Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Monday 23 May 2011

CERITA KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI


Hari ini merupakan hari cuti. Jadi, saya dan dua orang sahabat saya, lasuhaila dan Eyqasara mengambil keputusan untuk berjalan-jalan dan membeli-belah di Time Square. Kami  telah mengambil keputusan untuk menaiki train ke sana...

Kami telah berjanji untuk berkumpul di tempat ERL tepat jam 9.00 pagi... Tapi, hanya saya sahaja yang sudah sampai di situ... Kelibat rakan-rakan saya tidak kelihatan.. "Mungkin mereka tak sampai lagi" bisik hati saya.

Disebabkan saya malas untuk call lasuhaila dan Eyqasara, jadi saya pun duduk di bangku kosong dan membaca novel 'Pick Me UP' oleh Zoe Rice... Sedang seronok membaca, tiba-tiba saya terdengar ada suara perempuan...

"Assalamualaikum" kata permpuan itu.... Salam itu ditujukan kepada saya... Saya menutup buku dan menjawab salamnya.... Saya pelik.... "Siapa pulak permpuan ni?" Saya menjawab salam perempuan tadi tetapi dalam fikiran terfikir-fikir siapalah dia...

dia tersenyum, seperti mengerti apa yang sedang saya fikirkan dia memperkenalkan dirinya sendiri... "Awak aii gazali kan?? Saya sukasuki.. Takkan dah lupa kot??"

Oooo... sukasuki... Baru saya ingat... Saya mengenali dia setahun yang lepas.. Di tempat yang sama juga... Kejadian rompakan di dalam train yang hampir meragut nyawa saya... Abang dia, ary ariasputera telah menjadi hero untuk menyelamatkan nyawa saya... Entah kenapa.. Sejak kejadian itu, saya rasa nak jumpa dengannya lagi...

"Haha... Mestilah saya ingat... Tak sangka jumpa lagi.. Sorang je ke??" Saya berharap jawapan yang akan diberikan tidak akan mengecewakan saya.. (Hehe... Berharap sangat dapat jumpa dengan ary ariasputera lagi) "Taklah, saya datang dengan abang saya. Itu dia." Jawapan yang sepatutnya menggembirakan hati saya bertukar menjadi sedih apabila saya melihat ke arah yang ditunjukkan oleh sukasuki. ary ariasputera sedang bergelak-ketawa bersama perempuan lain sambil berjalan ke arah kami.

"Hai."  Sapa ary ariasputera pada saya... Saya hanya menjawab dengan suara yang perlahan... "Perkenalkan, tunang abang ary ariasputera dan bakal kakak ipar saya, fara" Kata sukasuki memecahkan kesunyian antara kami... "Oh, yeke?? Tahniah" Saya berkata... Entah mengapa, pada saat itu juga saya berharap lasuhaila dan Eyqasara datang secepat yang boleh... Saya cemburu, ya, saya cemburu apabila mengetahui ary ariasputera sudah bertunang....

Apbila melihat mereka bertiga rancak berbual seperti terlupa saya ada di situ, saya pergi menjauhi diri dari mereka... Melihat keakraban mereka, dalam hati, saya hanya mampu berdoa supaya ary ariasputera dan fara bahagia untuk selama-selamanya...

"Hoi, termenung jauh nampak??" Tiba-tiba satu tepukan yang agak kuat menghinggap ke bahu saya... Tanpa menoleh belakang pun saya dah tahu... Eyqasara... Rupa-rupanya dia datang sekali dengan lasuhaila... "Kenapa lambat??" Saya bertanya... "Bangun lambat" Jawab mereka serentak... Tergelak saya mendengar jawapan mereka... "Dahlah, jom beli tiket... Nanti lambat pula".... Kehadiran teman-teman saya membuatkan saya terlupa dengan sukasukiary ariasputera, dan fara. Bila bersama rakan-rakan, membuatkan saya berasa lebih bahagia...

TAMAT

p/s : Hanyalah rekaan semata-mata...  Sejak habis sekolah, lama dah tak menulis... Huhu  

10 comments:

Ilaasuhailaa said...

wah..hebat! boleh jadi penulis novel nie..hehe

Farah Hanisah said...

aii, asal ade name kt?haha

sailaaf said...

hahahaa..cik sukasuki baca dengan penuh hati-hati.hehehe..thanks

Mohamadjahn said...

saya guna nama awak jadi pelakon saya dekat sini...


http://jahnscar.blogspot.com/2011/05/cerita-kreatif-aku-bersama-ben-ashaari.html

Ary ariasputera said...

huhu.. terima kaseh.. dapat jugak merasa jadik hero... huhu.. ary polo awak ye.. senang senang jemputlah dengar lagu ary yang lain ye.. terima kaseh..

BeloG MTT said...

hebakk.. hehe :)

Lulu Caldina said...

wah kreatifnya.. kredit buat awak... :)

Aiisyah Roseskalerful said...

terima kasih semuanya... =)

Cik Cempaka said...

Haiiiiii

wahhh, hebat lah korang nie

rajin tul ^^

zacky786 said...

nice try laa.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...