Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Tuesday, 24 July 2012

Warna Hati

Dah lama xupdate kan? Hari terakhir blog updated first day of Ramadhan and hari ni dah 4 Ramadhan dah.. Saja je xnak update.. Banyak je idea sebenarnya nak update.. Tapi, apa yang saya perasan, sejak bulan puasa ni, saya jarang duduk depan laptop.. Saya lebih banyakkan masa saya depan tv.. Pagi tengok tv, petaang tengok tv, malam lepas tarawikh pun tengok tv lagi. Hehehe..

Ni pun, sebab baru habis baca satu novel petang semalam.. Tu yang nak update tu.. Buku apa saya baca? Buku Warna Hati... Penulisnya Meen Zulaikha.. Slow sikitlah saya baca, maksudnya lambat habis.. Sebab, awal2 xbest sangat.. Tapi sebab dah start baca, xdapatlah nak stop kan?


Suatu ketika dahulu, luahan rasa cintanya pernah dipersenda. Malah rindu dan puisi syahdunya buat Jefri menjadi ejekan teman-teman sekolah. Zara Lisa, malu tidak terkata. Sejak saat itu, nama Jefri terus dikikis daripada ingatannya. Bertahun dia memegang prinsip bercinta bermakna membiarkan diri terluka dan kecewa.

Waktu terus berlalu. Persoalan tentang jodoh mula menghantui hidup Zara Lisa. Cemuhan dan sindiran tentang status hidupnya, bagai duri berbisa. Hingga dia difitnah, terdesak hendak bersuami.Kata dua daripada emak; bawa pulang calon suami atau emak yang carikan, memaksa Zara Lisa berbuat sesuatu. Dia tidak boleh mengharapkan cinta datang sendiri.

Speed dating menemukan Zara Lisa dengan dua orang lelaki.Erman yang tampan bergaya dan gentleman membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Beria-ria dia menyulam mimpi untuk menjadi permaisuri lelaki itu. Tapi, rupa-rupanya warna cinta mereka cuma kelabu. Erman playboy yang bijak menabur janji palsu untuk memikat. Lelaki kedua pula, Harith yang serba sederhana turut menghulurkan salam cinta sedangkan di hati Zara Lisa, hubungan mereka hanya sebagai kawan.

Lamaran daripada Jefri, mengejutkan Zara Lisa. Dia terpaksa menerima biarpun hatinya tidak rela. Harith muncul dan menceriakan kesedihan Zara Lisa. Dalam diam, dia mula merindui lelaki itu yang pernah dipandang sepi seblum ini. Harapannya terhadap Harith setinggi gunung setelah ikatannya dengan Jefri terlerai. Dalam membina janji kasih, kebahagian Zara Lisa diuji seklai lagi. Siapakah Harith sebenarnya? Sedangkan cinta sejati tiada ruang untuk prasangka

*Kalau nak pinjam buku ni, bolehlah ke GNZ BOOK RENTALS di Bangi

Selamat berpuasa :-)

2 comments:

Hanif Idrus said...

Tak minat novel cinta..hehheeh

rozssalovepink said...

i love novel..nak pinjam bley XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...