Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Thursday, 2 August 2012

1 Hari 1 Resepi: Puding Roti Karamel

Buka puasa semalam juadahnya merupakan makanan yang istimewa.. Semalam, tukang mask junior yang buat dessert tau.. Hehehe.. Saya ni jarang masak, tapi semalam saya masak and family saya makan dessert yang saya buat.. Kata mereka, sedap :-P

Puding Roti Karamel



Korang nak try buat ke? Sedap! Meh sini saya bagi resepi

Bahan A (karamel)
1/2 cawan gula
1/2 cawan air

Bahan B (Puding)
10 keping roti (dikoyakkan)
1 tin susu cair (400 mililiter)
1 cawan air
1 tin air buah pic (di dalam tin)
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan tepung kastard
Buah pic (sebagai hiasan)

Cara membuat
1. Masakkan gula di dalam kuali tidak lekat.
2. Apabila gula kekuningan, masukkan air dan kacau sehingga gula larut dan mendidih.
3. Tuangkan karamel ke dalam lonyang. Ketepikan.
4. Kemudian gaul rata semua bahan B di dalam mangkuk besar.
5. Panaskan kukusan sehingga mendidih.
6. Masukkan bancuhan ke dalam lonyang yang ada karamel tadi.
7. Kukuskan selama 30-40 minit. (saya punya siap 1 jam)
8. Sejuk dan terbalikkan perlahan-lahan kedalam pinggan besar.
9. Susunkan buah pic. Sedia dihidangkan.

Yay! Thanks to buku resepi 1 hari 1 resepi. 365 resepi istimewa chef hanieliza

Saya nak kongsi satu tip kat korang ni. Tip from my mother. Kalau nak masakan kita sedap and dapat pujian,  masa kita masak tu, sebut Ya Hamid.. InsyaALLAH, sedaplah makanan kita tu :-D

Selamat mencuba!

1 comment:

KorN said...

arhh.. terliur tgk gmbr tu ptg2 gini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...