Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Thursday 12 May 2011

:: SeGmEn ToKoH WaNiTA IsLaM ::

Nak Join Klik HEADER


anda kenal tokoh-tokoh wanita Islam? mungkin Siti Hajar, Asma' Abu Bakar, Fatimah Az-Zahrah, Sumaiyyah, Rabiatul Adawiyah dan yang lain-lain.. mari kita berkongsi kisah mereka..
insyaAllah kita berkongsi cerita sambil mengambil pengajaran dari kisah hidup mereka..
kalau sambutan meriah.. lepas ni kita sambung dengan segmen tentang para sahabat pulak ye..
sirah tentang Islam ni terlalu banyak.. dan apa yang kita belajar dalam silibus pendidikan Islam sangat sedikit.. jadi elok rasanya kalau kita berkongsi kisah-kisah tentang sejarah tokoh-tokoh ini dalam blog kesayangan kita ni kan?
moga-moga semua yang membaca akan mendapat manfaat dari apa yang kita kongsikan.. insyaAllah~





Tokoh Wanita Islam : Asiah







Ratu Syahadah

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani


Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi


Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana


Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina


Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana 
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga


Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang


Ya Allah…Ya Allah…


Siapa tak kenal dengan Asiah... Rasanya, semua orang pun kenalkan?? Asiah ni merupakan isteri kepada Firaun. Siapa pula Firaun?? Firaun merupakan manusia yang sangat dimurkai ALLAH.. Kenapa?? Sebab dia mengaku diri dia sebagai Tuhan dan semua orang kena sembah dia... Sesiapa yang ingkar akan diseksa...


Pada suatu hari, Firaun dapat tahu bahawa suatu hari nanti, akan ada seorang lelaki yang akan menghancurkan kerajaannya... So, Firaun pun menyuruh orang suruhannya untuk membunuh semua anak lelaki.... Namun, seorang bayi telah dibawa arus oleh sungai Nil dan dibawa sehingga ke istana Firaun...


Firaun mengarahkan bayi tersebut dibunuh... Tetapi disebabkan kelembutan Asiah dan sayangnya Firaun kepada Asiah, dia bersetuju Asiah menjaga anak tersebut....


Akhirnya, Asiah telah mengikuti ajaran yang diajar oleh nabi Musa (bayi tadi)... Beliau merahsiakan keislamannya kepada suaminya kerana setianya dia pada Firaun... Pada suatu hari, Firaun telah mengetahui rahsia Asiah... Dia memujuk Asiah untuk kembali mengikuti ajarannya... Asiah menolak... Bermacam-macam cara Firaun lakukan... Tetap tidak berjaya... Akhirnya Asiah diseksa oleh Firaun...


Hebatnya Asiah, dia tidak pernah mengeluh... Apabila beliau sudah tidak dapat tahan dengan seksaan, beliau berdoa kepada ALLAH supaya menyediakan istana untuknya di syurga... Beliau tahu, seteruk mana pun seksaan, takkan terbayar nikmat yang ada di syurga..


Asiah meninggal dalam keadaan mempertahankan ISLAM... Oleh sebab itu, beliau merupakan ratu syahadah... Kerana Asiah merupakan seorang ratu yang tetap menjaga ISLAM walaupun suaminya merupakan seorang raja yang dilaknat oleh ALLAH....


Mudah-mudahan, kita boleh menjadi isteri seperti Asiah... :)

Segmen Blogger Support Blogger

Nak Join Klik HEADER



1. Buat satu entry ringkas bertajuk "Segmen Blogger Support Blogger".
2. Masukkan header 'Blogger support blogger' di atas dan link kan ker Entry ni yer!
3. Ikhlaskan diri anda untuk mengfollow aan dan junior-junior aan yaa. Confirm Mereka Join you all balik.
4. Tinggalkan komen anda untuk senang aan dan junior-junior aan review page anda.
Junior Aan. Klik Sini Izyanakepoh dan Aeeinun!


JOM JOIN RAMAI-RAMAI... :)

Terima Kasih Along

Hahahaha... /wahaha... Rasanya, lepas ni dah takyah kerja dah... Dah takyah pergi kedai petang-petang... Sebab along sangat baik hati untuk jaga kedai... Muhaha... So, bolehlah saya prepare untuk U saya... Boleh shopping mopping... Beli barang-barang yang diperlukan... Photostat benda ni.... Isi borang tu... Hehehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...