Satu Muharram detik permulaan
Permulaan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan Iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu, mari semua
Kita sambut maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Dan tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman..
Wah~ Aiisyah pagi2 lagi dah menyanyi.. Semangat Maal Hijrah betul :-D Well, another year dah berlalu.. Sudah masuk 1434 Hijrah.. Hijrah pada zaman Rasulullah bererti perpindahan Nabi dan para sahabat ke Madinah.. Pada zaman sekarang? Takkanlah perpindahan kita dari Malaysia ke South Korea? Oh, tidak2.. Zaman sekarang, maksud yang sesuai berubah daripada jahat kepada baik.. Berubah daripada baik kepada yang lebih baik..
Kawan-kawan, marilah sama-sama kita menghayati sirah Nabi yang berpindah ke Madinah.. Macam mana dugaan dan ujian yang terpaksa ditempuhi.. Berkat kesabaran, Nabi berjaya sampai ke Madinah dan menjadikan Madinah sebagai Negara Agama Islam yang pertama.. Kemudian, Nabi berjaya menakluki Mekah pada peristiwa pembukaan Mekah..
Hebatkan Nabi? Kita? Diuji sedikit pun dah mengeluh.. Diuji sedikit pun dah marah2.. Why not, kita tanamkan azam dan niatkan dalam diri kita untuk memjadi manusia yang sentiasa bersabar, bersyukur, mengingati ALLAH.. Kesimpulannya, biarlah diri kita memiliki sifat2 mahmudah (baik), InsyaALLAH
Ayuh semua, kita berusaha menjadi umat yang terbaik.. Bukankah umat Rasulullah itu sebaik-baik umat?
ALLAH berfirman dalam Surah Al-Imraan ayat 3:
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.(3:110)
Jom berubah fi sabilillah
Jom berubah ke jalan ALLAH
Jom berubah lillahi ta'ala
Jom berubah kerana ALLAH
Salam Maal Hijrah
1 comment:
hijrah :D
Post a Comment