati Pak Ahmad dan Mak Miah. Aku selalu menengking mereka setiap kali mereka ingin mengambil berat tentangku.

"Siti, kenapa awak membenci keluarga ini? Malang tidak berbau. Awak seharusnya reda dan tidak menyalahkan sesiapapun atas kejadian yang berlaku," Akim pernah menasihatiku. Namun, aku tidak menghiraukan kata-kata tersebut.




Sewaktu aku berumur 17 tahun, aku ingin belajar bersungguh-sungguh dan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Harapanku hanya satu. Aku ingin meninggalkan keluarga yang sangat aku benci.

Impianku tercapai. Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Aku berharap Pak Ahmad dan keluarganya tidak akan mengganguku. Setibanya aku di Amerika, aku akan berusaha untuk melupakan keluarga tersebut.

Sepuluh tahun aku menetap di Amerika. Daripada seorang pelajar,aku kini menjadi salah seorang usahawan yang berjaya di Amerika. Dalam tempoh tersebut, aku tidak pernah pulang ke Malaysia apatah lagi menghubungi keluarga angaktku.

Tidak beberapa lama kemudian, satu kejadian yang berlaku telah mengubah perasaanku terhadap orang yang berjasa kepadaku. Perasaan benci menjadi sayang. Pada suatu hari, aku berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai. Tiba-tiba aku ternampak seorang wanita menangis. Aku memberanikan diri menghampirinya dan bertanya sebab dia menangis.


Tanpa segan sili, wanita tersebut berkata, "Saya pernah memiliki keluarga angkat. Mereka banyak berjasa kepada saya tetapi saya benci mereka. Saya ingin lari jauh daripada mereka. Namun, apabila saya mendapat berita keluarga angkatku meninggal dunia, saya berasa terkilan kerana tidak dapat membalas budi mereka."

Aku tersentak. Cerita wanita tersebut sememangnya sama dengan kisah hidupku. Aku teringat keluarga angkatku di kampung. Aku berasa menyesal. Aku membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia dan mencari mereka.

Setibanya aku di kampung, aku dapati rumah mereka kosong. Seorang jiran memberitahuku keluarga ini sudah berpindah ke Kuala Lumpur. Aku mengucapkan terima kasih dan terus memandu keretaku ke Kuala Lumpur.

Aku telah berusaha mencari Pak Ahmad, Mak Miah, dan Akim selama sebulan. Namun, usaha aku tidak membuahkan hasil. Aku tidak akan berputus asa dan terus mencari mereka kerana usaha tangga kejayaan. Sewaktu aku sedang berjalan-jalan di kawasan menara Kuala Lumpur, aku melihat seorang pengawal sedang menghalau seorang peminta sedekah yang buta. Lalu, peminta sedekah itu meninggalkan tempat itu.




"Akim"

Tiba-tiba lelaki itu pusing ke kiri dan ke kanan. Aku tersenyum dan mengeluarkan suara supaya dia tahu dari mana suara itu datang. Tadi, aku tidak pasti lelaki itu Akim atau bukan tetapi aku mencuba nasibku dengan mengekorinya. Akhirnya, pencarianku berakhir apabila aku sudah jumpa Akim.

Aku mengajak Akim makan tengahari di sebuah restoran. Aku ingin bertanya keadaannya dan keluarganya. "Mak dan ayah telah meninggal dunia," Akim bersuara sebelum sempat aku melontarkan soalanku padanya. Akim menjelaskan kepadaku kematian mereka disebabkan kemalangan jalan raya. Akim kini tiada sesiapa di dunia dan dia terpaksa meminta sedekah untuk menyara hidupnya.

Aku berasa simpati. Aku ingin membantu Akim. Aku ingin membalas budinya dan juga orang tuanya yang telah banyak membantuku. Aku sedar, tanpa kebaikan mereka dahulu, aku tidak mungkin akan berjaya seperti hari ini. Apapun caranya, aku akan berusaha membantu Akm.

"Saya sudi membantu awak. Apa sahaja yang awak minta, sekiranya mampu, saya akan tunaikan," Akim enggan menerima bantuanku. Katanya, dia tidak akan melupakan perkara yang pernah aku lakukan pada keluarganya. Dia tidak mahu aku menolongnya kerana dia tahu aku mebenci keluarga ini.




Aku tahu akau telah melakukan kesilapan. Aku hanya ingin menebus kesalahnku dan membalas budi mereka yang banyak membantuku. Walaupun aku tidak dapat berterima kasih kepada ibu bapa Akim, cukuplah jika aku dapat berjasa kepada anak mereka.

Akim seperti dapat membaca fikiranku. Akhirnya, dia meminta satu perkara yang amat penting. Dia mahu aku membayar kos pembedahan matanyadi hospital. Aku bersetuju. Beberapa minggu selepas pembedahan itu selesai, Akim dapat melihat semula. Dia sekarang boleh melakukan aktiviti harian seprti orang lain. Akim amat menghargai dan berteima kasih atas apa yang telah aku lakukan padanya.

Aku sedar, aku tidak mungkin dapat membalas semua budi Pak Ahmad, Mak Miah, dan Akim. Walaupun aku berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan Pak Ahmad dan Mak Miah sebelum kematian mereka, aku tetap rasa gembira kerana dapat membalas budi mereka dengan cara membantu anak mereka.




*TAMAT*

Ok, saya tahu, sangat tak bestkan? Markah pun rendah.. 75% je.. Sebab tak best.. Hahaha.. Tapi, ni je yang saya mampu.. Saya ni, memang takde bakat dalam menuliskan?? Kan?? Apa komen korang??

p/s : Harini, Add Math.. All the best kepada adik-adik SPM 2011 ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...