Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Friday 9 December 2011

#1 Tazkirah Jumaat


Assalamualaikum pembaca-pembaca blog semua ;D Mulai hari ini, setiap hari Jumaat, saya nak buat satu tazkirah untuk anda semua.. Yang tak tahu boleh tambah ilmu, yang dah tahu, boleh dijadikan peringatan.. Hehehe..

Ok, hari ini, saya nak cerita pasal HAK JIRAN... Apa itu jiran?

Jiran membawa maksud, orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita, sebanyak 40 buah rumah pada setiap penjuru (depan, belakang, atas, bawah, kiri, dan kanan)
Bila kita susah, orang yang akan tolong kita, tentulah orang yang berdekatan dengan kita, dan orang yang berdekatan dengan kita, itulah jiran kita ;)

Hak-hak jiran ;


  • berkenal bermesra
  • menggembirakannya
  • bertanya khabarnya
  • makan minumnya
  • menutup aibnya
  • doakan mereka
  • menjaga hartanya
  • sakit demamnya
"BERSAUDARA IBARAT POHON TUMBUH MERENDANG JADI TEDUHAN MUSAFIR LALU HUJAN DAN PANASNYA, BERSAUDARA IBARAT TUBUH MANUSIA SATU ANGGOTA TERASA SAKIT SAKITLAH SELURUH ANGGOTANYA"

Sumber : Lagu nasyid Mestica - Sendu Sendawa

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...