Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Friday, 4 January 2013

Tips to be Happy

Assalamualaikum

Salam Jumaat, penghulu segala hari

Tips untuk jadi insan yang gembira

"Bila anda ada ALLAH, anda ada segalanya"

Happy Always, my friends :-D


Sumber: Facebook

Thursday, 27 December 2012

An Unexpected Journey: Masih Tengok Movie?

Hai, tiga hari lagi nak final, kita pergi tengok movie.. Orang lain tengah best2 study, kita pula tengah seronok2 tengok movie.. Dahlah minggu ni minggu study.. Tapi study kita 10 minit, buat benda lain berjam-jam.. Huhuhu

Mula2, bila family ajak, kita xnak ikut.. Sebab xberminat pun nak tengok cerita tu.. Xsuka cerita lawan2 ni.. Yela, wanita yang suka cerita jiwang, manalah nak suka cerita perang2.. Hehe.. Tapi, bila di tanya banyak kali, betul xnak ikut? Betul xnak tengok? Mula2 jawapan sama je: xnak.. Last2, ikut juga.. Hohoho.. Tutup buku Economics, siap2 and pergi dengan family tengok movie

*The Hobbit An Unexpected Journey*

Bila orang yang xminat cerita Lord of the Ring tengok cerita The Hobbit.. Huhu.. Serious, berjuta-juta kali tengok LOTR, memang xpernah faham.. So, macam mana nak minat? Tiba2 tengok cerita The Hobbit, memang dah xtahu apa2.. Ending cerita ni, lagilah xfaham.. Tapi mama kata, trilogy gak macam LOTR.. Ok, kalau nak faham, memang kena tengok semualah kan? Lepas tu tengok balik LOTR.. Mana tahu, lepas ni boleh faham pula..

For me, cerita ni biasa2 jela.. Nak kata xbest, bestlah juga.. Nak kata boring, xdela boring sangat.. Cumanya, cerita dia sampai 3 jam.. Penat menunggu, tiba2 ending dia macam tu je?? Huhu.. Kalau tahu macam tu, dah lama tidur.. Haha.. Yela, kita tunggu sampai dia nak berlawan, tapi tiba2 xlawan pun sebab ceritanya bersambung..

But my family macam enjoying the movie.. Diaorang minat.. Oklah.. Suka cerita aksi2, lawan2, perang2.. But not me.. Tapi, dapat menrelease tension daripada study, best jugakan.. Tension ke study?? Rasanya study sekejap je.. Ni pun sempat lagi nak update blog.. Sepatutnya study.. Huhu.. Xtulis sekarang nanti idea hilang..

Oh, satu pengajaran yang boleh saya dapat.. Part yang best bila ada kerjasama antara pasukan.. Bak kata si Wonderpets, apa yang penting?

"kerjasama"

And cerita ni memang banyaklah kerjasamanya.. Persahabatan pun kuat.. Bila sorang dalam bahaya, yang lain mesti membantu.. Ukhuwah yang macam nilah best.. Boleh dipratikkan in our real life.. Susah senang besama..

Ok2.. Dah, cukup sampai sini dulu. Nak study.. Huhuhu..
Tata..

Wednesday, 26 December 2012

It's My First Experience

Pengakuan: For almost two years saya ada lesen P, today, it is my first time bawa kereta sorang2 without ada abang or angah dalam kereta tu

Serious! xtipu! Dapat lesen P April 2011, dan dah nak masuk 2013, which means dah nak 2 tahun dah saya punya lesen tu, it's my first experience bawa kereta sorang2.. Huu, orang lain dah bawak kereta sampai ke Melaka, KL.. Kita, kedai belakang rumah je mampu nak bawak sorang2.. Hohoho..

Naik kereta saga je pun.. And kereta tu manual, ok, manual.. Kat rumah tu ada satu je kereta auto, tu pun Naza yang sangat besar.. Kereta yang muat 7-8 orang tu.. Kereta saga tu drive pun terkial-kial, nak bawa kereta besar pula.. Memang xberanilah :-P


Sebenarnya family suruh berlatih.. Dah lama dah diaorang suruh berlatih.. Cuma kita je yang liat xnak bawa kereta.. Sebabnya? Entahlah.. Takut? Mungkin juga.. Tapi terus-terang, saya ni memang suka drive kereta.. Bila tengok orang lain drive nampak macam senang.. Sebab tu saya suka bawa kereta.. Tapi, bila kita yang drive sendiri.. Nak kata takut, xjuga.. Berdebar-debar pun xde.. Mungkin alasan dia sebab malas kot.. Ataupun, memang takut pun sebenarnya (cakap berbelit-belit pula) haha..

Ok2, memang takut pun sebenarnya.. Takut dekat bukit.. My enemy masa kat jalan raya ialah bukit! I'd experience kat bukit ni.. Hampir2 terlanggar kereta belakang sebab kereta asyik ke belakang je bila kat bukit ni.. So, papa terpaksa jadi driver pula.. That's why xberani nak bawa kereta..

But today, nak trylah menghadapi ketakutan tu.. Hihi.. Tapi sebenarnya cari jalan yang xbanyak bukit or xberbukit.. Papa kata, kereta kena selalu practice, baru pandai.. Kata mak saudara, jangan takut bawa kereta, try je bawa.. Kata mama, practice bawa kereta, nanti dah senang boleh pergi mana2 tanpa suruh orang lain bawakan.. Kata saya, memanglah nak pracice kereta, tapi selalu bertangguh.. Bila papa tanya bila nak practice bawa kereta, kita jawab bila cuti panjang.. Pastu, bila dah cuti panjang, xpernah ajak papa nak practice.. Bila dah nak habis cuti, barulah nak practice.. Hah, masa tu, memanglah xsempat.. Huhu

Well, kata orang, practice makes perfect.. So, jom berlatih kereta.. Jangan takut2.. Rugilah bayar mahal2 nak belajar kereta, nak ambil test kereta, nak dapatkan lesen P, pastu xreti bawa kereta.. Huhu.. Selama ni pergi kedai, abang yang bawa, this time, let me drive the car!

Ceh, semangat membara betul :-D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...