Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Thursday 5 July 2012

Hobi Lama Datang Kembali

Rasa seronok bila kita ada hobikan? Pastu hobi tu kita buat time masa yang terluang.. Yelah, maksud hobi tu pun aktiviti yang kita suka dan dilakukan masa terluang..

Macam saya sekarang ni, saya tengah bercuti dan tentulah masa saya banyak terluang.. Dan kebanyakan masa saya hanya tengok movie.. Kata orang, movie marathon.... Haha.. Tapi terus-terang, memang itu jelah kerja saya.. Dan kalau penat tengok movie, tak lain tak bukan, saya akan tidur..

Tapi, beberapa hari yang lepas.. Dah bosan asyik tengok movie, yela, since saya cuti bulan lima haritu, saya hanya tengok movie je.. Penat sebenarnya.. Mata pun letih sebab berjam-jam tengok laptop. Ye, saya akuinya.. Bila bosan and penat asyik tengok movie je, tiba-tiba suatu hari tu saya ambil sebuah novel dan start membaca.. Daripada satu muka surat hingga muka surat seterusnya dan akhirnya habis..

Oh, rasa dia sangat seronok membaca.. Itulah hobi saya dulu.. Saya memang suka membaca.. Banyak novel yang saya dah baca.. In fact, masa sekolah kan ada program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) dan sebab saya rajin membaca dan tulis dekat buku NILAM, saya dapat anugerah tu.. Hehe.. Dan sekarang, saya berasa seronok untuk membaca..

Baru-baru ni, saya baru je habis sebuah novel.. Pengarang dia Aleya Aneesa.. Saya memang suka baca buku beliau.. Every buku dia saya dah baca.. And terbaru ni, buku yang saya dah baca: Terus Cintai Aku


Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji.

Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada tempat. Lantas, lupa kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka.

Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis.

Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... Memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.

1 comment:

Anonymous said...

hoihih sama lah kita, cuti ni lah sibuk nak mbaca semua hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...