Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Thursday, 26 July 2012

Episode "Akhir" Putri Yang Ditukar

Bila bercakap pasal Sinetron Indonesia, jarang kita dapat tengok episode yang sikit.. Kebanyakkannya sampai beratus-ratus episode.. Mungkin beribu-ribu episode pun ada.. Kenapa banyak sangat episode cerita Sinetron Indon ni? Sebab banyak sangat masalah yang berlaku.. Rahsia pun banyak yang xnak diberitahu..

Kalau ada rahsia tu, mesti nak tunggu juga 'masa yang sesuai' untuk diberitahu.. Tapi, bila tengok2 balik, 'masa yang sesuai' tulah yang memang xboleh nak diberitahu and masa yang betul2 sesuai xnak bagitahu pula.. Bukan tu je, masalah pun banyak gak.. Bila satu masalah selesai, akan muncul pula masalah lain. Contohnya, cerita Nada Cinta Astro Ria.. Masa awal2 saya tengok, adlah sorang dua yang jahat.. Yang nak ganggu orang yang baik2 ni.. Pastu dah lama sangat tak tengok... Pastu, suatu hari tu, bila tengok balik cerita Nada Cinta ni, orang yang dulu jahat, sekarang ni dah jadi kawan baik orang baik and watak orang jahat pula dah ada pelakon baru... So, bila nya nak habis cerita tu?


Orang mesti cakap, ala, xyah tengoklah kalau cerita tu dah panjang sangat.. Tapi, percayalah, sekali korang dah tengok, korang memang xboleh nak stop tengok. Macam saya jugalah.. Haha.. Konon2 nak tengok sekali je, 1 episode je, tapi last2 tengok gak hari2.. Sampaikan kalau rajin, episode yang tertinggal kita sanggup search kat youtube ataupun tengok kat Tonton.. Hah, macam cerita Putri Yang Ditukar.. Satu2 nya cerita yang walaupun banyak sangat rahsia dan maslah, saya xbosan tengok.. Kenapa? Cerita dia best, ok..


Walaupun cerita ni lebih kurang je macam cerita Indon yang lain, pasal anak tertukar, tapi saya rasa cerita ni best sebab mungkin pelakon2 dia pun best2 gak... Oh, ye, saya ada mention tak Sinetron Indonesia ni beratus-ratus atau beribu-ribu episode? Ada? Hehe.. Sama juglah dengan cerita Putri Yang Ditukar ni.. Ada 600++ episode.. Cerita ni ditayangkan kat TV3.. Dan nak tahu, cerita ni baru je 'tamat' tadi... Sedih kot... Bukannya sedih sebab cerita ni habis.. Tapi dia potong.. Maksudnya, tadi tu episode 176 je kat tv 3.. Maksudnya xsampai episode 600++.. Maknanya, xsemua masalah yang dapat diselesaikan and xsemua orang tahu rahsia2 yang ada... Huhuhu.. Dahlah cerita best, tapi separuh jalan je... Xmacam Nada Cinta yang masih bersiaran kat Astro Ria ataupun cerita Anugerah yang ada kat tv9 tu..

Tapi, xpelah.. Nak buat macam mana.. Kalau tv3 buat sampai habis pun, orang pu  xnak tengok dah kan? So, tv 3 keluarkan cerita baru minggu depan.. Dia Jantung Hatiku


Xtaulah cerita dia pasal apa.. Yang pasti saya ni peminat Christian Sugiono.. Hehe.. Entahlah nak tengok ke tidak.. Kita tunggu jelah minggu depan.. Hehe..

Selamat berpuasa :-)


5 comments:

Pecinta pink^^ said...

tak pernah tengok cite ni..bukan ape kekadang tengok macam bnyak putar belitnye..

miz ruha said...

aah.putri yang ditukar telah di'tamat'kan.dan mereka xtau pun mereka adalah putri yang ditukar.

syamsyam said...

penamat cerita ni tergantung la -,-" x best. #geram+tak puas hati haha

Hanif Idrus said...

Ada tgk gak tapi lama sangat sampai mak aku terpaksa follow jugak juga sebab dah terengok..ehhheh

rozssalovepink said...

i love sinetron so much!! hehe.. tp dunia kolej mengehadkan segala2nya..huaaa....x smpat tngok episod last ......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...