Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Friday, 17 August 2012

1 Hari 1 Resepi: Puding Cendol

Sebenarnya, dah lama dah saya bercita-cita nak buat puding cendol ni.. Selalu buka website yang ada resepi dan selalu cari resepi puding cendol ni... Tapi, xpernah pun nak buat.. Huhu.. Tapi bila dah ada buku resepi 1 hari 1 resepi ni, rajin pula kita nak try buat :-P



Inilah hasilnya puding cendol saya yang hampir habis.. Hehe

Puding Cendol

Bahan-bahan

10 gram serbuk agar-agar
1 liter air (5 cawan)
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 cawan cendol
1 cawan gula merah

Cara Membuat

1. Masakkan serbuk agar-agar, gula, dan air sehingga mendidih.
2. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
3. Panaskan 1/3 bahagian dan masukkan gula merah
4. Kacau rata dan biarkan mendidih. Kemudian tapiskan
5. Masukkan ke dalam acuan dan biarkan sehingga hampir keras.
6. Panaskan 2/3 bahagian lagi dan masukkan susu cair dan cendol.
7. Kacau rata dan tuangkan perlahan-lahan dengan sudu ke atas adunan gula merah dan sejukkan.
8. Sedia dihidangkan.

Mudah kan? Selamat mencuba kalau ada yang nak try :-D

credit: Buku resepi 1 hari 1 resepi Chef Hanieliza

roseskalerful says:
Sambil memasak kita berzikir. InsyaALLAH makanan menjadi berkat. Yang penting sedap untuk dimakan seisi keluarga!

1 comment:

Nurrul said...

Nurrul tak pernah lagi makan puding cendol.. nak try nanti.. ^^

Thanks for the recipe !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...